Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Rendang Ayam Sedap dan Tahan Lama


Rendang Ayam Sedap dan Tahan Lama


Selamat berpuasa kepada semua dan semoga Ramadhan ini adalah yang terbaik buat kita semua. Kuliah Ustazah Dr Rubiah K Hamzah mengenai Andainya Ini Ramadhan Terakhir adalah sangat bagus untuk kita renungi. Andai Ramadhan ini adalah Ramadhan terakhir. Andai hari ini adalah hari terakhir. 

Cuba penuhi hajat orang. Siapa menunai hajat orang lain, Allah pasti akan tunaikan hajat mereka. Setiap kerja adalah kerja yang terakhir. Setiap masakan adalah masakan terakhir. Pasti masakan itu akan menjadi sangat sedap. Jika kita menganggap ianya adalah hari terakhir, tiada ada masa yang tidak terisi dengan kebaikan. Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali orang beriman dan beramal soleh. Orang beriman yang akan buat sesuatu kerana Allah semata mata. Konsep memberi dalam Islam sangat besar. 

Orang yang ingat hari ini hari terakhir dia tak akan makan banyak kerana semua akan dibuang di tandas, tak akan beli baju banyak. Apa yang dipakai akan jadi baju buruk. Yang dibawa untuk mengadap Allah adalah apa yang kamu berikan. Ada ilmu bagi ilmu. Ada harta bagi sedekah. Mampu menolong dan memenuhi hajat orang, boleh tolong. 

Bulan Ramadhan adalah bulan diwajibkan bersedekah yang pahalanya digandakan sehingga 700. Umpama satu benih yang tumbuh pokok dan ada 7 tangkai dan setiap tangkai ada 100 biji. Siapa yang derma RM1 seolah dapat ganjaran RM700. Inilah bakti aku yang aku nak bawa jumpa Allah. Ibadah yang tidak melihat keuntungan penat atau tidak. Rehat bagi orang Islam adalah solat, tazkirah dsb.


Rendang Ayam Sedap dan Tahan Lama


Ramadhan mengajar erti susah. Ramadhan mengajar erti sayang. Sedekah zakat wakaf dsb. Ramadhan adalah bulan terbaik bulan pemurah walaupun dengan sebiji kurma. Keluar Ramadhan kita patut jadi paling bersih. Ramadhan boleh mengubah diri dan tingkah laku. Ramadhan mengajar kita erti sabar. Ramadhan patut jadi lebih sihat, jadi lebih rajin. Orang yang paling beruntung orang ingat mati dan bersedia. Bayangkan akan mati anytime. Baru jadi Ramadhan terakhir.

Semalam hari di mana anak bulan untuk menentukan tarikh permulaan puasa. Hari ini kita mula berpuasa. Jadi saya menyediakan Rendang Ayam untuk disimpan sebagai stock lauk bersahur. Saya memang suka makan lauk pauk yang kering sewaktu bersahur seperti Sambal Bilis Kering, Rendang Ayam atau Daging, Telur Dadar dsb. Resepi ini saya pelajari dari rakan sepejabat yang mengikut cara keluarga beliau menyediakan rendang sejak turun temurun. Ada yang kata rendang Minang tak ditumis dan tak diletak rempah penumis. Tapi pada saya, resepi tradisi pun banyak versi yang disesuaikan dengan citarasa. Mengikut resepi asal, tak diletakkan pun daun kunyit. Tapi saya sangat suka rendang yang dimasukkan daun kunyit. Jadi saya ubahsuai lah untuk mengikut selera sendiri. Klik di SINI untuk entri menggunakan resepi sama sebelum ini. Layan video di bawah ini...



Jom layan resepi rendang versi keluarga turun temurun sahabat saya.


Rendang Ayam Sedap dan Tahan Lama

Rendang Ayam Minang Sedap dan Tahan Lama 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 ekor ayam
1 kg bawang merah - hiris
3 labu bawang putih - hiris
4 inci halia - hiris
4 inci lengkuas - tumbuk
2 inci kunyit hidup - tumbuk
4 batang serai - titik
4 senduk cili kisar - ikut suka pedas
Kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
4 kg santan - saya guna 3 santan kotak
1-2 keping asam keping - ikut rasa
Garam 
Gula
Daun kunyit - opsyenal
Sedikit kerisik - opsyenal utk warna gelap

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan hiris serta serai sehingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan kunyit serta lengkuas yang ditumbuk. Tumis sehingga cili benar benar garing.

 



Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam kecut. Masukkan sedikit santan cair bagi membolehkan ayam masak. Setelah itu, baru dimasukkan semua santan dan masak dengan api perlahan sahaja. 







Akhir sekali, masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping secukup rasa. Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak.

Jika suka, boleh taburkan daun kunyit yang dihiris halus sebelum ditutup api. Masak lama lama jika inginkan kuah rendang berwarna gelap. 
 



Rendang Ayam Sedap dan Tahan Lama



Rendang Ayam Sedap dan Tahan Lama






Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

19 ulasan for "Rendang Ayam Sedap dan Tahan Lama "

  1. semua resepi kak azie confirm jadi dan sedap... 👍👍👍👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Terima kasih singgah. Luv u

      Padam
    2. salam kak . Boleh up semula resepi ayam goreng berempah madu di insta ? Pelishhhh 😁😍😘

      Padam
  2. Salam Kak Azie,

    Boleh tak Kak Azie bagi panduan banyak mana kayu manis, pelaga & bunga lawang? Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. I biasanya campak campak jer. 1 kayu manis yang lain 2 setiap satu

      Padam
    2. Dah cuba resepi ni. Mmg sedap sgt. Terima kasih Kak Azie sudi share resepi yg best ni.

      Padam
  3. assalamualaikum.. nak tnya.. resepi ni kan .. brapa orng makan yer??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Senang jer nak kira. Di rumah Kila, kalau sekor ayam. Brp orang makan. Jadi kira lah kalau 2 ekor ayam, brp orang blh makan. Semuanya subjektif. Bergantung kpd berapa potong utk sekor ayam. Ads potong 8 ada potong 10 dsb

      Padam
  4. Assalam...
    Kak Azie,
    nak salin resepi yer...


    tq..
    Atie..

    BalasPadam
  5. apa saja resepi kalau nak masak mesti cari y kak azie pya..xpandang lain dh....sb byk kali guna resepi kak azie smua mnjadi...smoga murah rezeki dgn kongsikan ilmu ni...

    BalasPadam
  6. Rendang ni Boleh tahan brapa hari sis

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lama. Kalau nak lagi lama. Simpan dlm peti ais. Berbulan kalu bhgn sejuk beku.

      Padam
  7. Santan kotak tu pakai yang kecil atau besar?

    BalasPadam