London Day 5: Buckingham Palace
Hari ke5 iaitu 11 Februari, selepas bersarapan, kami bermalas malas di bilik. Keluar agak lambat sehingga matahari agak terang memancar. Hati gembira melihatkan langit yang cerah cantik hari itu. Lagi pula kami perlu sampai di Buckingham Palace pukul 11.30 pagi untuk menyaksikan guard exchange parade. Kami mengambil bas dan turun di Hyde Park Corner dan berjalan kaki untuk ke Buckingham Palace untuk melihat perarakan pertukaran guard.
Semasa kami sampai, orang telah ramai. Alhamdulillah cuaca baik dan ada matahari. Tak boleh dibayangkan jika cuaca mendung seperti hari hari sebelumnya. Tak pasti jika kami dapat bertahan berada di tempat terbuka hampir sejam. Meh kita layan gambar gambar semasa di depan Istana Buckingham.
Selepas itu, kami berjalan melalui Greens Park untuk mengambil bas ke Lilywhite sekali lagi. Sungguh cantik pokok pokok yang hampir gondol dahan dan ranting. Tersusun sangat cantik dan sesuai untuk bergambar. Kami menghabiskan masa di situ untuk bergambar.
Dari situ, kami bergerak pula ke Primark dan Oxford Street sekali lagi kerana Aween mahu membeli kasut. Kami balik ke hotel dan mula mengemas barang barang. Bab mengemas ni yang selalunya memeningkan kepala. Bag juga mula beranak anak.
wahh best nyer!
BalasPadammenarik ni
BalasPadamKat Primark byk brg harga bawah £5.Seronok shopping kat situ.
BalasPadam