Alumni Kolej Ketiga di Majlis Perkahwinan Dr Nana dan Alain
Semasa menghadiri majlis ilmu di surau, rakan sekerja memberitahu bahawa gambar kami ada disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia pada 22 Januari 2017 di muka surat 2. Saya memang langsung tak tahu mengenai perkara itu. Cepat cepat saya menghubungi kawan kawan untuk menanya jika ada yang membelinya. Memang rutin untuk Hubby membeli pelbagai jenis akhbar pada hari minggu. Namun minggu lepas, dia menpunyai mesyuarat dan seminar goal setting. Itu yang langsung tidak sempat membeli akhbar seperti kebiasaannya.
Saya amat bernasib baik bila saya berjaya menghubungi Encik Azmi dari syarikat Utusan Malaysia dan beliau sudi memberikan salinan berita tersebut untuk saya kongsikan dengan pembaca blog saya hari ini. Alhamdulillah. Gambar ini adalah gambar yang dirakamkan semasa majlis resepsi perkahwinan anakanda kami Dr Nurliyana dan Alain pada 24 Disember di Dewan Merak Kayangan. Kehadiran rakan rakan dari alumni penghuni Kolej Ketiga atau lebih dikenali sebagai ETHICA amatlah membanggakan. Kesudian mereka menunggu sehingga majlis berakhir untuk sessi bergambar, sangat sangat kami hargai.
Tahniah diatas paparan di akhbar mingguan malaysia.semoga pertalian ukhwah kak azie dan rakan2 berkekalan.keluarga besar ETHICA
BalasPadam