Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Classic Chocolate Chips Sedap


Classic Chocolate Chips Sedap


Catatan tazkirah Ustazah Nor Hafizah Musa berkenaan Tarbiah Ramadhan. Masa kita sekolah, universiti ada peperiksaan setengah tahun atau ujian pertengahan semester. Kenapa ujian itu diperlu? Untuk menilai performance kita separuh masa pertama. Sekarang kita telah melalui ujian pertengahan bulan Ramadhan. Patut markah dah keluar untuk 15 hari Ramadhan. Cuba renungkan untuk separuh masa Ramadhan, berapa markah yang telah kita dapat?. Berapa ramai anak yatim yang telah kita santuni. Berapa ramai orang miskin yang telah kita bagi makan. Berapa banyak airmata telah kita keluar atas nama taubat nasuha. Kalau tak banyak yang kita lakukan, jadi besar kemungkinan kita belum lulus.



Classic Chocolate Chips Sedap


Ustazah mengajak kita semua supaya tidak mensia siakan beberapa hari Ramadhan yang masih berbaki ini untuk menekuni satu penghulu segala ibadah iaitu berdoa. Sekarang kita telah mulai masuk 10 hari terakhir. Ustazah berikan cadangan supaya kita tidak mensia siakan dengan baki yang ada ini. Tekuni satu ibadah iaitu yg sesuai sifat dengan bulan ini sebagai penghulu segala bulan. Al Qadr adalah penghulu segala malam. Apa dia penghulu ibadah? Ianya ialah doa termasuk solat juga adalah doa. Nabi sebut Doa adalah penghulu ibadah. Ayat yang terkait dengan penghulu ibadah iaitu, bermaksud, Apabila hambaku berdoa pada ku. Aku dekat dengan Kamu. Aku akan mengabulkan doa orang yang meminta"

Kita menpunyai banyak masalah, banyak hajat, banyak perkara yang disedihkan. Bila berhajat, minta dengan Allah. Semakin hebat seorang manusia seperti kaunselor atau orang kaya, makin susah nak berjumpa dengan dia. Punya payah nak jumpa manusia. Tapi tidak dengan Allah. Allah yang Maha Kaya, sangat dekat dengan kita. Hebatnya tawaran Allah. Yang akan ubah kehidupan kita ialah dengan berdoa secara bersungguh sungguh. Hadis nabi bersabda bermaksud, Allah malu bila hamba angkat tangan meminta dan tangan jatuh dalam keadaan tangan kosong. Pasti Allah bagi. Apalagi dalam bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan yang terkait dengan ayat doa. Belajar untuk minta yang hebat dan luar biasa dari Allah. Dari doa kita semua menggambarkan hati kita ini mengenal Allah. Umpama kita jumpa orang kaya yang pemurah susah nak jumpa. Terpaksa buat temujanji tapi bila dapat jumpa, kita hanya minta hanya RM200. Begitu juga dengan Allah. Allah Maha Kaya. 

Kenapa kita tak berdoa dengan sesuatu yang hebat dan luar biasa. Semoga bermanafaat. Sebelum masuk bab resepi saya ingin menulis sedikit bab Ustazah. Saya pernah mengikuti program rakaman beliau kalau tak silap 3 Ustazah di Masjid Kuning Kota Damansara. Ketika itu, saya tidak kenal siapa beliau. Belum pernah mendengar nama beliau. Namun mula tertarik selepas mendengar tazkirah beliau di corong corong radio. Suaranya yang lemak merdu, lembut tutur bicara menyebabkan saya mengagumi beliau. Peluang bertemu di surau tempat saya bekerja hari ini, menambahkan kekaguman saya pada beliau. Ustazah sangat cantik secara in person dan menpunyai aura yang menyebabkan kita ingin mendekati. Doa yang dibaca selepas solat sangat santun dan rendah diri. Meminta dari Allah dengan akhlak yang sukar saya nyatakan melainkan kita sendiri mendengan...






Ketika saya sedang menyimpan biskut yang telah disiapkan Nana makan sekeping dan secara spontan mengatakan sedaap nyer. Ianya sejenis cookies yang rangup di luar tapi soft di dalam. Bukan sahaja rasanya sedap tapi juga baunya semerbak sekali. Lebih lebih lagi haruman vanilla. Hihihi ala ala Tisu Muka Kleenex haruman Vanilla lah pula ya. Rasanya hampir sama dengan rasa biskut famous amous di SINI dan chocolate chips Nana di SINI serta Biskut Coklat Chips berkacang di SINI. Semuanya sedap. Pilih jer mana satu resepi yang berkenan di hati. Anak anak pasti suka dengan biskut chocolate chips seperti ini. Tak perlu berhabis duit untuk membeli biskut famous amos. Layan video di bawah ini juga ya...





