Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Makan Makan dan Aktiviti Hari Akhir di Kota Bharu







Hari ini saya nak sambung sedikit lagi catatan perjalanan ke Kota Bharu pada bulan Mac. Klik di SINI dan SINI untuk entri sebelum ini. Pagi pagi hari kedua di Kota Bharu, kami bersama Dato Alias dan Datin Khasani telah membawa kami bersarapan nasi kerabu dengan Kambing Panggang yang seriously sangat sedap. Kami pun tak pernah tahu nasi kerabu Rohani yang terletak di Balai Bomba Jalan Pekeliling ini. 




Pelbagai lauk pauk disediakan termasuklah ayam, kambing dan daging panggang. Yang paling win adalah Kambing yang dipanggang enak dengan dagingnya yang lembut dan juicy. Mesti cuba weh. Wajib cuba kalau sesiapa ke Kota Bharu tapi pastikan pergi awal. Orang sangat ramai dan biasanya pukul 11.00 dah habis. Tengok gambar gambar di bawah, hahaha penuh dengan lauk pauk hingga nasi pun dah tak nampak lagi.







Selepas sarapan, kami ke Lundang untuk mengambik kereta sewa. Dari situ, kami terus ke Bachok untuk menziarah kakak kakak dan abang saya. Lagi pulak, dah 2 tahun saya tak balik ke Kelantan. Tapi tak sempat singgah rumah adik di Binjai kerana terpaksa balik ke hotel untuk check out.




Selepas mandi dan bersolat di hotel, kami check out dan terus ke Kopitiam Kita. Bila sampai nampak kopitiam seperti ditutup tapi saya tak mahu berputus asa. Saya singgah dan masuk menjengah ke dalam. Kebetulan Mr Wong owner Kopitiam Kita nampak kami dan menyuruh kami duduk. Katanya kopitiam telah ditutup pukul 2.00 petang dan kami tiba pukul 2.30. Walaubagaimanapun oleh kerana dia masih ada, jadi dia tak akan menghampakan pelanggan.





Kami kemudian terus ke airport. Sementara menunggu masuk, saya singgah membeli sepasang telekung Siti Khadijah. Selepas mendaftar masuk, kami makan nasi kerabu yang dibungkus pagi tadi. Hahaha nyaris tertinggal kapal terbang kerana flight kami telah ditulis sebagai retime. Berulang kali kami melihat status, masih retimed. Pengumuman pulak, memang tak dapat didengar dengan jelas. Sekali bila Hubby terdengar pengumuman masuk, bila dilihat di TV status bertukar sebagai closed. Aduhaai kelam kabut kami dibuatnya....






Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

2 ulasan for "Makan Makan dan Aktiviti Hari Akhir di Kota Bharu"