Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Gulai Daging Padang


Gulai Daging Padang


Sebelum masuk bab resepi, saya ingin kongsikan petikan kuliah Ustaz Adli berkenaan persiapan mental untuk menghadapi bulan Ramadhan. Matlamat utama berpuasa di bulan Ramadhan adalah untuk mendapat taqwa. Taqwa adalah satu perasaan yang terhasil oleh seseorang bila rasa diperhati oleh Allah. Dalam solat rasa diperhati oleh Allah umpama kita rasa diperhati dalam CCTV. Kalau kita tiada berwudhu pun tiada siapa yang tahu. Tapi Allah tahu, Allah lihat, Allah dengar. Taqwa ialah mengikut apa yang diperintah dan tinggal yang dilarang kerana Allah. Membenteng dari neraka adalah juga taqwa. Rasulullah meminta kita berbenteng dari api neraka walaupun dengan satu cebisan kurma. Bersedekahlah walau sekecil mana sekali pun. Jangan dipandang kecil benda yang halus kecil. Gunung yang besar adalah berasal  dari batu batu yang kecil. Matlamat ibadah adalah untuk membina taqwa untuk rasa diperhati Allah. Kita disuruh untuk mencari taqwa. Bila solat, rasa diperhati. Kita akan rasa malu pada Allah bila dalam solat kita berfikir yang bukan bukan sedang Allah tahu yang kita tidak kusyuk.


Gulai Daging Padang

Matlamat puasa di bulan Ramadhan yang kedua ialah untuk penyucian dosa. Nabi mengaminkan doa Jibril bahawa celakalah barang siapa yang masuk dalam bulan Ramadhan tapi dosa tidak diampunkan. Ramadhan  adalah bulan pengampunan dosa. Ramadhan ke Ramadhan menghapus dosa antara keduanya kecuali dosa besar. Dosa kecil akan dibersih oleh solat, puasa dsb. Matlamat puasa di bulan Ramadhan adalah untuk mendapatkan taqwa dan membersihkan dosa. Syurga adalah tempat untuk orang yang tak ada dosa. Jadi kita perlukan penghapusan dosa kerana azab di neraka adalah azab dasyat yang meningkat bukan seperti azab di dunia. 

Kena tanamkan azam untuk mendapat pengampunan dan syurga. Jangan sekali kali mengatakan bahawa tak apalah orang Muslim nanti dapat juga masuk syurga selepas dibalas dalam neraka. Neraka itu sangat besar, sangat luas dan sangat dalam. Siksaan penghuni neraka yang paling ringan yan dijanjikan Allah untuk bapa saudara Nabi Muhammad ialah memakai kasut dari neraka yang panasnya sehingga mendidih otaknya. Sanggupkah kita untuk membayangkannya? Apakah kepanasan di dunia yang menyebabkan otak mendidih? Jom share dan ambil manafaat pada mana mana yang boleh membantu kita sementara kita masih hidup di dunia ini....



Gulai Daging Padang

Hari ini saya ingin kongsikan resepi Gulai Tunjang atau kaki lembu yang diambil dari sebuah blog resepi Indonesia. Tapi saya hari ini tak lah menggunakan tunjang sebaliknya menggunakan daging pipi termasuk yang dipanggil duri pandan yang sangat sedap dan lembut jer. Pertama kali menikmati daging di bahagian pipi ini semasa menikmati sup di Raja Sup Taman Tun. Kali kedua semasa kakak mengirimkan daging korban, boleh klik di SINI untuk melihat resepi Asam Pedas.

Jom kita layan resepinya dulu. Selamat mencuba...


Gulai Daging Padang

Gulai Daging Padang

Bahan bahan:
1 kg daging - bahagian pipi
1000 liter santan
1 helai daun kunyit
2 helai daun limau purut
2 keping asam jawa
1 batang serai
Secubit gula

Bahan kisar:
15 tangkai cili merah
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
6 biji buah keras
1 cm kunyit hidup
2 cm lengkuas
Garam


Cara cara:
Rebus daging dan asingkan isi dari tulang.

Satukan santan dengan bahan kisar, daun kunyit, daun limau purut, asam keping dan serai. Masak sehingga mendidih.

Masukkan daging dan terus masak atas api kecil hingga santan mendidih dan keluar minyak. Angkat.



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Gulai Daging Padang"