Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

A Keeper Recipe Untuk Ayam Masak Merah Sedap



A Keeper Recipe  Ayam Masak Merah Sedap



Berkali kali kita mendengar ungkapan, bila kita menyayangi Allah, Allah akan menyayangi dan menjaga kita. Tapi bila kita menyayangi manusia, suatu ketika kita akan disakiti. Namun kita jarang mengambil pengajaran dari ungkapan ini. Kita masih menyayangi manusia secara berlebihan. Begitu juga dengan saya. Walaupun hati dihancur dan dirobek berkali kali, kita masih tidak mahu mengambil iktibar. 

Saya percaya di sebalik apa sahaja ujian, pasti ada hikmahnya. Yang pasti, cinta, kasih dan sayang tidak boleh dipaksa. Kita tidak boleh memaksa diri sendiri untuk menyintai, juga meminta diri dicintai. Saya harus belajar menerima hakikat ini dan move on. 

Sepanjang hidup, saya merasakan mereka yang ikhlas menyayangi saya adalah kedua ibubapa. Mereka menyayangi diri ini tanpa syarat. Melangkaui dunia yang fana ini. 

Berlalu kisah di taman, bak mimpi diganggu siang, disebut diingat jangan, tak guna dikenang-kenang. Lagu nyanyian Allahyarhamah Datin Rafeah Buang yang sangat menusuk kalbu. Jika diberi peluang, saya ingin memulakan episod yang baru. Memulakan buku baru...


A Keeper Recipe  Ayam Masak Merah Sedap


Bercakap mengenai resepi ini, pada saya inilah yang terbaik kerana ianya telah diolah berdasarkan percubaan demi percubaan dan gandingan bebrapa resepi. Boleh klik di SINI untuk melihat entri lepas yang menggunakan resepi yang sama. Seperti biasa, saya ada menyediakan video penyediaan ayam masak merah ini. Jadi selepas tengok video, boleh rujuk resepi di blog.

Jom kita layan resepi dulu. Resepi yang menjadi pilihan saya dan anak anak dalam menyediakan ayam masak merah...




A Keeper Recipe  Ayam Masak Merah Sedap

Ayam Masak Merah
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ayam - lumur garam kunyit
2 batang kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang
1 biji bawang besar - hiris
2 batang serai - ketuk
1 mangkuk kecil sos cili jenama Kimball
2 sudu besar gula atau secukup rasa
1 sudu kecil garam
Minyak - untuk menumis

Bahan kisar:
25-30 tangkai cili kering - 5 sudu besar cili kisar
2 biji bawang besar - saiz besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan lain - opsyenal:
1 biji bawang besar - hiris bulat
1 tin kecil kacang peas
¼ tin susu cair
Daun ketumbar - tabur

Cara cara:
Ayam digoreng ¾ masak. Angkat dan ketepikan.

Panaskan minyak yang banyak dan tumis bawang besar hiris, serai, kulit kayu manis, bunga lawang sehingga wangi. Masukkan bahan bahan kisar dan tumis dengan api perlahan sehingga cili benar benar garing dan pecah minyak.

Masukkan cili sos, garam, gula dan serbuk perasa. Masukkan juga sedikit air. Kacau rata dan biarkan ianya mendidih serta pecah minyak.

Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau rata sehingga ayam masak dan kuah pecah minyak. Masukkan susu cair, kacang peas dan bawang besar hiris bulat. Siap dan bolehlah ditutup api.



A Keeper Recipe  Ayam Masak Merah Sedap

A Keeper Recipe  Ayam Masak Merah Sedap

A Keeper Recipe  Ayam Masak Merah Sedap

Tabur daun ketumbar sebagai hiasan, jika suka sebelum dihidangkan.


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

7 ulasan for "A Keeper Recipe Untuk Ayam Masak Merah Sedap"

  1. assalamualaikum. ayam masak merah ni mmg salah satu favourite sy. kalau ke kenduri mmg cari ayam masak merah dulu.. hihi. nak bertanya, utk bahan kisar bawang besar, adakah guna bawang merah besar ataupun bawang holland? tqvm.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Biasanya saya guna bawang besar merah sahaja. Kalau utk tabur di akhir baru saya guna bawang besar Holland

      Padam
  2. assalam kak azie.... terima kasih berkongsi ilmu dan resipi... saya gemar melayari blog akak utk mencari ilham...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Terima kasih kerana singgah dan sudi meninggalkan sepatah dua komen. Keep in touch ya

      Padam
  3. Assalamualaikum kak Azie...
    mntak izin ye ..saya selalu share resepi masakan dari blog kka Azie
    sedap2 belaka

    BalasPadam
  4. Di mana nak tengok video resepi Kak Azie? Saya dari mula kahwin dari tak pandai masak, sampailah pandai masak. Resepi yang saya follow blog kak azie, resepi nenek dan mak cik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. As salam Aina. Boleh google tulis youtube Azie Kitchen. Insya Allah jumpa

      Padam