Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Cranberries Pistachio Shortbread Yang Sedap


Cranberries Pistachio Shortbread Yang Sedap


Kali ini Nana dan Juita menyediakan Cranberries Pistachio Shortbread untuk dihidangkan semasa hari raya. Memang sedap biskut ini. Hmm bahan bahan yang digunakan pun agak mahal, pastilah berbaloi baloi. Dah bertahun juga saya tak menyediakan biskut raya. Semuanya saya serahkan pada anak anak untuk menyediakan biskut mengikut kesukaan masing masing. Anak anak zaman sekarang memang suka mencuba resepi resepi yang pelbagai. Bukan macam kita dulu dulu, asyik asyik kacang tanah dan almond jer bahan utamanya. Bahan bahan untuk membuat lauk pauk dan biskut raya, semuanya Nana beli sendiri di supermarket berdekatan dengan hospital tempat dia bertugas. Jadi senang kerana dia tahu apa barangan yang hendak dibeli.



Cranberries Pistachio Shortbread Yang Sedap

Tahun ini saya betul betul rehat kerana anak anak banyak membantu satu sama lain di dapur. Tugas saya hanya snap gambar untuk blog sahaja. Kerana sewaktu masuk ke dapur, Nana sudah hampir siap membakar biskut.  Selepas berbuka puasa, yang pertama saya cari adalah biskut ini kerana semasa dibakar sudah terbau keenakan biskutnya. Lagi pulak, biskut seperti ini tidak menjemukan dan rasanya pun tidaklah manis. Sesuai untuk selera macam saya yang dah tak boleh lagi nak menelan makanan atau minuman manis. 


Cranberries Pistachio Shortbread Yang Sedap

Jom kita tengok resepi yang Nana gunakan hari ini. Ianya sangat sedap dan mudah pula disediakan....


Cranberries Pistachio Shortbread Yang Sedap

Cranberries Pistachio Shortbread
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
300 gm tepung serba guna
226 gm butter
135 gm granulated sugar
1 sudu kecil vanilla
180 gm pistachio - cincang kasar
150 gm dried cranberries - cincang kasar

Cara cara:
Pukul butter dengan menggunakan mixer sehingga sebati. Masukkan gula dan putar lagi. Kemudian masukkan vanilla.
Masukkan pula tepung serba guna sedikit demi sedikit. Gaul sebati. Akhir sekali, masukkan pistachios dan cranberries.
Bahagikan kepada beberapa bahagian. Dileperkan dan balut dengan plastik. Boleh juga diratakan dengan kayu pencanai bagi meratakan permukaannya.

Cranberries Pistachio Shortbread Yang Sedap


Sejukkan sekurang kurangnya selama 2 jam. Keluarkan dari peti dan dipotong petak. Bakar selama 15-20 minit pada suhu 160C atau sehingga masak bergantung kepada oven masing masing.


Cranberries Pistachio Shortbread Yang Sedap

Cranberries Pistachio Shortbread Yang Sedap


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

3 ulasan for "Cranberries Pistachio Shortbread Yang Sedap"

  1. eemmmm...nanti MY rajin, akan di cuba resepi ni

    BalasPadam
  2. Look delicious..mesti try this weekend..for picnic trip..Thax u kak Azie...I love all your recepi..semua menjadi.amazing

    BalasPadam
  3. Choc cookies saya dah tinggal 1/2 balang kecik. Boleh try yang ini pulak untuk tetamu weekend nanti. TQ for the nice sharing.

    BalasPadam