Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ayam Masak Merah Wan Chu Yang Mudah Sedap Dan Terlaris


Ayam Masak Merah Wan Chu Yang Mudah Sedap Dan Terlaris


Sebelum masuk bab resepi lauk Ayam Masak Merah yang sangat sedap ini, seperti biasa saya ingin selitkan sedikit nota catatan dari Kuliah Ustaz Zaid dalam Bab Erti Jalan Yang Lurus. Kita lupa bahawa nikmat adalah dari pemberi nikmat jadi tak usah resah bila hilang atau kurang kerana Allah berhak memberi dan mengambil. Kena yakin kalau bukan rezeki kita, dalam mulut pun jatuh. Itu rezeki lalat. Kalau rezeki kita, ikan di laut asam di darat dalam kuali kita punya juga. Apa nak bimbang dengan bab rezeki. Jangan rasa majikan yang bagi rezeki kita. Cth Allah hendak kita jadi orang bertaqwa sampai pada KPI yang Allah hendak, Allah akan bagi rezeki yang tak disangka sangka. Ayat 1000 dinar. 

Yakin tak? Analogi bab yakin ialah bila mana kita melihat seorang penembak tepat yang membuat show di mana anaknya sendiri yang berdiri dengan diletak epal di atas kepala. Bila ditembak, berkecai pecah buah epal di kepala. Ini adalah kerana dia yakin yang dia adalah penembak tepat. 3 kali berjaya menembak secara tepat, jadi kita yang melihat pulak, bagaimana? Adakah kita yakin yang beliau adalah seorang penembak tepat? Jika yakin, kalau kita disuruh berdiri dengan epal di atas kepala, berani tak kita melakukannya selepas melihat dia berjaya menembak secara tepat sebanyak 3 kali? Kalau kita tak berani, maknanya kita tak yakin. Keyakinan adalah iman merupakan satu perkara di luar logik tapi illogical. Akal boleh terima tapi hati tak boleh terima. Itu sebab kita tak berani berdiri dengan epal di kepala. Ini lah tandanya kita tak ada keyakinan. Sekarang kita masuk bab resepi dan masakan pula.



Ayam Masak Merah Wan Chu Yang Mudah Sedap Dan Terlaris


Walaupun saya telah menpunyai beberapa resepi Ayam Masak Merah yang sedap, antaranya resepi cara masakan kenduri di Selangor di SINI dan Ayam Masak Merah cara kenduri Kelantan yang sebati dengan selera saya di SINI, namun saya masih mahu mencuba resepi ringkas dari Wan Chu yang berpangkat mak saudara pada Encik Hubby. Wan Chu memang handal dalam bab memasak. Semua main campak campak dan sangat cekap di dapur. Beliau boleh memasak beberapa jenis lauk dalam masa yang singkat sahaja. Oleh kerana Wan Chu tidak menpunyai sukatan, maka saya terpaksa menelefon meminta beliau mengagak bahan yang digunakan. Maklum masa tu tak teringatlah pula untuk menyalin sukatan, kemudian hubungan pula lebih 20 tahun lamanya terputus. 

Bahan yang digunakan Wan Chu sangat ringkas iaitu cili kering dikisar bersama halia dan bawang merah serta sos cili sebagai bahan utama. Bawang putih tidak digunakan walaupun boleh juga dimasukkan jika suka. Hahaha bahan lain pastinya lah gula, garam dan serbuk perasa. Manakala bahan lain seperti susu cair, kacang peas, bawang besar mayang adalah berdasarkan pemerhatian saya semasa melihat beliau memasak. Kira macam opsyenal lah kalau untuk dihidangkan pada tetamu atau majlis kawin dsb. Tapi kata Wan Chu kalau untuk makan sendiri atau untuk berjualan, resepi yang diberi cukup sedap sehingga setiap hari jualan nasi lemak Ella, menantu Wan Chu sangat laris dan laku ayam masak merahnya. Sos cili yang menjadikan kuahnya sangat sedap dan berminyak cantik. Oleh kerana ada stok susu cair, saya masukkan juga dalam 1-2 sudu besar, bila dah dimasukkan susu warna sambal juga berubah warna cerah sedikit. Yang lain lain saya tak letak kerana saja lah ingin merasa keenakan Ayam Masak Merah seperti yang dihasilkan Ella yang sangat laris tersebut. Memang inilah a keeper recipe untuk ayam masak merah yang saya nikmati keenakannya dan dikenang berpuluh tahun lamanya. Selain itu masakan yang menjadi kegemaran saya yang biasa disediakan Wan Chu ialah Pajeri Terung dan Ikan Sweet Sour. Saya akan kongsikan resepi Pajeri Terung versi Wan Chu yang sangat sangat sedap dan menepati selera saya yang cerewet ini di entri akan akan datang...

Sangat sangat sedap. Itu sahaja yang mampu saya katakan berkenaan resepi ini. Bahannya ringkas, cara penyediaannya yang mudah dan cepat. Balik dari pejabat, saya terus ke dapur dan mula memasak 2 jenis lauk sekali gus iaitu Ayam Masak Merah dan pajeri Terung. Saya dengan tidak rasa bersalahnya makan menambah nambah walaupun dah lama tak menjamah nasi. Kira buat selamba jer, tak ada rasa guilty pun. Akhir sekali, terima kasih pada Wan Chu kerana sudi mengajar Zie menyediakan resepi hebat ini. Jom layan resepi dulu....



