Daging Goreng Berempah
Sebenarnya setiap kali Ramadhan saya mengurangkan aktiviti di dapur. Saya tidak mahu berpenat penat di dapur sehingga tidak dapat melakukan amalan lain seperti membaca Al Quran. Banyak juadah berbuka dibeli sahaja di bazar Ramadhan, saya hanya memasak satu atau dua jenis lauk yang ingin dihidangkan sekali semasa bersahur. Maklum kebanyakan lauk yang dijual di bazar Ramadhan tidak tahan sehingga waktu bersahur walaupun telah dipanaskan. Itu pun saya hanya memasak lauk yang simple sahaja kerana saya memang tidak suka makan lauk yang berkuah waktu sahur. Nasi saya memang kering, kalau dimakan dengan telur dadar panas panas pun sudah memadai. Selera untuk makan juga makin berkurangan tak kiralah waktu berbuka atau bersahur. Setiap petang seolah acara wajib untuk hubby dan anak anak ke bazar Ramadhan. Walaupun saya telah memasak, mereka masih membeli lauk pauk dan kuih muih. Jadi untuk mengelakkan pembaziran, saya tidak lagi memasak.
Bila menyebut bazar Ramadhan, teringat pesanan ustaz ustaz dalam tazkirah Ramadhan bahawa bazar Ramadhan adalah salah satu tempat yang banyak mengurangkan pahala puasa terutama bagi orang lelaki. Selain bazar Ramadhan, shopping mall juga adalah tempat yang seeloknya dijauhi semasa berpuasa. Hmm hari minggu yang lepas, saya mengikut hubby dan anak anak ke OU untuk membeli barang keperluan Juita untuk dibawa ke kolej. Issh memang menakutkan, hampir tak boleh mengangkat muka kerana di sana sini terlihat sesuatu yang pasti mengurangkan pahala puasa, apalagi amoi amoi yang berseluar pendek dan seksi merata rata di sana.
Alahai saya terkedu dan berdoa supaya Allah tidak mengurangkan pahala puasa kerana saya tidak suka untuk melihat keadaan itu tetapi terpaksa berada di situ. Jadi beringat ingat lah supaya jangan pahala puasa kita menjadi negatif di kala berbuka dengan mengurangkan berada di tempat sebegitu. Puasa adalah bermaksud menahan, bukan sahaja menahan lapar dan dahaga juga menahan mata, telinga dan hati. Seperti mana kita tahu, setiap hari pahala puasa bermula dengan 100% dan ianya akan berkurang jika kita melakukan sesuatu yang ditegah sehingga waktu berbuka. Yang mana baik, kita ambillah sebagai manafaat dan teladan ya.

Hari ini saya nak kongsikan salah satu lauk mudah yang saya sediakan sebagai hidangan sahur kami. Resepi ini saya pelajari dari blog Potret Kasih selepas tertarik melihat gambarnya yang menyelerakan. Saya pun biasa menyediakan daging goreng seperti ini. Cuma yang baru dan berbeza adalah penggunaan serbuk kari di dalamnya. Sedap sekali, apalagi saya menggunakan daging di bahagian pipi yang dikenali sebagai duri pandan. Memang sedap dan lembut sangat. Semasa menggoreng, ianya meletup letup kerana daging telah direbus terlebih dahulu. Aduhaai terpaksa menggunakan perisai untuk menahan dari percikan minyak ke muka... Tapi berbaloi baloi... sedaaap.
Jom layan resepi mudah di bawah ini. Selamat mencuba...
Daging Goreng Berempah
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
250 gm daging
Sedikit garam dan serbuk kunyit
Sedikit minyak
1 sudu makan penuh serbuk kari
1 biji tomato - potong 6
Daun bawang - dipotong
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil kicap manis
Bahan hiris:
1 labu bawang besar saiz sederhana
1/2 inci halia
1 biji cili merah
2 ulas bawang putih
Cara cara:
Daging digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Masak dengan air dalam kuali sehingga daging empuk. Saya rebus terlebih dahulu menggunakan pressure cooker.
Setelah daging lembut dan empuk, masukkan sedikit minyak dan goreng seketika sehingga agak dagingnya bergoreng (bukan seperti daging rebus). Masukkan bahan-bahan yang telah dihiris tadi dan goreng seketika.
Masukkan serbuk kari, sos, kicap manis dan sedikit air. Kacau hingga kering sedikit. Sesuaikan rasa masukkan buah tomato dan daun bawang. Angkat dan hidangkan.

tq for sharing kak...selalunya daging saya buat daging sambal...
BalasPadam