Majlis rumah terbuka kami tahun ini walaupun lebih meriah tapi serasa ada kekurangan apabila anakanda kami, Juita terpaksa balik malam sebelumnya kerana menpunyai jadual kuliah yang padat. Saya sebenarnya tidak langsung mencampuri urusan dan persiapan majlis terbuka kali ini. Semuanya hubby yang tentukan termasuklah tarikh, pilihan menu dan khemah serta setting. Kebetulan hampir seminggu sebelum itu, saya tidak sihat dan terpaksa memakan ubat dan dinasihatkan oleh doktor supaya banyak berehat.
Kalau diikutkan saya tidak ada cadangan untuk mengadakan majlis rumah terbuka tetapi atas permintaan Nana yang beberapa kali menanya samada kami ingin mengadakan majlis rumah terbuka. Majlis yang sepatutnya dibuat kecil kecilan sahaja tetapi akhirnya menjadi agak besar bila anak anak juga menpunyai ramai kawan kawan yang ingin dijemput. Jadi tetamu yang dijemput agak ramai dari tahun tahun sebelumnya. Tidak lupa pastinya jiran jiran dan jemaah surau Ad Dhuha. Hubby telah menjemput rakan rakan perniagaan bersama keluarga mulai dari 12.30 tengahari.
|
Antara wajah wajah kesayangan |
Kali ini hubby memilih Nasi Arab sebagai menu utama dengan lauk daging, ayam dan kambing. Walaupun saya tidak berapa menggemari lauk yang disediakan tetapi ramai tetamu memberi pujian. Maklum bila badan tak sihat, selera juga menjadi berkurangan. Satu kelainan pada tahun ini ialah ketiga tiga ekor kambing perap dibakar di rumah kami. Jadi dagingnya lebih segar dan juicy. Ianya hanya mengambil masa dalam 1 jam lebih sahaja untuk masak dan sedia untuk dipotong.
|
sedang diperap |
|
dibakar 2 jam sebelum majlis |
|
kambing untuk lauk nasi Arab |
|
dalca yang sedap |
|
lauk nasi Arab |
Jika sebelum ini, hubby mengambil Char Kue Teow tetapi pilihan kami pada tahun ini ialah Kue Teow goreng. Walaupun saya agak tidak berpuashati kerana tiada kerang atau udang dimasukkan, namun ramai tetamu memuji keenakannya. Mungkin salah saya sendiri yang mengambil mudah dan beranggapan, ianya tidak perlu diberitahu tentang bahan asas kue teow goreng. Kali ini ada juga disediakan laksam, yang mendapat pujian ramai. Tapi saya tak sempat merasanya dan tak pasti kalau ianya sama seperti rasa laksam Kelantan. Secara jujur, setiap kali ada majlis di rumah, saya hanya makan sedikit sahaja sebelum majlis bermula. Tidak akan makan lagi sehingga majlis selesai.
|
laksam yang mendapat pujian |
|
roti jala dicicah dengan kuah durian |
|
rendang daging sedap dimakan bersama lemang |
|
2000 cucuk sate ayam dan daging |
|
kue teow goreng |
Jom layan gambar gambar yang dirakamkan sepanjang majlis berlangsung. Terima kasih tidak terhingga kepada rakan rakan dan jiran jiran yang sudi meluangkan masa untuk sama sama memeriahkan majlis rumah terbuka kami pada tahun ini.
|
bersama Haji Kamaruddin, Dr Hamidah, Dr Nor Salita dan Encik Azhar, |
|
Encik Zul dan Puan Adibah, rakan seuniversiti |
|
Encik Suhaimi, Setiausaha Politik yang sentiasa sibuk tapi sudi meluangkan masa untuk hadir bersama keluarga |
|
Farhana, Dee dan Mimi, antara anak anak saudara yang turut sama meraikan |
|
Puan Ros Badariah, coursemate semasa di universiti bersama keluarga |
|
bersama Alias dan Linda Yasmin |
|
Dato Puteh Rukiah, Dato Khalil, Encik Hanaz dan Dr Ina serta anak anak |
|
bersama jiran jiran, Nor dan Dr Izzah |
|
bersama Dato Razali dan isteri, Datin Faridah |
|
Dato Seri Ahmad Said, keluarga Dato Hong dan Tan Sri Abdahir serta isteri |
|
Datuk Zack dan Datin Tengku Nur Zaheran |
|
Dr Ibtisan, Dr Nana dan Dato Puteh Rukiah |
|
rakan rakan suami dari Prudential |
|
Haji Tarmidzi, Dato Rahim, Datin Sharifah, Hajjah Siti, Datin Ros, Dato Abu, Dato Shuib dan Madam Ong serta suami |
|
Encik Amri dan Encik Aznuar |
|
bekas rakan sekerja Encik Mahdi dan isteri |
|
rakan sebilik semasa umrah Ramadhan |
|
bermesra dengan jiran jiran |
|
bersama BFF Suraya dan Norsidah |
Di bawah adalah antara rakan anak anak kami yang sempat saya rakamkan sepanjang majlis. Ramai juga yang menulis pada saya kerana mereka tidak dapat bergambar bersama saya. Maklumlah ada ketika, memang tak sempat untuk bertanya khabar pun, hanya sekadar dapat bersalam salaman bila tetamu ramai tiba dalam masa yang sama. Namun tidak semua gambar yang diambil dapat dimuatkan di sini.
|
rakan rakan Boy |
|
rakan rakan sekolah Aween dari Subang Jaya |
|
geng doktor dari Alexandria University, |
|
Nana dan BFF |
|
Nelly dan rakan universiti |
|
Nelly dan rakan rakannya |
Alhamdulillah kerana cuaca baik walaupun ada ketika hujan telah turun dengan rintik rintik. Syukur Ya Allah kerana memperkenankan doa saya. Saya dan keluarga memohon maaf atas segala kekurangan di sepanjang majlis diadakan. Semoga kita dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dapat bersua lagi di masa akan datang.
meriahnya open house akak...
BalasPadamWowww...bestnya.
BalasPadammeriahnya k.azie.
BalasPadammeriahnya...ramai tetamu dan mcm mcm menu....
BalasPadamAmeen Ya Rabb..
BalasPadamMeriah majlisnya. Tahniah kak Azie :-)
bestnya...terasa kemeriahnya walau sy sekadar membaca. seronok..anak2 dah besar lg tambah seronok...menu pon best2.
BalasPadam