Jom layan resepi yang mudah dan ringkas ini. Pasti ianya menjadi kegemaran anak anak. Selamat mencuba dan jangan lupa selamat berdoa di 10 hari terakhir Ramadhan ini...

Classic Chocolate Chips Sedap

Classic Chocolate Chips
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
½ cawan mentega - unsalted - suhu bilik
½ cawan gula perang
½ cawan gula halus - boleh kurangkan
1 biji telur gred A - suhu bilik
1 sudu kecil vanilla extract
1 ¼ cawan tepung serbaguna
1 sudu besar tepung jagung
½ sudu kecil baking soda
½ sudu kecil garam
1 ½ cawan chocolate chips
1 cawan walnut - bakar dan potong kasar - opsyenal

Cara Cara:
Putar mentega dengan gula dan gula perang hingga sebati. Masukkan telur dan vanilla. Kacau sebati.

Dalam bekas lain, ayam tepung dengan tepung jagung, baking soda dan garam. Masukkan ke dalam adunan mentega dan kacau sebati. Masukkan pula chocolate chips dan kacang walnut.


Classic Chocolate Chips Sedap


Menggunakan ice cream scoop atau sudu besar, scoop adunan dan bentukkan bebola dan susun atas baking paper. Sejukkan adunan dalam sekurangnya 1 jam. Adunan boleh disimpan dalam freezer untuk kegunaan akan datang juga.



Classic Chocolate Chips Sedap


Panaskan oven pada suhu 325F/180C. Jarakkan dalam 3 inci antara adunan. Bakar selama 15-18 minit atau sehingga keliling kelihatan keperangan. Sejukkan adunan atas baking tray.



Classic Chocolate Chips Sedap


Jika adunan dibekukan, susun adunan atas baking tray san biarkan ianya thaw selama 20 minit pada suhu bilik sebelum boleh dibakar.



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

12 ulasan for "Classic Chocolate Chips Sedap"

  1. best baca blog kak azie..ilmu dapat..resepi pun dapat..alhamdulillah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah dan terima kasih kerana sudi baca apa yg saya kongsikan.

      Padam
  2. As'salam... sy pn slah seorg peminat blog kak Azie.. bnyk resepi dah try.. dri kek hinggalah cookies.. Alhamdullilah.. menjadi & sedap.. ini pun nk try jgalah.. semoga Allah sentiasa murahkn rezeki kak Azie sekeluarga.. & selamat hari raya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Aamiin aamiin aamiin ya rabbal aalamiin. Semoga kita semua di dalam rahmat Allah. Selamat hari raya

      Padam
  3. Assalamualaikum..

    Kak Azie, mcm mana saya nak measure 1/2 cawan mentega? Sb dia kan berketul2..mesti akan ada space disebalik ketul2 butter tu..
    Lg satu.. tepung serbaguna tu tepung gamdum ke?
    Maaf kak soalan sy tu nmpk remeh tp sy betul2 confuse..

    Thank Kak Azie..

    -Sya-

    BalasPadam
  4. Suka follow blog kak azie..masakan semua jadi sedap. Terima kasih kak

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah saya dah mencubanye ... terima kasih .... resepi ni.mudah dan sedap..

    BalasPadam
  6. Sy salah seorang peminat Kak azie. Setakat ni APA yg sy cuba semua menjadi Dan sedap sangat! Terima kasih

    * Biskut ni kalau simpan berapa lama boleh tahan?

    BalasPadam
  7. hi,nak tumpang tanya.after sejukkan(1 hour at least) kena biarkan dulu at room temperature ke sebsebelum bakar??

    BalasPadam
  8. Sedap betul resepi ni.tp sy kurangkan gula putih ke 1/4 cwn. Dan tepung jugak kurg kan dri 1/4

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum puan. Boleh saya tahu sukatan cawan dalam resepi menggunakan cawan biasa atau cawan metrik? Terima kasih.

    BalasPadam
  10. Klau dia melekit lekit lgi kena tmbah tepung ke?

    BalasPadam