Resipi · Tip Dapur · Citarasa Nusantara

Azie Kitchen

Food Blogger No. 1 Malaysia

 ◆ ◆ ◆ 

Majlis Berinai Nana Di Malam Hari Jadi

Azie 12/29/2016 12 ulasan
Majlis Berinai Nana Di Malam Hari Jadi




Memilih hari kelahiran sebagai tarikh pernikahan, majlis anakanda kami bermula pada petang 22 Disember dengan acara berinai. Ianya bukan lah majlis berinai seperti biasa. Sebaliknya hanya Nana ingin meraikan bersama kawan kawan doktor beliau sementara menunggu detik pukul 12 tengah malam iaitu hari jadi Nana. Kawan kawan Nana begitu sporting untuk sama sama menyanyikan lagu Happy Birthday bila jarum jam menunjukkan pukul 12 tengah malam. Inai dibuat oleh @hennabyfeezfey. Boleh check Instagram beliau atau boleh hubungi Fey di 0129231923.





Mereka semua cantik berpakaian sedondon baju putih dengan berkain batik. Nampak sangat ayu walaupun ada yang telah bergelar ibu dan ada yang sedang berbadan dua. Saya sangat bangga melihat persahabatan mereka yang begitu utuh. Apabila telah mendirikan rumah tangga para suami mereka juga menjadi rapat dan serasi. Semoga persahabatan mereka kekal berpanjangan seperti mana saya dan suami yang kekal bersahabat dengan rakan rakan semasa kami masih menuntut di universiti. Selamat Hari Jadi, Kakak.



Ulasan

  1. PeRdU cINta 29 Disember, 2016 22:05
    Alhamdulillah..kegembiraan berganda..2 in 1...
  2. Fatimah Nabila 29 Disember, 2016 22:13
    meriah kan buat buat majlis berinai cmni..hehe..one day :)
  3. PH 30 Disember, 2016 15:53
    She looks so happy!
  4. Seri Kandi Tanah Jauhar 30 Disember, 2016 16:41
    Alhamdulillah.. rasanya belum terlambat utk sy mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Dr Nana dan suaminya, semoga mahligai yg dibina berkekalan.. Amiiinnnn.
  5. Unknown 30 Disember, 2016 20:22
    alhamdulillah syok nya tengok anak2 happy kan Azie
  6. Amie 30 Disember, 2016 22:00
    Meriahnya!
  7. Unknown 01 Januari, 2017 13:01
    Alhamdulillah...tahniah kak Azie dan keluarga
  8. cikkyra90.blogspot.com 01 Januari, 2017 15:59
    pasti meriah tu. bestnya semua berkumpul macamtu :)
  9. Wafi 07 Januari, 2017 22:25
    cantik anak sis
  10. azi 16 Januari, 2017 11:14
    Alhamdulillah.. rasanya belum terlambat utk sy mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Dr Nana dan suaminya, semoga mahligai yg dibina berkekalan.. Amiiinnnn.Cuma nak minta pada Puan Azie..nanti kalau ada kelapangan, masukkanlah gambar sepanjang majlis berlangsung...mesti meriah majlis tukan...:)
  11. Nisa 19 Januari, 2017 11:11
    Anak Kak Azie cantik walaupun tak mekap..
  12. Unknown 21 Januari, 2017 18:07
    Tahniah Nana... moga berkekalan hingga ke jannah