Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Korea Day 5 Berakhirnya Percutian Di Korea

Percutian Korea

Akhirnya catatan percutian Korea saya telah tiba ke penghujungnya. Terpaksa mencuri curi masa untuk menyiapkannya sebelum memulakan catatan percutian ke Paris dan London. Jom kita sambung... 

Oleh kerana pada sehari sebelum balik, kami telah datang ke Seoul Station beli tiket serta telah meninjau pintu masuk Seoul Station, pintu masuk train dsb, jadinya sangat memudahkan urusan. Maklumlah kalau dibuat pada hari yang sama, agak rush kerana saya mahu berada di airport 3 jam sebelum perjalanan bagi membuat urusan tax refund, T-Money refund dsb. 

Itu pun masa kami datang, pelbagai versi diberi tentang tempat membeli tiket train express. Tiket untuk train express KTX dibeli di tingkat B2. Ada jadual waktu train yang boleh dipilih. Kami pilih train pukul 7.35 pagi walaupun ada train pukul 6.15 dan 6.50. Tiket ini menpunyai koc dan number tempat duduk. Sangat selesa dan laju. Hanya mengambil masa dalam 45 minit sahaja untuk sampai ke Incheon International Airport. 

Di tingkat B2 juga ada tempat menunggu sebelum masuk ke train platform di B7. Selepas masuk, ambil lift untuk turun ke B7 dan tunggu di hadapan pintu masuk koc yang tertera di tiket.


Percutian Korea

Saya sebenarnya langsung tidak tidur sebaliknya ber WhatsApp dengan hubby sampai pukul 5.00. Bangun dari katil dan setelah selesai solat Subuh dan mengemas barang barang, saya turun terlebih dahulu untuk hotel check out. Dalam pukul 6.00, kami terus ke jalan besar untuk mengambil teksi. Risau juga takut teksi tak dapat memuatkan bag kami yang besar. Semasa ke Chennai dulu, satu bag terpaksa diletak di tempat duduk penumpang hadapan.

Nasib baik teksi memberhentikan kami di pintu masuk Sowha Children's Hospital kerana ianya lebih dekat untuk ke tempat train express. Sebelum itu, bila ditunjukkan gambar hospital, dia menggeleng gelengkan kepala sebab tak faham apa yang kami beritahu. Ada 2 tempat teksi station di sini. Satu berhadapan Lotte Mall. 

Kami sampai di Seoul station tepat jam 6.15. Kami terus ke tingkat B2 untuk duduk di ruang menunggu. Lebih sejam juga terpaksa menunggu. Kami tak mahu mengambil risiko dengan mengambil tiket lebih awal bimbang kalau tak terjaga. Lagi pulak tak pasti berapa lama masa perjalanan teksi dari Hamilton Hotel ke Seoul Station. Rupanya hanya 15 minit. Lagi pulak awal pagi, jalan masih lengang. 

Oleh kerana penumpang perlu berada di kawasan platform, 20 minit sebelum waktu bertolak, kami turun pula menunggu di paltform. Pukul 7.20 train telah tiba di platform. Kami masuk dan duduk.

Percutian Korea

Percutian Korea

Tiba di Incheon International Airport pukul 8.19 pagi. Urusan check in dan immegresen, tax refund semua memakan masa yang lama kerana long queue. Kami sampai ke Gate 111 pukul 10.10 pagi. Maknanya memakan masa 2 jam. Kerana itulah, kita perlu berada di airport sekurang kurangnya 3 jam sebelum waktu berlepas. 

Airport sangat besar, perjalanan dari train stop ke Pasengger Terminal sebelum melalui pemeriksaan immegresen agak memakan masa. Selepas pemeriksaan kastam, kami ke kaunter 27 untuk mendapatkan tax refund. Selepas itu, turun escalator untuk menaiki train ke terminal pelepasan. 

Gate yang dituju ialah Gate 111 untuk penerbangan balik ke Malaysia. Cuma satu sahaja yang tidak sempat dibuat iaitu refund T-Money kerana ingatkan ada kedai yang boleh buat refund dekat dengan gate. Tapi tak mengapa kerana ianya masih boleh digunakan di lain kali. Selamat tinggal Korea, pastinya banyak perkara yang menjadi sejarah dalam hidup saya semasa di sini.


Secara kesimpulan, saya sukakan Korea kerana pengangkutan awam yang sangat efisyen, tandas tandas sangat bersih dan banyak mall yang boleh dikunjungi. Saya tak pergi pun melawat tempat bersejarah istana lama Geongbokgung, Namsan dan lain lain. Ini adalah kerana, anak anak lebih suka membuat last minutes shopping. Insya Allah lain kali boleh datang lagi, mungkin pada musim luruh...


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

1 ulasan for "Korea Day 5 Berakhirnya Percutian Di Korea"

  1. Jom ke Seoul-Jeju cuti sekolah tahun 2020! Hanya RM3500/pax untuk 6H5M. Trip termasuk flight Kul-Jeju-Seoul-Kul, accomodation + tour guide + transport + breakfast + entrance fees + insurance. Untuk pertanyaan lanjut blh ws 018-9591995 atau email najwaakutravel@gmail.com.

    BalasPadam