Kenangan Hari Ulang Tahun Perkahwinan
Minggu depan saya dan suami akan menyambut hari ulang tahun perkahwinan yang ke29. Bila melihat angka itu, kelihatan seperti sangat lama tetapi saya merasa seolah baru sahaja lagi. Masih teringat detik kegembiraan ketika menjelang hari perkahwinan. Kami ke sana sini bershopping mencari barang barang untuk dibuat hantaran seperti handbag dan kasut. Barang barang tersebut dibawa balik bersama saya. Oleh kerana saya tidak dapat bercuti lebih awal, maka masa agak terhad untuk menggubah. Nasib baik kakak dan kakak ipar tolong menggubah ala ala kadar sahaja. Lepas tu pergi ke Kota Bharu untuk membeli 2 biji kek 2 tingkat untuk acara memotong kek dan untuk diletak atas dulang hantaran.
Baru minggu lepas bersembang sembang dengan Hubby. Ya lah sekarang tengah sibuk membuat persiapan perkahwinan anak. Jadi topik perkahwinan sentiasa menjadi tajuk perbincangan. Mulalah terkenang detik ketika saya sendiri membuat persiapan perkahwinan. Detik paling gembira dalam hidup. Detik yang ditunggu untuk hidup bersama lelaki yang sangat dicintai. Bila saya menyebut harga cincin kawin saya ketika itu, sebiji berlian solitaire yang berharga RM750, kata Hubby kira mahal jugalah kerana hampir menyamai satu bulan gaji saya sebanyak RM1120 ketika itu. Manakala cincin pertunangan kami pula adalah berlian dengan batu zamrud yang berharga lebih RM800. Sebelum itu saya beli kain lace di Singapura untuk majlis pernikahan dengan harga RM400 sepasang. Semuanya simple sahaja kerana saya baru beberapa bulan bekerja. Tempahan pelamin dan baju kebaya songket pengantin diuruskan oleh kakak dan arwah Bonda. Saat manis itu tetap kekal di dalam memori ini. Sampai bila bila.
Setiap perkahwinan pasti ada pasang surut, suka dan duka. Alam perkahwinan bukan seperti dalam filem di mana hero dan heroin sentiasa di alam percintaan. Semua mesti diusaha dan dipertahankan. Cinta dan kasih sayang mesti dibaja dan dipupuk dari masa ke semasa. Jika tidak, ianya pasti layu dan tidak lagi mengharum. Kami berjanji untuk menjaga rumahtangga ini sampai ajal memisahkan kami. Namun masalah keluarga seperti masalah anak anak biasanya menjadikan hubungan suami isteri menjadi dingin. Perkahwinan bukan hanya untuk bersuka suka tetapi ia datang dengan tanggungjawab, baik pada suami atau isteri. Semua ada tanggungjawab yang perlu digalas dan akan dipersoalkan di akhirat kelak.
Di zaman telefon pintar dan zaman kegilaan ber union juga ada baik buruknya. Banyak kedengaran kes keruntuhan rumahtangga gara gara reunion. Banyak kecurangan dengan adanya kemudahan chatting dengan applikasi WhatsApp yang bermula dengan suka suka yang akhirnya boleh jatuh suka. Saya sebaiknya mengelak untuk terjerumus dengan perkara seperti itu. Bila ada tercium bau seperti itu, saya akan cepat cepat mengundur diri dari group WhatsApp. Setiap orang harus tahu menjaga batas pergaulan, walaupun sekadar gurauan, saya tidak selesa. Kesimpulan tiada satu kehidupan berumahtangga yang sempurna dan tidak dilanda badai. Ianya banyak bergantung kepada bagaimana kita menanganinya.
Teringat kata Sam, "Kak Azie, you should enjoy every moment in your life as you have everything now. Dont let the little things steal your happiness. You are famous now, you are a famous blogger". Mungkin juga benar apa yang dikatakan Sam. Saya harus mengenepikan perkara remeh temeh yang boleh mengganggu gugat kebahagiaan kami. After all, life is so short. Why bother so much? Kebetulan ada saya dalam Berita Harian hari ini...
Semoga perkahwinan sis kekal bahagia hingga ke Jannah..
BalasPadamtahniah kak azie. saya setiap hari buka blog akk tgk resepi.
BalasPadamTahniah Azie n hubby, happy anniversary in advance dan semuga perkahwinan yang dibina kekal hingga ke Jannah.
BalasPadamTahniah dan terima kasih, blog Azie selalu jadi rujukan memasak kak rose.
assalamualaikum kak azie.
BalasPadamhappy anniversary in advance! :) sy setuju, batas pergaulan antara kawan2 perlu dijaga walaupun dalam whatsapp group. kadangkala yang bergurau tu tak ada niat apa, tapi bagaimana dengan pihak lagi 1 yg tiba-tiba perasan dan berperasaan.. bahaya tu, lagi2 yang dah berkahwin :D. tahniah juga featured dalam newspaper. semoga sentiasa murah rezeki.
Happy advance anniversary.. semoga perkahwinan kak kekal bahagia hingga ke Jannah
BalasPadamtahniah kak azie n hb. semoga bahagia selamanya. tak lupa semoga majlis utk anak kak azie berjalan lancar.
BalasPadamKehidupan yang indah. Puan sangat bertuah.
BalasPadamCongrats Kak Azie and Happy Anniversary in advance. Is that a recent photo with your Mr Hubby? You seem to have lost some weight. Slim gitu. Nice! I would like to wish Kak Azie and hubby many more loving and happy years to come. I also wish the same for your daughter and her future hubby.
BalasPadamHappy anniversary kak azie. Suka baca resepi kak azie. Sedap sangat semua resepinye. Sy ni org baru dalam dunia blog. Bolehla kunjungi blog sy ye
BalasPadamHappy anniversary Puan Azie.. Semoga hidup puan dilimpahi kebahgiaan dunia dan akhirat. saya slalu guna resipi di blog puan ini. Sangat bermanfaat blog ini..
BalasPadamsip
BalasPadamPerkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
BalasPadamJika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Selamat menyambut UlangtahuN Perkahwinan buat Kak Azie dan suami.. sy pasti kalian akan ke syurga bersama2 nanti
BalasPadamAamiin sis. Terima kasih atas doa semua
Padamtahniah dan syukur :))
BalasPadam