Creamy Butter Crab Yang Mabeless
Ianya adalah sebagai latihan kepada orang kaya. Kalau ada pilihan, orang kaya akan sanggup bayar sebagai ganti hari hari untuk tidak berpuasa. Mereka mungkin tahu bagaimana rasa lapar tapi kalau mereka tidak mengalami sendiri bagaimana rasanya lapar, ianya tidak memberi impak sebenarnya. Orang kenyang tak akan ada rasa sensitiviti pada orang lapar di Palestine dll. Selepas makan, mereka akan mula mengantuk dan tidur dengan kekenyangan. Jadi dengan berpuasa, orang yang tidak pernah merasa lapar akan berpeluang untuk merasainya.
Hari ini saya ingin kongsikan resepi yang saya pelajari dari youtube Anis Nabilah yang sangat bersahaja berceloteh sambil memasak. Masakan ini juga dipesan di kedai memang harganya sangat mahal. Kalau untuk sekilo ketam atau udang bersedialah untuk membayar RM90-100 lebih. Jadi bagi resepi seperti ini, bolehlah kita cuba memasaknya sendiri di rumah. Tak susah pun sebenarnya. Bahan bahan yang digunakan juga sangat ringkas. Untuk resepi ini, boleh juga digunakan ayam. Tapi untuk ayam, ianya bolehlah digoreng terlebih dahulu atau hanya menggunakan isi ayam yang digoreng celup tepung.
Jom kita layan resepi mudah ini. Sangat sesuai dimakan dengan mantao semasa berbuka atau bersahur, selain dengan nasi putih panas panas. Saya mencicah kuahnya dengan roti wholemeal semasa bersahur. Selamat mencuba....
Creamy Butter Crab
1 1/2 kg ketam bunga
1/2 biji bawang besar kuning - cincang
2 1/2 sudu besar/8-10 ulas bawang putih - cincang
20 helai daun kari - saya letak lebih
10 - 12 tangkai cili padi - hiris
3 sudu besar butter
1 1/2 tin susu cair - guna 2 tin
1 - 1 1/2 sudu besar gula
Garam secukupnya
Garam secukupnya
Minyak masak
1 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
Cara cara:
Cara cara:
Ketam dibuang kulit dan sponge di badannya, basuh dan dipotong dua dan tos.
Panaskan sedikit minyak. Masukkan butter dan sehingga cair. Tujuan guna minyak masak supaya butter tidak cepat hangit bila digoreng terlalu lama.
Masukkan bawang putih kisar. Kacau sehingga sedikit kekuningan, masukkan pula bawang besar cincang. Setelah sedikit layu, masukkan daun kari dan cili padi.
Masukkan pula susu sejat, sedikit garam dan gula. Bila kuah telah mendidih, baru masukkan sedikit air tepung jagung untuk memekatkan. Pastikan telah mendidih dulu ya.
Akhir sekali masukkan ketam. Boleh juga guna udang atau ayam. Tapi jika menggunakan ayam, goreng ayam terlebih dahulu. Kacau seketika sehingga ketam masak, sedia untuk dihidangkan.
Nota;

Kuah sedap dicicah dengan roti atau mantao.
nmpak sgt sedap...makan mesti lagi sedap....thanks for the recipe...
BalasPadamThank you sangat atas perkongsian aunty semua recipe. Izinkan utk sy belajar dr blog aunty. Mintak halal ye. Semoga dimurahkan rezki aunty sekeluarga :))
BalasPadamSdapnya kak azie
BalasPadamSedapnye...thanks sampaikan ceramah yg didgr. kita yg x kaya n tak miskin ni pun kena belajar lapar supaya hargai rezeki yg Allah bagi.
BalasPadamohh baru tau kena letak minyak sikit b4 letak butter. Patut la butter cepat hangit. Heheh.. thanks.
Saya dah try buat hari ni, mmg mudah dan sedap sngt2.
BalasPadam