Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ayam Masak Merah Mudah dan Sedap





Ayam Masak Merah Mudah dan Sedap


Kuliah Zohor Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri  di surau hari ini mendapat sambutan ramai dari staf. Dimulakan dengan anologi persiapan yang kita buat untuk menyambut hari raya di mana semuanya telah sedia beberapa bulan sebelum raya. Menunjjukkan suasana yang begitu seronok. Begitu juga persiapan anak nak masuk sekolah akan disediakan sebelum sekolah dibuka. Tapi bila bab mati, ramai tak buat persediaan. Kita tak letak mati sebagai perkara penting dalam edisi kehidupan. Kita mungkin terlepas pandang bab mati. Jadi kita tak bersedia dan tak ambik peluang untuk memperbanyakkan amalan di bulan Ramadhan. 

Bulan Ramadhan adalah diumpamakan seorang lelaki dibenarkan masuk ke gedung duit dan dikatakan padanya dalam masa 1 jam, ambillah seberapa banyak duit yang dimahukan. Bila masuk sahaja ke gedung duit, ada orang terkejut kerana terlalu banyak sangat duit. Ada yang akan berselfie dulu untuk dikongsikan dengan rakan rakan. Ada yang akan tidur atas duit dan pelbagai lagi. Setelah puas bergambar, barulah mula mengambil duit. Bila keluar dihitung duit yang diambil adalah sebanyak RM20k. Ada pula lelaki kedua yang diberi tempoh dengan masa yang sama. Tanpa berlengah, dia akan ambil duit RM100 diheret keluar beberapa guni berjumlah RM8 juta. 2 orang ini dengan hanya mengambil satu jam boleh mengubah segalanya. Yang dapat RM20k hanya boleh belanja dalam 2 bulan sahaja. Walaupun dapat namun ianya tidak sebanyak lelaki kedua. 

Begitu juga tawaran yang Allah bagi dalam bulan Ramadhan ini. Siapa yang buat satu kebaikan yang sunat, diganda umpama buat yang fardhu. Yang fardhu diganda seolah melakukan 70 kali ganda fardhu. Kita diseru supaya mengambil peluang semasa sihat. Tengok orang sakit pun kita rasa sakit. Sihat adalah satu nikmat yang cukup besar. Masa sihat, kita ada masa untuk zikir atau untuk berbuat kebaikan.  Perjalanan seterusnya adalah untuk ke akhirat yang merupakan untung nasib sebenar manusia. Kalau kita malas baca Al Quran, secara lazimnya anak lagi malas baca Al Quran. Tak ada anak yang akan suruh bapa baca Al Quran. Kita jadikan khatam Al Quran sekurangnya sekali sebagai agenda wajib setiap kali Ramadhan.



 Ayam Masak Merah Mudah dan Sedap

Oleh kerana bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan di mana Allah menawarkan tawaran pahala berganda yang perlu direbut, saya memilih waktu bekerja sehingga pukul 4.30 petang sahaja. Dengan waktu fleksi itu, saya boleh balik lebih awal dan dapat mengelakkan kesesakan jalan raya. Waktu yang ada saya gunakan untuk memasak dan juga untuk berehat sebagai persediaan untuk melakukan ibadah di sebelah malamnya. 

Maklum bulan Ramadhan adalah bulan di mana manusia berlumba lumba meningkatkan ibadah dan amalan soleh. Ianya adalah karnival ibadah. Tapi pada tahun ini, atas sebab tertentu waktu kerja saya adalah sehingga pukul 5.00. Jadi sampai di rumah antara pukul 6.00 atau 6.30. Ada ketika pukul 6.45 atau 7.00. Namun di sebalik apa sahaja ujian, saya percaya pasti ada hikmah yang tersembunyi yang hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui. Bila balik lewat, agak mencabar juga untuk memasak kerana berkejar memasak dengan tidak sempat menyalin pakaian terlebih dahulu. Sebelum itu, kena singgah bazar Ramadhan mencari sedikit kuih untuk anak anak. 

Selain memasak dalam keadaan tergesa gesa, gambar yang diambil juga kira sekadar snap sahaja. Macam lauk Ayam Masak Merah hari ini, masih di kuali walaupun azan Maghrib telah berkemundang. Saya bukan sahaja tidak sempat mandi untuk ke surau tapi juga tidak sempat berbuka puasa di surau. Selepas makan sebiji kurma dan seteguk air, saya meminta Hubby menghantar saya ke surau. Alhamdulillah, Hubby tidak banyak cakap, terus menghantar saya. Inilah cabaran menjadi isteri yang bekerja bila berada di bulan Ramadhan. Terpaksa berpenat sedikit. Tapi seperti yang tulis di atas, apa pun dugaan yang mendatang, saya tidak akan sesekali melepaskan peluang untuk menjadikan Ramadhan ini lebih baik dari tahun tahun sebelumnya kerana tiada sesiapa dapat pasti akan bertemu dengan Ramadhan akan datang. Allah janjikan sesiapa berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala dari Allah, akan diampunkan dosa dosa yang lalu. Insya Allah kita akan kembali kepada fitrah selepas keluar dari bulan Ramadhan. Mudah mudahan. Hahaha panjanglah pulak. Yang sebenarnya nak cakapkan agak kecewa kerana gambar yang terhasil tidak cantik kerana hari telah malam. Tiada lagi cahaya selain cahaya lampu dalam rumah.

