Biskut Buah Buahan Campuran Nur Qaseh
Saya walaupun semasa kecil, berpangkat anak bongsu sehingga mendapat adik ketika saya berumur 11 tahun, namun saya tidak dimanjakan oleh arwah Bonda. Setiap kali tiba hari raya, saya mesti bersedih dan tidak berpuashati kerana diminta memakai pakaian lama kakak. Ada ketika, arwah ayah juga tidak suka melihat saya dalam keadaan sedih begitu. Jadi dia akan meminta supaya saya juga dibelikan baju raya baru.
Saya ingat sangat kegembiraan dapat memakai baju baru sendiri apabila arwah abang sulung saya, Cikgu Hashim yang ketika itu sedang belajar di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim membelikan sepasang baju dengan seluar panjang berwarna coklat dan kuning untuk dipakai waktu raya. Kehidupan kami tidak lah susah tetapi tidak juga senang, jadi baju kakak yang masih baru mesti di pass pada saya. Kerana inilah juga sehingga remaja, saya masih mengebas baju kakak saya untuk bergaya.
Dia memang idola saya dalam berfesyen. Menpunyai citarasa yang sangat hebat. Tapi ya ampuun kalau tak kuat, jangan ikut dia pergi shopping. Boleh lemah lutut dibuatnya. Ya ajaran pendidikan semasa kecil memang menpunyai kesan dalam hidup seseorang. Saya tidak berniat apa apa apabila saya ingin menulis ini. Tetapi sejak kecil, saya melihat arwah Bonda yang suka bersolat berjemaah di madrasah.
Bonda bukan seorang "suri rumah" kerana dia juga berganding bahu bekerja membantu arwah ayah mencari rezeki di sawah bendang atau di tempat tanaman tembakau. Balik ke rumah, arwah Bonda akan tergesa gesa untuk ke madrasah dan balik selepas solat Isyak. Zaman itu kena berjalan agak jauh dan melalui jalan yang gelap kerana tiada lampu jalan seperti hari ini. Kesungguhan beliau menjadikan satu didikan secara tidak langsung pada saya. Mungkin kerana itu juga, saya sendiri suka ke surau. Saya merasakan ketenangan dan kedamaian seolah berada di rumah sendiri. Saya berharap anak anak saya juga akan menpunyai rasa cintakan rumah Allah seperti mana saya melihat kecintaan arwah Bonda saya. Mudah mudahan. Aamiin.
Semasa kecil, bila hari raya menjelang, para ibu sibuk menyediakan juadah untuk hidangan raya. Ianya seperti ketupat palas manis dan tawar, nasi impit dan kuah kacang, tapai beras dan agar agar. Tidak ada yang menyediakan biskut raya. Malahan ianya tidak dihidangkan pun. Bila berkahwin, saya agak terkejut juga bila melihat hidangan di meja penuh dengan biskut raya dan tidak ada makanan lain dihidangkan buat tetamu selain lemang dan rendang. Barulah faham rupanya biskut dipanggil sebagai kuih raya. Sedangkan pada kami, biskut bukanlah hidangan untuk hari raya. Bila telah besar dan pandai membuat biskut raya sendiri, barulah rumah kami mula menghidangkan sekali biskut raya.

Jom layan resepi yang telah saya guna sejak berbelas tahun yang lalu. Resepi yang saya tak jemu jemu menggunakannya kerana ianya telah terbukti sedap dan mudah pula menyediakannya. Sebagai mengimbau kembali kenangan dan nostalgia pada biskut raya saya yang lama lama, saya coretkan resepinya di bawah ini. Selamat mencuba....
Biskut Buah Buahan Campuran Nur Qaseh
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
200 gram tepung berserbuk penaik
25 gram tepung jagung
50 gram gula kaster
80 gram mentega
100 gram buahan campuran
1 biji kuning telur
Sedikit air sejuk
Sedikit air sejuk
Cara cara:
Ayak bersama tepung berserbuk penaik dan tepung jagung. Satukan tepung bersama gula, mentega dan buah buahan campuran. Gaul hingga sebati.
Masukkan kuning telur dan uli sehingga menjadi doh. Jika adunan nampak keras, saya tambah sedikit air sejuk sedikit demi sedikit. Kepal kepalkan doh menjadi bulat dan tekan dengan garfu membentuk garisan memanjang.
Susun atas dulang pembakar yang diabur dengan sedikit tepung ubi. Bakar pada suhu 180C selama 15 minit. Saya tak tabur tepung pun, hanya lenser sedikit mentega sahaja atau guna kertas pelapik.
Assalam.. saya nk tanya.. biskut buah ni kalau tak ada tepung berserbuk penaik blh tak guna tepung gandum dan campur sedikit soda serta baking powder?
BalasPadam