Chennai Kami Datang
Sungguh tak menyangka saya akan menjejakkan kaki ke Chennai kerana jika India, pasti yang terbayang dan yang ada dalam angan angan ialah New Delhi dan Agra. Hmm pastinya Taj Mahal yang merupakan salah satu dari keajabiban dunia yang mesti dilawati. Tapi kesempatan menghadiri seminar di India menjadikan Chennai, bandar pertama di India yang saya jejaki. Saya membawa sekali Juita dan Aween sebagai peneman kerana saya memang risau untuk ke negara seperti India berseorangan diri. Chennai adalah ibu negeri Tamil Nadu yang sebelum ini dikenali juga sebagai Madras.
Kami menaiki Flight MH 0182 yang sepatut berlepas pada pukul 9.35 pagi tapi telah lewat hampir 30 minit dan bertukar gate sebanyak 3 kali. Kami mendarat di Lapangan Terbang Chennai pada pukul 1.47 petang waktu Malaysia. Iaitu kira kira pukul 11.20 pagi waktu tempatan. Perjalanan ke hotel menyaksikan jalan raya yang sibuk, panas dan berdebu. Semasa dalam perjalanan ke hotel, saya mengambil kesempatan melihat keadaan bandar dan masyarakatnya yang kelihatan agak susah berbanding dengan tempat kita di sini. Ramai yang duduk di kaki lima jalan yang berdebu dan kenderaan yang penuh dan bersesak sesak. Melihatkan keadaan ini menjadikan saya merasa amat bersyukur kerana dilahirkan di bumi Malaysia yang bertuah.
Kami menginap di Hotel Courtyard Marriott Chennai yang terletak berdekatan dengan tempat seminar. Sesampai di hotel, saya menunaikan solat dan terus mengambil teksi hotel untuk ke T Nagar yang sangat terkenal sebagai tempat membeli belah terutama kain sari. Pelbagai cerita yang tidak enak dibaca mengenai Chennai. Antaranya ialah kesesakan jalanraya yang melampau, kekotoran dan bau serta masyarakatnya yang homeless. Saya bernasib baik kerana pada hari Ahad, jalanraya tidaklah sesak seperti yang saya baca. Kedudukan hotel yang dalam kira kira 10 minit perjalanan sahaja untuk ke T Nagar.
Memang best membeli belah di India disebabkan nilai ringgit berbanding Indian Rupee menjadikan harga barang di sana sangat murah. Namun kerana saya ke sana untuk menghadiri seminar menjadikan masa untuk bershopping adalah terhad kecuali hari pertama. Hari hari lain seminar habis agak lewat dan ada lawatan yang sehingga ke malam. Saya pula jenis yang tak berapa suka berada di luar di malam hari. Terasa lain macam jer untuk berada di tempat sibuk di waktu malam.
Hari pertama kami menyewa teksi melalui pihak hotel dengan kadar IR1067 untuk selama 2 jam. Pemandunya membawa kami ke Hayagrivas, sebuah kedai yang menjual kain sari. Oleh kerana ianya adalah kedai pertama, jadi saya tak pasti jika ianya lebih murah berbanding dengan kedai lain. Namun begitu, banyak juga saya memborong di situ. Seperti biasalah, bila harganya murah, kita mencari kain yang lebih mahal supaya alah membeli menang memakai. Saya membeli kain sari sutera untuk dibuat baju kurung dipakai sempena hari raya nanti.
Hari pertama kami menyewa teksi melalui pihak hotel dengan kadar IR1067 untuk selama 2 jam. Pemandunya membawa kami ke Hayagrivas, sebuah kedai yang menjual kain sari. Oleh kerana ianya adalah kedai pertama, jadi saya tak pasti jika ianya lebih murah berbanding dengan kedai lain. Namun begitu, banyak juga saya memborong di situ. Seperti biasalah, bila harganya murah, kita mencari kain yang lebih mahal supaya alah membeli menang memakai. Saya membeli kain sari sutera untuk dibuat baju kurung dipakai sempena hari raya nanti.
Dari situ, kami singgah makan briyani di Buhari hotel yang briyaninya sangat sedap walaupun nasi dimakan begitu sahaja. Satu yang saya perhatikan, di sini lauk yang diberikan adalah sangat kecik portionnya menjadikan kita orang Malaysia merasa tak puas makan lauknya. Selepas makan kami le Pothys di mana Aween membeli beberapa helai baju kemeja. Gedung ini sangat besar dengan menpunyai lebih dari 8 tingkat.
Pengalaman pertama makan makanan India yang sebelum ini saya tidak berapa gemari adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Tapi kerana dah tak ada pilihan, saya terpaksa makan lah juga. Dari sini barulah saya mengenali beberapa jenis makanan India yang sedap. Antaranya ialah Tosai Massala, Paneer paratha, Idli, Idiyappam dan Masalla Teh. Makanan yang disediakan di hotel semasa sarapan juga sangat sedap. Semasa seminar, saya perhatikan nasi yang dihidangkan bersama lauk yang berupa sayuran dan dhal. Lauk seperti ikan atau mutton hanya satu sahaja setiap hari dan itu pun sangat kecik saiz yang diberikan pada setiap orang. Ini bererti makanan mereka sangat ringkas dengan bersumberkan sayuran dan kekacang sahaja.
Manakala minuman yang dihidangkan sepanjang seminar ialah air kelapa, air tembikai dan air teh. Mula mulanya teragak agak juga untuk minum kerana perut asyik meragam dan kembung dari sebelum ke sana lagi. Tak putus putus saya mengambil ubat angin. Rupanya menurut seorang peserta seminar dari India, mereka mengamalkan minum air kelapa terutama sepanjang tempoh kehamilan kerana kandungan mineralnya yang sangat bagus untuk kesihatan. Manakala isi kelapa diparut dan dimasukkan dalam masakan. Bukan seperti kita yang hanya memerah santan dan membuang hampasnya.
OK setakat ini dulu, sehingga kita berjumpa di sambungannya di entri akan datang....
sy pon br blk chennai bbrp mgu yg lepas...seronok sopingggg!!
BalasPadamayam nasi beriyani tu nampak sedap! nampak macam ayam berempah kat malaysia pun ye :D bestnya boleh jln2 and shopping kain raya sekali. good thing about jalan2 kat luar, boleh kenal culture & makanan yang berbeza. tu la biasanya kita ni selera orang malaysia, kalau jalan2 kat luar, balik malaysia semula memang bersyukur dapat makan balik malaysian food ^^
BalasPadam