Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Re-Union Dengan Rakan Sekerja Yang Sangat Meriah





Sejak zaman re-union begitu rancak di sana sini, saya mengelakkan diri dari menghadiri majlis re-union. Re-union melihat kebelakang, mengimbau kenangan sedang saya mahu melihat ke hadapan. Namun begitu saya cuba mengambil kesempatan bertemu rakan rakan lama samada rakan sekolah atau sekerja di majlis majlis perkahwinan atau rumah terbuka. Walaupun kami agak aktif dalam persatuan alumni kolej ketiga Universiti Malaya namun ianya bukanlah pertemuan semula seperti kebanyakan reunion yang diadakan sekarang ini. Ini adalah kerana selepas menamatkan pengajian di universiti, kami sering bertemu walaupun tidak di dalam kumpulan yang besar. 






Jemputan menghadiri re-union Jabatan Personel telah membuka hati saya untuk menghadirinya buat pertama kali. Jabatan Personel atau Jabatan Sumber Manusia adalah merupakan jabatan pertama saya berkhidmat selepas menamatkan pengajian. Saya boleh katakan saat yang paling seronok sepanjang perkhidmatan adalah saat berkhidmat di jabatan ini sebelum ramai memilih VSS pada tahun 1997. Atas sebab itu, re-union kali ini secara spesifik adalah untuk staf yang pernah bertugas di Jabatan Personel antara tahun 1988 hingga 1996. Bekerja ketika itu, sangat menyeronokkan, hubungan kami sangat rapat antara satu sama lain. Suasana bekerja sangat berbeza dengan sekarang. Sangat jauh bezanya. Program VSS menyebabkan kami terpisah dan ada yang langsung terputus hubungan. 

Selain kerinduan untuk bersua muka, matlamat utama saya ialah untuk memohon maaf dengan rakan rakan sekerja. Maklumlah bila bekerja yang ada kala nya berada di dalam keadaan stress, tidak dapat lari adanya umpat dan mengata antara satu sama lain. Sementara masih ada usia, saya mencari rakan rakan lama di majlis majlis perkahwinan untuk tujuan yang sama. Banyak yang dibicarakan oleh ustaz ustaz bahawa dosa sesama manusia hanya boleh diminta maaf sesama manusia. Walaupun kita dituntut untuk memaafkan semua orang sebelum tidur, ada baiknya jika kita berkesempatan melakukannya secara berdepan atau jika tidak, melalui WhatsApp pun memadai. Sekurang kurangnya, kita cuba mendapat keampunan dan penghapusan dosa yang mungkin tidak disedari atau disengajakan dek kejahilan diri kita sendiri semasa kita masih hidup. 

Berbalik pada majlis re-union, saya sangat bersyukur kerana dapat menggagahkan diri yang sedang demam untuk hadir. Apalagi bila ramai kawan kawan yang mendoakan kesembuhan saya supaya dapat hadir ke majlis re-union. Masing masing teruja apabila pertama kali bersua setelah bertahun tahun lama tidak mendengar khabar. Walaupun ada antara kami yang masih dalam perkhidmatan, namun pertemuan ini tidak sama dengan pertemuan di pejabat yang masing masing sibuk dengan urusan kerja. Antara yang hadir adalah Encik Che Noruddin, Tengku Zaib, Encik Nasaruddin, Puan Fatimah Wati, Puan Rohana Yusoff, Puan Siti Salbiah, Puan Asmawati, Datin Rosie, Puan Sarina Said, Puan Rosnah, Puan Siti Sharifah Zaharah dan ramai lagi yang tidak dapat saya senaraikan. Hampir 40 orang semuanya. Antara yang lama tidak bertemu adalah Kak Halimah yang merupakan jiran saya di pejabat. Work station kami bersebelahan. Ambil peluang bersembang tapi bila nampak sahaja boss lalu, dia akan cepat cepat mengerlingkan mata sebagai tanda isyarat bahawa boss ada di belakang. Hahaha. Tidak seperti sekarang selamba jer bersembang di pejabat atau menelefon waktu bekerja. Sempat juga dia mengajar resepi resepi masakan yang antaranya ialah Pajeri Nenas yang saya salin resepi dan kongsikan di blog di SINI






Akhir sekali, tahniah pada pihak penganjur yang telah mengambil inisiatif untuk mengadakan majlis ini. Ianya pasti dapat merapatkan lagi ukhwah antara kami. Saya pasti dan yakin mereka akan diberi pahala yang besar kerana memberikan ruang dan platform untuk kami bertemu dan bermaaf maafan antara satu sama lain. Jom kita layan antara gambar gambar yang sempat dirakamkan sepanjang pertemuan kami selama 2 jam. 






Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

3 ulasan for "Re-Union Dengan Rakan Sekerja Yang Sangat Meriah"

  1. wow, ramainya. meriahnya kak Azie ;)

    BalasPadam
  2. buat di mana ni Kak Azie, cantik tempatnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang cantik. Residential cafe Lanai Kijang

      Padam