Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Perlunya Sentiasa Bersyukur





Walau saya tidak cantik, ada sesuatu yang saya tak suka dan selalu merasa rendah diri, namun saya bersyukur. Walau saya tidak berpangkat dan berkedudukan dan selalu merasa rendah diri, namun kini saya bersyukur. Walaupun saya tidak kaya walaupun bekerja seumur hidup, namun kini saya sangat sangat bersyukur. Ini adalah kerana masih ramai manusia yang hidup di dalam kepayahan. Rupa rupanya di belakang bangunan moden, terselit kesukaran dan kepayahan hidup lebih sukar dari sebarang kesukaran yang saya alami. Walaupun siapa mereka, namun mereka pasti mengimpikan kehidupan seperti mana orang lain juga.




Saya bersyukur kerana dilahirkan sebagai anak kepada kedua ibubapa saya. Saya bersyukur kerana dilahirkan sebagai umat Nabi Muhamad SAW. Saya bersyukur kerana dilahirkan sebagai orang Islam. Nikmat apa lagi yang hendak saya dustakan setelah melihat dengan mata sendiri betapa payahnya kehidupan setengah orang.

Namun begitu saya yakin, walaupun tinggal dalam serba kekurangan, mereka tidak kekurangan dari segi kegembiraan. Mungkin hati mereka lebih berbunga dan bahagia dari saya sendiri. Baru malam tadi saya memikirkan bahawa tiada kejayaan hakiki dalam hidup kerana setelah memiliki apa yang dihajati, pasti kita akan mengimpikan kejayaan yang lain pula.




Saya hanya ingin menjadi diri sendiri dan tidak mahu merasa rendah diri apabila melihat kelebihan orang lain. Hakikatnya, saya tidak mampu memiliki apa yang dicapai orang lain, tidak bermakna nya saya harus tidak bersyukur kepada Illahi. Sekadar mencoretkan luahan hati yang sentiasa perlu diberi peringatan.


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

9 ulasan for "Perlunya Sentiasa Bersyukur"

  1. selamat malam Azie, bersyukur apa yang ALLAH kurniakan pada kita, kaknoor rasa Azie dah cukup sempurna lah punya segala nya kan..ALHAMDULILLAH

    BalasPadam
  2. Sememangnya betul apabyang puan katakan. Kenkadang kita alpha dan rasa rendah diri dengan kesenangan orang lain. Bersyukurlah dgn rezeki yg Allah beri kepada kits kerana setiap umatnya ada bahagiannya masing2. Situasi sy pula skrg yg telah 4 bln menjadi SAHM kerana mengikuti suami yg diarah bertugas di luar..walaupun sumber kewangan telah berkurang tp sy bersyukur kerana tidak perlu berjauhan dgn suami dan anak2.

    BalasPadam
  3. Kalau tak silap ini kampung air area karamunsing KK kan kak?

    BalasPadam
  4. betul3, kalau difikir2kan mmg terlalu bnyk nikmat Allah bg setiap masa untuk kita syukuri..Alhamdulillah..Subhanallah..Allahuakbar

    BalasPadam
  5. Walau tidak cantik, tidak terpelajar, tidak berjawatan tinggi,tidak kaya tapi bersyukurlah jika kita dianugerahkan hati yang mulia.

    BalasPadam
  6. ujian hidup saya banyak beri sebab untuk saya rasa bersyukur, saya sendiri rasa bersyukur sebab masih berupaya untuk mengucap syukur alhamdulillah dari mulut walau jalan hidup penuh dgn ujian...

    BalasPadam
  7. adakah ini di semporna sabah? tempat menaiki bot ke pulau mabul?

    BalasPadam
  8. Tempat nhe nama dia kg sembulan tengah2 bandar kk tu belakang habour city dekat sutera harbour 😊

    BalasPadam