Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Baby Bayam Goreng


Baby Bayam Goreng

Kalau kebiasaannya, saya akan memasak Baby Bayam secara rebus sahaja. Memang sangat sedap. Saya belajar dari Kak Fauziah yang saya temui semasa ke saloon. Boleh klik di SINI. Bukan sahaja mudah, sedap tetapi juga berkhasiat, maklumlah masakan berkuah air sahaja kan. Tak ada lemak lemak bagai. Tapi kali ini, saya mencuba sedikit kelainan dengan menggoreng Baby Bayam bersama udang. Boleh jer letak ikan bilis tapi saya memilih untuk meletak udang sebagai lauk sampingan anak anak. Mereka tak suka sangat ikan bilis, apalagi sayur sayuran. Alaa macam iklan kat TV tu, "alamaaak sayuuur". Jangan tak tahu, saya memang suka tengok iklan. Memang geram sangat bila time iklan jer, hubby akan tukar channel. Antara iklan yang saya suka ialah "emak memang hebat, semua dia boleh buat". Hebatkan kekaguman anak anak pada kebolehan ibunya. 

Tak lama lagi kita akan menyambut Ramadhan. Kalau dulu saya hanya akan menyambut Ramadhan dengan berpuasa pada hari Ramadhan tiba. Tapi kini setelah mengetahui keperluan untuk membuat persediaan, saya menyediakan senarai semak yang perlu dilakukan sebelum menjelang tiba. Saya ingin kongsikan intipati berkenaan kuliah yang saya hadiri berkenaan persiapan Ramadhan. Apa persiapan perlu dibuat sebelum berpuasa? Nak menang dalam perlawanan bola pun, kena ada persiapan. Nak pergi menunaikan fardhu Haji pun kena buat persiapan seperti menghadiri kursus Haji, beli beg, pakaian ihram dsb. Dipesan supaya jangan kita masuk dalam bulan Ramadhan dengan tiada ilmu dan tiada persiapan. Antara persiapannya ialah memohon maaf pada suami isteri, keluarga, kawan kawan dan semua. 



Kedua, tinggalkan benda dan perkara lagha. Sebaliknya perbanyakkan amalan sunat, contoh seperti memperbanyakkan sedekah kerana amalan berganda. Kita kena cari pahala sebanyak banyaknya kerana tukar ganti di Padang Mashyar adalah pahala dan dosa. Bukan lagi harta atau wang ringgit. Kita juga disarankan supaya menjaga mulut. Sifat orang beriman, menjaga mulut dengan bercakap pada perkara yang baik baik jer. Jika tak ada yang baik, lebih baik diam. Dipesan juga supaya kita menjadi manusia yang pemurah. Murah dengan senyuman. Perbanyakkan membaca Al Quran di bulan Ramadhan. Kalau tak tahu baca, dengar orang baca lain membaca Al Quran. Jika uzur, perbanyakkan berzikir. Perbanyakkan ibadah pada 10 malam terakhir. Orang yang sedang berpuasa, doanya mustajab. Jadi berdoalah bila bila masa pun, bukan hanya sewaktu hendak berbuka puasa atau bersahur sahaja. Cukuplah dulu setakat ini, mudah mudahan ianya dapat menambah ilmu kita sebelum menjelang Ramadhan. Semoga Ramadhan tahun ini adalah Ramadhan yang terbaik dalam hidup kita setakat ini.

Jom kita tengok resepi mudah ini...



Baby Bayam Goreng

Baby Bayam Goreng

Bahan bahan:
Baby bayam
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
Udang - atau ikan bilis
Sos tiram
Garam

Cara cara:
Tumis bawang merah dan putih yang dihiris sehingga kekuningan. Masukkan udang dan kacau seketilka.

Masukkan sos tiram diikuti dengan bayam. Kacau rata.

Masukkan garam dan tabur cili merah. Kacau seketika dan bolehlah tutup api.



Baby Bayam Goreng





Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

3 ulasan for "Baby Bayam Goreng"