Korea Day 4 Part 1 Makan Grilled Mackerel Di Gosame
Hari terakhir di bumi Korea, kami terbangun agak lewat. Mungkin disebabkan kepenatan sehinggakan alarm memekik pun, tak terjaga juga. Hari ini, kiranya hari free and easy di mana kami tidak menpunyai itineri perjalanan yang khusus.
Sebaik selesai bersiap siap, saya turun terlebih dahulu ke business centre untuk print boarding tiket. Juita dan Aween menyusul kemudian. Oleh kerana saya belum pasti samada untuk naik train atau naik teksi ke Seoul station esoknya, saya membuat keputusan untuk ke Seoul Station dengan train.
Tujuannya supaya tidak kelam kabut kerana kami mahu sampai di airport 3 jam sebelum waktu penerbangan. Saya sebenarnya risau kalau satu teksi tidak dapat memuatkan 3 bag kami yang besar.
Dari Itaewon Station, kami mengambil subway ke Seoul station. Bila keluar sahaja dari subway, dah mula terpinga pinga, tidak tahu arah mana yang harus dituju. Cuba bertanya, tapi tak ada yang dapat berbahasa Inggeris. Akhirnya saya menahan teksi, tetapi pemandunya memberitahu yang inilah Seoul Station sambil menunjuk ke depan.
Haa nasib baik kerana selepas menapak beberapa langkah ke depan, barulah nampak Seoul Station yang gah dengan Lotte shopping mall yang besar. Setelah menanya di kaunter pertanyaan, kami pun mencari kaunter tiket untuk terus membeli tiket.
Setelah pasti laluan untuk esok, kami keluar melalui Sowha Children's Hospital. Destinasi seterusnya adalah Sinchon untuk brunch kerana kami belum bersarapan.

Keluar dari Seoul station, kami naik teksi ke Sinchon Gosame dengan tambang sebanyak 6100 won. Saya menunjukkan gambar kedai Gosame kepada pemandu teksi. Nasib baik di situ, ada staf yang boleh berbahasa Inggeris. Senanglah untuk membuat pesanan.
Kami pada mulanya memesan 2 set sotong pedas dan 1 ekor Grilled spanish mackerel. Setelah habis ikan dan makan pun berebut rebut, kami order lagi sekor. Kos makan adalah 28,000 won. Di dinding kedai, banyak terpampang gambar mereka yang pernah singgah makan di sini. Termasuklah selebriti dari Malaysia.
Sebelum balik, siap menjenguk ke tempat mereka memanggang ikan lagi. Katanya ikan hanya dilumur dengan sos dan terus dipanggang.

Selepas makan, kami berjalan kaki keluar. Rupanya kedai ini tidak jauh dari Sinchon Subway Station. Kami pusing pusing sambil posing posing sekitar Sinchon yang sangat besar dengan orang yang ramai. Udara pulak sangat sejuk. Singgah beli hot chocolate yang memang nyaman di minum dalam udara sejuk.
Aween dengan Juita masuk ke Nature's Republic membeli barang barang pencuci muka dan penjagaan badan. Saya hanya menunggu di luar sambil berselfie. Selepas mereka habis bershopping, kami berbincang tentang destinasi seterusnya. Saya mencadangkan untuk ke Gyeongbokgong dan Juita pula lebih suka ke Namsan Tower.
Akhirnya kami membuat keputusan untuk bershopping sahaja di Dongdaemun. Hahaha simpan lawatan ke tempat tempat itu untuk percutian akan datang.

Assalamualaikum...puan..i'm a fan of ur blog. Da bnyk recipes yg sy try. I love reading ur entry. Somehow,u r my inspiration. TQVM for sharing all great entries. I hope one day my life will be as great as yours. Insya Allah.
BalasPadamikan bakar nampak menyelerakan. makan pulak time sejuk2. fuh~
BalasPadam