Majlis Pernikahan Puteri Sulung Dato' Salehuddin
Majlis pernikahan Lyana Wanis puteri sulung kesayangan Dato Salehuddin Saidin dan Datin Nursinah Adzmi yang bertemu jodoh dengan Abu Huroyrah telah berlangsung dengan penuh meriah. Pelamin telah dihias indah untuk meraikan ikatan cinta kedua pengantin. Lyana dan Abu adalah rakan sejak zaman sepersekolahan. Mereka kemudiannya sama sama melanjutkan pengajian ke United Kingdom di mana cinta mulai berputik dan bersemi. Kedua duanya sama cantik dan sama padan. Majlis pernikahan diadakan dengan penuh adab Melayu seperti adanya sessi berbalas pantun. Pengantin dinikahkan oleh Dato Salehuddin sendiri. Terasa sebak apabila mendengar pesanan bapa pengantin perempuan kepada kedua dua pengantin sebaik selesai majlis pernikahan. Mata pun masa tu lah mulai masuk habuk bila melihat Dato Salehuddin mengelap airmata. Hihihi
Selepas sessi menyarung dan berbalas cincin perkahwinan, diadakan sessi bergambar dengan sanak saudara dan sahabat handai. Kami dari geng alumni juga tidak lupa untuk merakamkan gambar kenangan bersama kedua pengantin. Penyanyi Anuar Zain yang juga rakan pada kedua pengantin, turut sama bergambar bersama kami.
Akhir sekali, tahniah buat kedua pengantin dan juga ibu bapa pengantin kerana menerima menantu yang pastinya akan lebih memeriahkan keluarga.
Catat Ulasan for "Majlis Pernikahan Puteri Sulung Dato' Salehuddin"
Add your comment