Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ayam Ungkep Asli


Ayam Ungkep Asli


Dulu saya pernah menyediakan masakan Ayam Ungkep tapi pada masa itu, saya mengubahsuai dengan meletakkan sedikit santan. Boleh klik di SINI. Yang uniknya mengenai masakan ini ialah ianya tidak menggunakan santan dan asam keping. Saya masih ingat membaca komen yang menulis bahawa kuahnya yang berminyak sangat sedap bila digaul gaul dengan nasi putih panas panas. Kali ini saya ikut versi asal yang dikongsi oleh Amie. Tiada santan dan tiada asam keping digunakan kali ini.


Ayam Ungkep Asli

Kuliah dari Dr Mohd Shafie penulis buku Kamu Umat Terbaik memang sentiasa saya nanti nantikan. Beliau menfokuskan kepentingan seorang Muslim yang ingin taat pada Allah untuk mempelajari Al Quran. Objektif kehidupan adalah untuk taat pada Allah. Caranya ialah dengan ikut semua peraturan Allah. Siapa orang yang rugi ialah orang yang sia siakan kehidupan di dunia. Mereka ialah orang yang mendustakan ayat ayat Allah. Kalau kita buat semua amalan seperti solat, haji tapi kita tak mengaji. Apa jadi? Puasa untuk menjadikan kita manusia yang bertaqwa. Bagaimana untuk menjadi orang bertaqwa? Semua menjurus pada Al Quran. Haji kita pun tak dapat haji yang mabrur jika kita tak rapat dengan Al Quran. Untuk taat, kita kena belajar Al Quran. Mana mungkin boleh taat, kalau kita tak belajar Al Quran. Al Quran mengandungi hidayah.

Setiap perkara yang Allah beri pada kita semua adalah baik belaka dengan syarat kita hadapinya dengan amal soleh. Saya hendak taat. Tapi tak semudah itu untuk taat sehingga kita diuji. Contoh bila memandu kereta, apa kita rasa bila kereta di depan slow. Kita tak akan rasa sakit hati, bila kita mengucapkan skrip yang baik. Pernah tak bila orang hon, kita ucap Alhamdulillah? Kalau kita mengucapkan Alhamdulillah, pasti kita akan tenang. Kita kena berazam untuk taat pada Allah. Hari ini, aku hendak bawa kereta dengan taat pada Allah dengan skrip yang positif sahaja. Makna baik atau positif adalah dengan mengikut aturan Allah. Bukan baik pada pandangan manusia kerana ianya tidak memberi apa apa. Harap apa yang saya tulis ini jelas dan boleh difahami dan sama sama kita berazam untuk hidup dengan penuh ketaatan pada Allah. Juga doakan semoga kita dipanjangkan umur dalam ketaatan...

Jom layan resepi ini dulu...



Ayam Ungkep Asli

Ayam Ungkep

Bahan bahan:
1 kg daging ayam - lumur garam kunyit dan perap 
2 batang serai - ketuk
3 cawan air
Minyak masak
Garam/gula /perasa - opsyenal

Bahan kisar:
5 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah 
2 sudu besar ketumbar biji 
1 sudu makan jintan manis
1 sudu teh jintan putih
3 cm kunyit hidup
3 cm halia
15 biji cili padi

Cara cara:
Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak. 




Masukkan serai dan daging ayam dan kemudian gaul rata hingga ayam kelihatan layu atau berubah warna. 



Ayam Ungkep Asli

Tambahkan air, garam/gula/perasa pilihan. Tutup kuali rapat-rapat. Kacau sekali-sekala untuk memastikan daging ayam tidak hangus kekeringan atau hancur atau melekat di kuali. Hati hati bila memasukkan garam kerana ayam telah dilumur garam kunyit, takut terlebih masin pulak. 



Ayam Ungkep Asli

Apabila kuah kering (jika suka berkuah, tak perlu masak sampai kering) dan naik minyak, bolehlah dimatikan api.

Nota:
Lauk saya ini termasin sebab saya terlupa yang ayam telah dilumur garam dan kunyit. Jadi petua adalah meletakkan beberapa helai daun pisang supaya dapat menyerap rasa masin berlebihan.


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

3 ulasan for "Ayam Ungkep Asli"

  1. Mmmm.... terus lompat ikut tingkap bila nampak ayam masak ungkep. Itulah uniknya resepi, boleh diubahsuai, ditokak tambah, dikurangkan mengikut citarasa. Saya pun kalau masak kadang-kadang bubuh asam, kadang-kadang tidak tapi rasanya memang lazat! Tq sudi cuba ye Azie...

    BalasPadam
  2. ooo..baru saya tau petua utk kurangkan masin tu..terima kasih kak Azie atas petua & resepi-resepi yang tak pernah mengecewakan..setiap kali baca resepi-resepi dan melihat gambar-gambar yang akk letak, teruja rasa nak mencuba sebab resepi-resepi yang akk tulis kebanyakan mudah & ringkas..yang penting hasilnya, sedapppppppp...yummmmmyyyyy..hehehehe..thumbs up.. =)

    BalasPadam
  3. baru try harini, menjadi pulak tu... tak susah mana, tp rasa best sgt makan dgn nasik panas. terima kasih utk resepinya!

    BalasPadam