Brownies Yang Walla Sedap Nyer
Selama ini bila mendengar berita kematian, kita akan menghadiahkan bacaan Al Fatihah pada si mati. Hari ini, saya menghadiri kuliah Ustaz Adli di mana diajar bahawa keutamaan bila mendengar kematian adalah mendoakan semoga Allah mengampunkan dosa si mati. Bukan dengan memberi sedekah bacaan Al Fatihah seperti yang biasa diamalkan oleh masyarakat kita. Ini adalah kerana si mati sangat memerlukan pengampunan dari Allah. Bukanlah lagi tambahan pahala ketika itu.
Oleh kerana dah belajar dan dengar dari ustaz, eloklah kita ubah cara beramal bila mendengar kematian. Ilmu mestilah diamal, baru ianya menjadi ilmu yang bermanfaat. Memang susah untuk mengubah amalan yang selama ini menjadi amalan masyarakat.
Ucapkan dan bacalah doa "Innalillaahi wainna ilairiroojiuun. Allahummaghfir lahum warhamhum wa ‘afihim wa'fu 'anhum". Jom kongsikan. Semoga kita mendapat manafaat. Sekarang kita sentuh sikit bab resepi hari ini.

Hari ini saya ingin kongsikan resepi Brownies yang sangat sedap. Bukan saya yang menyediakannya tetapi Juita. Saya hanya menemankan Juita supaya dia tak keseorangan. Juita menggunakan resepi dari Laura Vitale ini yang saya telah translate.
Semasa ianya masak, hari sudah hampir senja dan saya bergegas mahu ke surau. Walaupun masih panas, saya meminta Juita mengangkat keluar dari loyang. Heee akibatnya permukaannya yang masih panas telah menjadi retak.
Aduhaaai gara gara tak sabar. Kononnya saya nak snap gambar sebelum ke surau. Serius sangat sedap Brownies ini walaupun saya terpaksa menahan diri dari memakan makanan manis tapi tak terdaya hendak menahannya. Beberapa ketul juga habis dimakan.
Jom layan resepi mudah dan pasti menjadi kegemaran anak anak ini. Layaan...

Brownies Laura In The Kitchen
½ cawan unsalted butter - suhu bilik
10 oz/283 gm semisweet chocolate - cairkan
1 cawan gula kaster
¼ sudu kecil garam
2 biji telur
1 cawan tepung gandum
2 ½ sudu besar serbuk koko
½ sudu kecil serbuk espresso segera
1 cawan snickers - cincang - tak letak pun
Cara cara:
Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 175C. Letakkan baking paper dalam loyang berukuran 8x8". Lebihkan keluar sedikit dari loyang.
Menggunakan mixer, putar mentega dan gula sebelum dimasukkan telur dan diputar sehingga bergaul rata.
Satukan tepung gandum, serbuk koko, serbuk espresso dan diayak. Masukkan coklat yang dicair. Kacau rata. Kemudian masukkan bahan tepung yang diayak dan digaul hingga sebati. Kemudian masukkan snickers dan gaul rata.
Masukkan adunan ke dalam loyang dan ratakan. Bakar selama 35-40 minit. Setelah masak, biarkan betul betul sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan. Selamat mencuba...
Assalamualaikum azie
BalasPadamSemuga selalu di dlm lindungan Allah. Lama dah tak tinggalkan komen.
Terima kasih atas perkongsian ilmu.. Tgok pun dah nampak sedap brownies tu In Shaa Allah nk cuma nanti.
Suhaila
Wslm Dear Suhaila kerana meninggalkan komen. Malam ni saya sangat tak ada mood. Bila baca komen Suhaila, hati terus berbunga riang. Luv u
PadamAlhamdulillah..terima kasih atas perkongsian ilmu. Semoga sis berada dalam lindungan Allah swt.
BalasPadamuntuk adunan ni saiz loyang berapa ?
BalasPadamSalam, saya mengikuti resepi k.azie..peminat..nasi ayam..cookies..kek marbel..semua sy dah cuba..sedap..skrg tgh cuba resepi brownies pulak..=)
BalasPadamAssalamualaikum k.azie.. Sy slalu follow resepi akk dri sy xpndaii apa2 😂 . Smua resepi akk smua sdap2. TQ akk.. Alhamdulillah skrg suami selalu puji sy msk..halal kn ilmu akk tuk sy ye 😘😘
BalasPadamThanks Kak Azie, nnt nak cuba. kalau ok nak cuba berbisnes dgn resepi ini. mintak izin ya.
BalasPadamSalam.. ni resepi laura vitalley ea? Camne ntah eja name beliau.. huhu! Saye pon ske pakai resepi die.. mmg sdap. N lagi 1 nk ckp trime kaseh utk resepi coklat cip. Memang amboi amboi amboi sangat sedap.. mntk halal ilmu ye.. semoga dimurahkan rezeki..����
BalasPadamTerima kasih utk resepi yg dikongsi. Blog k.azie ruj pertama saya utk dicuba. Saya yakin dgn resepi yg ditulis. First time cuba pun gerenti ok.
BalasPadamsis nk tnya Espresso tu apa ye..
BalasPadamSejenis minuman yang menpunyai aroma seperti nescafe juga
PadamSalam k.azie ..
BalasPadam1/2 butter tuh bersamaan berape gram ye.
kalau tak silap, dekat plastik butter ada garis penanda banyak mana kita nak guna. kita potong aje butter ikut garis tu. setiap garis dia dah tulis berapa gram
PadamTq kak zie..semoga sentiasa sihat dan dpt berkongsi resepi2 yg sedap..
BalasPadamSaya pun nak minta halal ilmu dr blog ni. Kalau google resepi..mesti click your blog 😊
BalasPadamTakyah letak esen vanila pun ok ek kak?
BalasPadamBrownies dah masuk oven..harap2 ok��
Esen vanila tak letak pun tak apa.
PadamSalam k.azie.. boleh x kalau buat dua adunan tapi bakar dlm 1 loyang? Kalau boleh temperature n masanya brapa lma ye? :)
BalasPadamWslm. Boleh. Suhu oven sama tp masa lama sikit. Hingga masak lah
PadamSaya dan kwn2 saya suka Azie Kitchen...resepi2 mmg sedap...susah nak jumpa org yg mahu share resepi yg betul..ada saja yg 'di sembunyikan'....tahniah...semoga Allah membalasnya dgn sebaik2 pembalasan kpd Pn...aamiin
BalasPadamAssalam..
BalasPadamAlhamdulillah bnyak resepi dari Azie Kitchen saya da cuba hasilnya sgt2 memuaskn , rasanya yg sedap..tksh kpd pn share resepi..mnta di halalkn ilmunya..moga Allah kurniakn kesihatn yg baik brtambh rezeki..Aamiin
Betul.. sy pun prefer rezeki kak azie kitchen. Semua menjadi. Frust klu cari resepi x jumpa dr azie kitchen. Cth resepi biskut makmur :-( terima kasih ilmu yg dikongsi. Semoga sntisa dlm lindunganNya.
BalasPadam