Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Opor Ayam Padang Enak


Opor Ayam Padang Enak



Masih lagi dalam siri menerokai masakan Minang atau Padang. Resepi ini saya salin dari youtube Indonesia. Apa yang saya baca, Opor Ayam adalah salah satu dari menu wajib yang disediakan di masa perayaan untuk dinikmati dengan lontong atau ketupat. Kalau diperhatikan, masakan Minang menggunakan bahan yang hampir sama sahaja antara satu masakan dengan satu masakan yang lain walaupun nama masakannya adalah berbeza. Bahan yang pasti ada selain bawang bawang adalah buah keras dan daun salam. Haaa inilah keunikan masakan mereka yang jarang digunakan dalam masakan Melayu. Kebetulan saya memesan 2 ekor ayam kampung dari penternak di Sg Buloh, jadi untuk Opor Ayam hari ini saya menggunakan ayam kampung yang kecil molek jer saiznya. Lagi pulak bahan bahan yang digunakan adalah bahan mudah didapati di dapur kita. Memasaknya pun mudah. Cuma pastikan ianya sentiasa dikacau supaya tidak pecah minyak. Saya ubahsuai sedikit dengan mengisar separuh dari bawang merah. Ada juga Opor yang berwarna kuning di mana mereka memasukkan sedikit kunyit hidup.



Opor Ayam Padang Enak


Berkali kali Nelly memuji lauk ini yang dikatakan sangat sedap terutama dengan kuahnya yang ketika pekat. Sedap bila digaul dengan nasi putih panas panas. Hmm pastilah sedapkan, kalau tidak ianya tidaklah menjadi makanan wajib yang dihidangkan semasa perayaan oleh masyarakat di Indonesia. Tapi pendapat saya, jika kuah opor ini berwarna kekuningan, lagi nampak lebih menyelerakan. Jadi lain kali, saya mahu menggunakan sedikit kunyit ke dalamnya.

Jom layan resepi dulu yang sangat sedap untuk dihidangkan dengan nasi panas panas....



Opor Ayam Padang Enak

Opor Ayam Padang Enak

Bahan bahan:
1 ekor ayam
4 gelas santan - 1 biji kelapa
8 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 ibu jari halia
1 helai daun salam
1 keping asam keping
1 batang serai - ketuk
Garam
Minyak 

Bahan kisar:
4 biji buah keras
1 sudu besar ketumbar
1/2 sudu kecil jintan

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang yang dihiris sehingga wangi dan kuning. Angkat dan ketepikan.

Semua bahan digaul dengan ayam seketika supaya mesra.



Opor Ayam Padang Enak


Masak santan sehingga mendidih dan masukkan ayam ke dalamnya.

Masukkan serai, daun salam, asam keping dan halia. Masukkan juga garam serta serbuk perasa dan dikacau supaya tidak pecah minyak.

Angkat dan tabur  dengan bawang goreng sebelum dihidangkan. Sedap dimakan dengan lontong atau ketupat.

Nota:
Ada juga kaedah di mana bahan kisar ditumis sehingga wangi sebelum dimasukkan ayam. Mana mana cara pun boleh.



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

3 ulasan for "Opor Ayam Padang Enak "

  1. Salam Ramadhan Puan Azie. Mcm kena letak kunyit baru nampak menarik dlm gambar kan....nanti saya nak cuba juga.

    BalasPadam
  2. Saya tak pernah lagi masak opor...nnti boleh cuba..tq!

    BalasPadam
  3. xpernah lagi masak,nmpak menarik je...nak cuba la nnti....

    BalasPadam