Korea Day 3 Part 2 Makan Malam Di Murree Restaurant
Kali ini ingin kongsikan catatan makan malam kami di restoran makanan Korea yang halal di Itaewon. Sekembali dari Nami Island, kami buat keputusan untuk balik ke Itaewon.
Keluar dari Cheongnyangni station, kami mengambil teksi untuk makan malam di kedai makanan halal di Itewon iaitu Murree Restaurant. Ada keluarga dari Malaysia yang sedang menjamu selera ketika itu. Sebelum kami keluar juga, ada beberapa keluarga dari Malaysia juga singgah makan.
Di Murree kami memesan 2 set Bulgogi dan extra satu nasi. Sangat sedap daging Bulgogi ini. Macam daging cincang yang dimasak kicap dan sos tiram pun ya juga. Harga untuk 2 set adalah 30,000 won. Side dishes yang diberikan juga sangat sedap. Juita dan Aween tak makan, jadi sayalah yang menghabiskannya.
Memang kedai ini berada di kawasan yang agak tinggi dan curam berbukit. Kena berhati hati semasa berjalan turun. Lebih lebih lagi, ketika itu hujan rintik rintik. Oleh kerana tidak membawa baju hujan, Juita mengajak singgah di kedai Mr Kebab.
Saya dan Aween hanya meneman Juita makan kebab di situ. Risau juga bila melihat Juita tidak berselera makan semasa di Murree Restaurant. Balik bilik hotel, mandi dan membasuh rambut sebab dah kena hujan, risau kalau ianya akan menyebabkan kepala saya sakit. Selepas itu, kami hanya melepak lepak di bilik sampai tertidur.
Citarasa Korea pula ye Azie..
BalasPadamSedap tengok pic tu :)
Bestnya.. Teringin nak makan Bulgogi nie...
BalasPadamsaya ada rasa dkt restoran korea dkt ioi city mall.bulgogi ni sedap..tapi nk sangat rasa ori dari korea.in sya allah bulan 3 ni ke sana,musim bunga
BalasPadamBulgogi di Murree sangat sedap
PadamWah bestnya akak! Bila agaknya dapat pegi Korea ni. *^▁^*
BalasPadamBestnye cuti2 kat korea..makanan pun nampak sedap.. 😊
BalasPadam