Ayam Masak Merah Wan Chu Yang Mudah Sedap Dan Terlaris

Ayam Masak Merah Wan Chu
Oleh; Azie Kitchen


Bahan bahan:
1/2 ekor ayam - lumur garam kunyit
1/2 mangkuk kecil cili kisar - 25 tangkai cili kering
1/2 mangkuk kecil cili sos Jenama kimball - guna 1/2 botol kecil
2 - 2 1/2 sudu besar gula atau secukup rasa
1 1/2 sudu kecil garam atau secukup rasa
Sedikit serbuk perasa
Minyak - untuk menumis

Bahan kisar:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 ibu jari halia

Bahan lain - opsyenal:
1 labu bawang besar hiris bulat 
1 tin kecil kacang peas 
Sedikit susu cair - saya letak 1-2 sudu besar
1 biji buah tomato - belah 4 
Daun sup/daun bawang - tabur

Cara cara:
Ayam digoreng separuh masak. Angkat dan ketepikan. Panaskan minyak sesuai dengan bahan yang hendak ditumis dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar garing dan pecah minyak.



Ayam Masak Merah Wan Chu Yang Mudah Sedap Dan Terlaris

Masukkan cili sos, garam, gula dan serbuk perasa. Masukkan juga sedikit air. Kacau rata dan masak seketika.


Ayam Masak Merah Wan Chu Yang Mudah Sedap Dan Terlaris

Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau rata sehingga ayam masak dan kuah pecah minyak serta berwarna cantik. Siap dan bolehlah ditutup api.




Ayam Masak Merah Wan Chu Yang Mudah Sedap Dan Terlaris

Nota;
Jika menggunakan bahan bahan lain, masukkan susu cair, kacang peas dan juga bawang besar hiris selepas dimasukkan ayam goreng. Tabur daun sup atau daun bawang, jika suka sebelum dihidangkan.



Ayam Masak Merah Wan Chu Yang Mudah Sedap Dan Terlaris


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

23 ulasan for "Ayam Masak Merah Wan Chu Yang Mudah Sedap Dan Terlaris"

  1. dah penah try masak a yam nak merah guna resipi k.azie sebelum ni... memang SDAP!

    BalasPadam
  2. Hi Azie, Amboi, sedapnya dengan nasi....Mesti cuba.

    BalasPadam
  3. fuyoo! sedap ni.. lama tak buat ayam masak merah :))

    Tips rancang kehamilan

    BalasPadam
  4. Nak masak ni lah hari ni...terima kasih kak

    BalasPadam
  5. Thank you very much kak azie, this is my family favourite dish😁

    BalasPadam
  6. Thank you very much kak azie, this is my family favourite dish😁

    BalasPadam
  7. Thank you kak for the sharing..

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah bleh cuba hari nie

    BalasPadam
  9. Sama mcm resepi mak sy.. Tp masa tumis letak serai.. Susu tu ganti dgn santan :)

    BalasPadam
  10. Klau ayam dgoreng separuh masak x mentah ker isi dalamnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ada lah saya kira betul betul setengah masak. May be 3/4 masak. Bila dimasak lagi dg kuah sambal, akan masaklah. Ayam kan cepat masak. Yg penting jangan goreng masak, nnt ayam jadi keras.

      Padam
    2. Cara Puan masak saling tak tumpah macam Mama saya masak. Tahniah Puan. Harapnya teruslah menulis dan berkongsi menu kasih sayang Puan ya. Sedap dan lazat.

      Padam
  11. Salam kak, maaf bertanya...1/2 mangkuk cili kisar dan 25 tangkai cili kering tu, option ke? atau dua2 mmg kena masukkan?

    BalasPadam
  12. Sy dah try msak dan tros mkn..sedappp!!mkn dgn nsik pns,perghh!!

    BalasPadam
  13. Salam ,kak maaf saya baru nak belajar masak. Tomato tu nak belenda atau pun masuk je dalam sambal nye .. ��

    BalasPadam
  14. Hari ni masak ni...tpi ayam gnti dgn telur... mmg umph! Heheh.. resipi akk mmg ringkas2 dan sedap. Mmg bookmark buat rujukan. 😄

    BalasPadam
  15. Salam kak..
    Saya da buat ikut resepi akk..
    Mmg sedap hingga menjilat jari..
    Satu keluarga sy puji kata sedap..
    Thanks akk^_^

    BalasPadam
  16. Dh try bt..mmg sedap..anak2 saya yg ssh nk mkn, meratah mcm tu je ayam msk merah ni sb xpedas..tima kasih kak azie..

    BalasPadam
  17. Sedapnya

    www.momstoreretail.blogspot.com

    BalasPadam
  18. Salam puan azie. Saya pembaca tegar blog puan terima kasih banyak2 sebab share resipi. Selalunya saya ikut sebijik2..menjadi. Maklum la.. Tak reti masak. Heheh.

    Tapi kali ni, saya letak 1/2 tin susu cair macam dalam resipi. Apakan daya, kuah jadi warna merah cair. Cair yang amat. Hampir warna pink. Rasa pun kurang 😭

    Tak perasan pulak penulisan puan yang kat atas, puan masukkan 1-2sudu susu cair je 😓

    Peringatan untuk diri sendiri.

    BalasPadam