Khamis, 24 Februari 2022

Tips Untuk Ikan Kembung Goreng Rangup



Nampak mudah untuk menggoreng ikan. Tapi tak ramai yang berjaya menggoreng ikan dengan sedap dan rangup walaupun setelah ikan sejuk.  Kalau makan di restoran, ikan goreng sangat rangup sehingga boleh diratah kepala sekali. Baca entri yang saya post sebelum ini di SINI

Petuanya ialah minyak harus panas ketika masukkan ikan untuk elak banyak minyak serap pada ikan ketika selesai goreng. Kalau minyak dapat banyak sehingga menenggelamkan ikan lagi bagus. 

Pastikan juga garam menyelaputi ikan untuk mengelakkan ikan dari melekat di kuali.

Minyak mestilah benar benar panas sebelum dimasukkan ikan untuk mengelak banyak minyak serap pada ikan ketika selesai goreng. Bila minyak panas, ikan akan garing di bahagian luar dan masih lembut di dalam. 

Cara cara untuk menggoreng ialah dengan panaskan minyak yang agak banyak dalam kuali. Masukkan ikan. Goreng sehingga bunyi minyak berkurangan. Dah tak bising sangat giteww.

Balikkan ikan ke sebelah lagi. Perlahankan api dan tunggu bunyi bising minyak berkurangan. Ikan garing akan seperti terapung dalam minyak. Angkat dan tos atas tisu dapur supaya ikan tidak bertindih ketika ini. Semoga bermanafaat.






Add your comment