Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Daging Duri Pandan Goreng Kunyit


Daging Duri Pandan Goreng Kunyit


Hari ini saya ingin kongsikan petikan dari kuliah Ustaz Hamim di surau Ad Dhuha berkenaan doa "Rabbana atina fid-dunya hasanatan wa fil 'akhirati hasanatan waqina 'adhaban-nar." Berilah aku kebaikan. Nama am iatu hasanatan. Bukan nama khas. Maksud, ya Tuhan berikan kami di dunia ini apa jua kebaikan dan di akhirat nanti apa jua kebaikan. Kebaikan adalah merujuk kepada apa yang kita tahu sebagai baik, apa yang kita tak tahu ianya adalah baik atau apa yang kita sangka tak baik rupanya adalah sesuatu baik. Semua sekali dah masuk dalam doa kebaikan. Maka berilah pada kami apa jua kebaikan. Jadi tak perlu tambah tambah dalam doa yang diajar Rasulullah yang terkandung dalam Al Quran kerana ditakuti ianya jadi lebih sempit. Ya Allah terima lah doa kami. Maka seolah apa yang kita doakan sahaja. Terima lah dari kami apa jua kebaikan.



Daging Duri Pandan Goreng Kunyit


Daging duri Pandan goreng garam kunyit ini memang sedap kerana ianya agak lembut dan berlemak. Bagi yang tidak biasa mendengar daging duri pandan ianya adalah daging di bahagian pipi lembu. Selain digoreng, sedap juga dibuat sup atau dibuat asam pedas. Haa bagi yang belum pernah mencuba, bolehlah cuba mendapatkan daging duri pandan dan rasakan sendiri keenakannya.

Jom layan resepi mudah dan tidak menjemukan ini...


Daging Duri Pandan Goreng Kunyit

Daging Goreng Kunyit

Bahan bahan:
Daging - lumur garam kunyit
Sedikit cuka
Bawang besar - hiris
1 batang cili merah - hiris
Minyak masak

Cara cara:
Masukkan daging yang telah dilumur garam kunyit ke dalam kuali bersama air. Masak sehingga daging empuk.

Apabila air telah kering, masukkan minyak masak dan goreng daging sehingga nampak seperti bergoreng. Bukan nampak seperti daging rebus. Masukkan sedikit cuka, bawang dan cili.

Angkat dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih panas panas atau di makan dengan pulut kuning.

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

4 ulasan for "Daging Duri Pandan Goreng Kunyit"

  1. Ya Allah...macam nak terus cari daging je petang ni...

    BalasPadam
  2. Hi, saya ni Filza. Saya umur 11. Jadi kalau panggil auntie, jangan ambil hati ya. Resepi auntie semua sedap. Saya selalu tulis lauk pauk untuk nenek. Lauk pauk auntie sedap sangat. Cuma daging, ayam tu susah la sikit, tak de orang nak potong kan.

    BalasPadam
  3. sedapnya! boleh sy bertanya, apakah tujuan penggunaan cuka dalam resipi daging goreng kunyit? terima kasih :)

    BalasPadam