Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Biskut Cornflakes Madu Yang Sedap


Biskut Cornflakes Madu Yang Sedap


Hmm. Nak tanya sikit? Dah like page facebook Azie Kitchen ke belum? Kalau belum, eloklah klik like dulu. Sebab saya akan update page facebook Azie Kitchen untuk entri terbaharu di blog Azie Kitchen. Senanglah kerana kita akan dapat notification. 

Saya pun tak pasti kenapa ramai pembaca blog Azie Kitchen memilih untuk menjadi silent reader. Itulah sebabnya follower di blog sangat sedikit berbanding dengan pelawat yang melebihi 100 ribu yang singgah setiap hari. Apa apa pun, saya sangat terharu dengan kesudian anda semua untuk singgah di sini. Membaca komen komen yang ditinggalkan membuatkan saya tidak terasa kesunyian. 

Sekarang meh kita citer pasal biskut raya pulak. Sebaik menjejak kaki di dapur di satu pagi di minggu raya, saya terpandang satu sebalang besar biskut Cornflakes Madu di atas kabinet. Bila ditanya dengan Boy, barulah tahu rupanya Nana menyediakan malam sebelum majlis Rumah Terbuka kami pada 2 Ogos 2015 di SINI

Nampak sangat mengujakan saya mengambil sepinggan untuk di snap gambarnya dan sambil sambil itu, mengunyah sehingga tak sedar, habis kesemua biskut yang dok ada dalam pinggan. Barulah ku tahu, rupa rupanya sedap biskut cornflakes ni ya. Patutlah anak anak suka. Rasanya pun manis manis madu dan yang lebih utama ialah ianya sangat rangup. 

Biskut Cornflakes Madu Yang Sedap

Sebelum layan resepi, saya menerima banyak pertanyaan berkenaan sesuatu resepi boleh dimakan untuk berapa orang dsb. Sebenarnya agak susah juga untuk saya mengagak kerana kebiasaannya, saya memasak untuk dimakan sendiri. Jadi kami makan menambah nambah dan kadang kadang berulang ulang. 

Jadi saya rasa, elok kita mengagak sahaja. Contoh, kalau 1 ekor ayam boleh dimakan untuk berapa orang, jadi kita gandakan sahaja. Begitu juga, jika satu dulang kuih loyang 10x10" boleh makan untuk berapa orang, kita gandakan juga mengikut tetamu yang kita jangkakan. 

Lain dengan mereka yang berniaga, mereka telah mahir dalam bab ini. Tetapi saya hanya menyediakan untuk hidangan keluarga sendiri. Harap jelas dengan apa yang saya cuba sampaikan. Bukanlah apa, risau kalau anggaran yang saya beri tidak tepat pulak. Jom layan resepi mudah yang sangat cepat disediakan ini....


Biskut Cornflakes Madu Yang Sedap

Biskut  Cornflakes Madu

Bahan bahan:
5 cawan cornflakes
¼ cawan madu
¼ cawan mentega
1 1/2 sudu besar gula kastor
Ceri - hiasan
Paper cup secukupnya

Cara cara:
Cairkan mentega di dalam periuk menggunakan api yang kecil, kemudian masukkan madu dan gula. Kacau sehingga sebati.

Di dalam mangkuk, ramas kasar cornflakes supaya senang dimasukkan ke dalam acuan kuih.

Tuangkan campuran butter cair ke dalam mangkuk cornflakes, kacau sehingga cornflakes disaluti dengan sempurna.

Sudukan ke dalam paper cup, hias dengan ceri. Bakar selama 10-15 minit dalam oven suhu 150C. 


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

21 ulasan for "Biskut Cornflakes Madu Yang Sedap"

  1. 2000++ byk tu puan..hehehe..rasanyer ramai yg menyinggah sbb cri resepi..dan mngkin kebykan nyer bkn blogger

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Mereka seumpama teman bicara walaupun hanya di alam maya.

      Padam
  2. Sorry to said this i am also silent reader because you never reply one of my comment. I not sure if you notice it or not my comment. Anyway love to read your story and your lovely recipes. I am also a Pure Kelantanese like you.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear Thyaga, sorry if I never reply to your comment before. I might be overlooked. Normally i will reply to comment that require further explanation. Nevertheless, i read all the comments left in my blog. TQ

      Padam
  3. Saya follower blog puan dan telah mencuba beberapa resepi puan..terima kasih kerana sentiasa berkongsi resepi yg menarik...

    BalasPadam
  4. Azie,

    Banyak dah resepi Azie MakPiah pakai.
    Terima kasih.
    Semoga Azie dibalas kebaikannya berkongsi resepi.
    Salam.

    BalasPadam
  5. ni kegemaran sy & family jugak. sy akan cuba resepi ni pula...plain tanpa kismis & segala...bukan apa...kadang2 anak2 sibuk dok asingkan...kita ni suka konon lebih berkhasiat...

    BalasPadam
  6. Salam kak Azie,

    Saya baru je follow. ngeee..
    Baru kenal blog akak bulan puasa hari tu.
    Terima kasih share resepi. saya pun ada cuba banyak resepi kat sini, sebab semuanya menjadi sedapnya.
    Minta halal ye. :-)

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum, sy mmg silent reader blog ni, suka tgk resepi yg di paparkan, semoga puan sentiasa rajin update blog ni mcm selalu. Kualiti gambar yg berkualiti menampakkan hidsngan puan menarik sekali, macam nak ambik makan shj.

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum Azie,
    Saya jugak salah seorang dari SR blog Azie.
    Cuma saya lebih suka print-kan resepi-resepi yang Azie kongsikan di sini untuk rujukan.

    - mintak halal dunia akhirat ya.

    BalasPadam
  9. Salam K Azie,
    Saya mmg suka mencuba resepi K Azie sbb sedap2 belaka. Saya juga silent reader. Moga K Azie sentiasa share resepi di sini. Insya Allah pahala bertambah dan saya doakan kebahagian K Azie sekeluarga.

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum Auntie Azie..
    Kalau boleh saya nak tau 5 cawan cornflakes ni cukup k sekotak cornflakes yg normal size??

    TQ. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooh kami beli kotak besar. Jika tak cukup, pro rate kan shj bahan bahan lain.

      Padam
  11. Saya guna resepi Kak Azie untuk Syawal kali ni.. Memang menjadi dan sedap!

    BalasPadam
  12. Resepi paling simple dan sedap dimakan. 😀

    BalasPadam
  13. Terima kasih kak..baru buat ikut resepi ni..menjadi..xmanis sgt n xmuak..rangup je

    BalasPadam
  14. Thanks azie.. I am a silent reader but I always try your recipes.

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum kak Azie ...
    Isteri saya silent reader juga ... tiap kali cari resepi ... msti guna resepi dr blog akak ... terima kasih atas perkongsian ilmu ... semoga bermanfaat utk ibu2 isteri2 wanita2 di luar sana ... semoga akak mndpt balasan setimpal drpd Allah .. Aamiin

    BalasPadam
  16. assalam..sis nk tnya 1/4 mentega tu brsmaan stu buku butter ke..250gm tu...☺☺

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1/4 Cawan mentega... cawan tu bahagi 4... ambik 1 bhg je daripada 4 bhg tu

      Padam
  17. Mohon share resipi anda ...resepi anda x pernah mengecewakan

    BalasPadam