Resepi ini saya belajar dari Cik gu Faaizah, resepi Bonda beliau yang memang handal memasak. Namun dek kesuntukan masa untuk berbuka dan solat Maghrib, saya tidak memasak lebih lama. Sepatutnya dimasak lebih lama walaupun setelah minyak. Barulah ianya sedap dan tahan lama. Lauk ini saya sediakan sebagai stok bersahur. Saya tidak memasak lauk untuk berbuka kerana semuanya dibeli di Bazar Ramadhan. Tapi lauk berbuka kenalah sediakan sendiri. Jom pakat ramai ramai cuba lauk ini yang memang sedap jika menggunakan cili hidup sepenuhnya walau kosnya agak tinggi berbanding menggunakan cili kering. Namun berbaloi baloi. Klik di SINI untuk resepi yang lebih kurang sama. Juga sangat sedap. Rugi kalau tak cuba, tau. 




Jom layan resepi mudah dan sedap ini. Boleh dimasak banyak banyak dan simpan dalam freezer sebagai lauk bersahur...

Ayam Masak Merah Mudah dan Sedap

Ayam Masak Merah Simple dan Sedap

Bahan bahan:
1 ekor ayam - lumur garam kunyit
1 batang kulit kayu manis
1 biji bawang besar - hiris
Garam
Gula

Bahan kisar:
15 biji cili merah hidup
6 batang serai
2 inci halia
3 ulas bawang putih
3 biji bawang besar
4 biji buah keras
1 biji tomato buah

Cara cara:
Ayam dilumur garam kunyit dan digoreng terlebih dahulu.

Ayam Masak Merah Mudah dan Sedap

Kisar semua bahan bahan yang diperlukan. Cili dibuang biji.





Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, masukkan bahan kisar dan masak sampai pecah minyak. Pastikan bahan tumis betul betul masak sebelum dimasukkan ayam goreng. Biarkan masak lama barulah sedap dan tahan lama. Saya punya ayam masak merah hari ini, tidak cukup lama ditumis kerana telah masuk waktu berbuka puasa.



Ayam Masak Merah Mudah dan Sedap


Akhir sekali, masukkan gula dan garam. Sebelum angkat, taburkan bawang besar hiris dan kacau sehingga bawang layu. Sedia untuk dimakan dengan nasi putih atau nasi tomato atau nasi minyak.


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

12 ulasan for "Ayam Masak Merah Mudah dan Sedap"

  1. Saya peminat bloh azir kitchen. Sejak kahwin.mmg blog ni yg byk menjadi rujukan.

    Puasa kali ini..pertama kali saya bekerja. Agak kalut jugak balik nak masak. Saya pilih jam 430pm waktu balik. Alhamdulillah sempat massk jika ada masa tp mcm kak azie kata mmg x menyalin baju. Hehe

    Oklah..harap akak akan tetus inspired people.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah kerana berusaha menyediakan sendiri juadah berbuka. Walaupun masakan simple, lebih sedap berbanding dg yg dibeli di Bazar Ramadhan

      Padam
  2. boleh cuba ayam masak merah style ni :) terima kasih atas perkongsian

    BalasPadam
  3. assalamualaikum. memang sedap ni kalau pakai cili hidup dan ada serai di dalamnya. sy pernah makan di kenduri kahwin kawan sy di terengganu. sedapnya terasa2 sampai sekarang. bolehlah cuba nanti kalau ada kelapangan. tq! :)

    p/s: semalam pun makanan masih di dalam kuali, dah azan. beginilah orang yg bekerja & ada anak2. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami tiap tiap hari makan masa bersahur. Masak banyak banyak dan simpan dalam freezer utk lauk bersahur

      Padam
  4. Salam Pn Azie...hari ni Yani masak lauk berbuka ikut resepi ni...Alhamdulillah menjadi...terima kasih banyak-banyak. Semoga Allah SWT membalas kebaikan Pn Azie sepanjang bulan Ramadhan ini..amin.....

    BalasPadam
  5. Salam k.azie. farah banyak jugak tengok resepi k.azie dlm blog. Semua sedap2.
    Jemput lah bw kt blog farah ye ☺

    farahsanusi.blogspot.com

    BalasPadam
  6. Salam.pertama skali sy nk ucpkn terima kasih pd kak azie.sy peminat setia blog kak azie.selalu menjadi rujukan utk memasak.semuanya sedap&menjadi.hari ni nk try masak resepi ni.klau utk dimakan dgn nasi beriyani sesuai x kak azie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Sesuai dg nasi minyak, nasi tomato atau nasi briyani. Masak lama lama da api perlahan sebelum dimasukkan ayam

      Padam
  7. Salam kak Azie. Kalau in the end kita campur santan sikit agak2 sedap jgk x? Selalu ayam masak merah orang letak santan sikit kan? Nway saya dah lama follow resipi2 kat blog ni. Kalau nak cuba masakan baru mesti kena datang sini, baru boleh masak haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh juga letak santan atau sedikit susu cair untuk menambah rasa lemak lemak.

      Padam