Sira Pisang Kebatu Kegemaran
Insya Allah beberapa hari lagi, umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah. Menjelang bulan Zulhijjah kita kenalah bersedia dengan telah memotong kuku dan rambut dan selepas itu jangan lagi potong. Kalau potong, hukumnya makruh. Tapi kalau ianya memudaratkan, bolehlah dipotong. Hukumnya sunat untuk kita simpan sehingga didirikan korban atas nama kita. Allah hendak mentarbiah hati kita supaya dapat merasai apa sebenarnya erti korban. Kita diminta untuk melakukan ibadah korban dengan duit sahaja sedang Nabi Ismail hendak dikorbankan oleh ayahnya atas arahan Allah. Jadi tiada alasan untuk kita mempersoal apa arahan Allah. Sementara kita sekarang berada dalam bulan Zulhijjah, kita digalakkan berpuasa sunat, perbanyakkan berzikir. Kita juga digalakkan berpuasa pada hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah. Hadis Imam Muslim menyebut barang siapa berpuasa pada 9 Zulhijjah sebagaimana orang sedang wukuf, diampunkan segala dosa sebelum tahun itu dan sebelumnya. Apabila gelincir matahari 9 Zulhijjah, seluruh umat Islam masa itu akan merasai suasana wukuf. Suatu detik yang tak dapat diungkai dengan perkataan melainkan kita berada di Padang Arafah. Perbanyakkan sujud pada Allah dan minta ampun. Perbanyakkan berdoa.
Manakala pada hari Raya Aidil Adha kita digalakkan melakukan solat sunat Aidil Adha. Selepas solat, hendaklah bersegera untuk melakukan ibadah korban. Matlamat hidup kita adalah akhirat, bukan dunia. Jadikan diri kita sebagai salah seorang yang melakukan ibadah korban. Kita buat korban bukan untuk dapat pujian manusia tetapi kerana mentaati perintah Allah. Jika mampu, kita perlu melakukan ibadah korban setiap tahun sebagai tanda kesyukuran pada Allah.
Perlu diambil ingatan bahawa kita tidak boleh memberi daging korban sebagai upah kepada tukang sembelih atau tukang lapah. Haram hukumnya. Yang boleh adalah bagi duit sebagai upah. Bukan seolah menjual beli dengan daging korban. Jika nak bagi daging juga, kena niat sebagai sedekah. Orang yang menyembelih dan melapah juga besar pahalanya. Jadi jangan sesekali diungkit.
Daging korban sangat bersih dan manis rasanya serta penuh dengan keberkatan. Semua bahagian lembu atau kambing boleh dimakan kecuali najis lembu yang boleh diguna sebagai baja. Jangan membazir dengan membuang perut lembu dsb. Boleh disimpan daging bahagian kita. Tetapi bahagian yang hendak dibahagi perlu dibahagi dalam tempoh antara 10-13 Zulhijjah sahaja. Jangan dibahagi selepas 13 Zulhijjah kerana ianya akan menjadi seperti daging sedekah sahaja.

Sira pisang adalah salah satu makanan yang sinonim dengan Kelantan. Pisang yang biasa diguna untuk dimasak sira, kalau di Kelantan tentulah pisang kebatu. Pisang ini sama spesis dengan pisang abu. Yang berbeza, pisang kebatu lebih bulat isinya, bukan leper seperti pisang abu. Manakala pisang kebatu berwarna agak kekuningan. Selain dimasak sira, pisang ini sangat terkenal dengan pisang rebus yang dijual di kedai kedai kopi atau kedai makan terutama semasa bersarapan. kalau di Kelantan, pisang rebus juga dilenyek dan dijadikan makanan solid untuk anak anak kecil. Benih pokok pisang kebatu ini dihantar oleh kakak saya dari kampung. Ini adalah kerana di sini, memang pisang jenis ini tidak ditanam. Kebanyakannya ialah pokok pisang abu sahaja. Kali pertama ianya berbuah, batang pokok pisang patah sebelum pisang benar benar masak. Sebelum saya dapat mengambil tandannya, ia telah dicuri orang. Kali kedua juga, batangnya patah kerana tandannya yang besar. Tapi kali ini ada rezeki kami, apabila orang yang memotong rumput rumah kami tolong menebang dan memotong sikat sikat kecil. Selepas beberapa hari, pisang mulai masak menguning.
Jom layan cara cara mudah menyediakan sira pisang yang sangat nyaman di makan sejuk sejuk lebih lebih lagi waktu berbuka puasa.
Jom layan cara cara mudah menyediakan sira pisang yang sangat nyaman di makan sejuk sejuk lebih lebih lagi waktu berbuka puasa.
Sira Pisang Kebatu
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
4 biji pisang - belah 2
1-2 senduk gula atau manis yang disukai
Garam
3 tangkai bunga cengkih
Air secukupnya
Sedikit serbuk kunyit - jika suka
Sedikit serbuk kunyit - jika suka
Cara cara:
Masakkan semua bahan di atas kecuali pisang sehingga mendidih. Masukkan pisang dan terus dimasak sehingga pisang lembut. Sesuaikan kemanisannya. Bolehlah tutup api.
Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan. Selamat mencuba....
sedapnya kak azie.
BalasPadamsedak nyor
BalasPadamassalam kakazie
BalasPadampisang kebatu mana dpt ni kak
sedappnya, lama x mkn pisang kebatu ni sejak makayah takda kat kg huhuu
suka sagttt wat goreng atau pengat
arwah tok dulu suka wat sira camni,aduhhh rindunya huhuu
kat kl takjumpa,yg ada pisang abu
kalu kat kg bt kurau pisang kebatu ni paling femes dan mahal
isnya terbaikk berbanding pisang abu walaupun rupanya seakan-akan
Wslm. Kita geng ya. Saya pun sgt sukakan pisang ini. Pisang inj byk didapati di kelantan. Benih anak pokok pun dibawa dari Kelantan.
PadamTq kak share resepi.
BalasPadam