Tahniah Dan Selamat Bertugas Buat Adik
Alhamdulillah dan syukur kepada Illahi kerana hari ini Nellisa telah melapurkan diri untuk bertugas di jabatan baru. Tiada yang lebih mengembirakan bagi mereka yang bergelar ibubapa selain untuk melihat anak anak berjaya dalam pelajaran dan dalam pekerjaan. Selepas menamatkan pengajian, kebanyakan anak anak menghadapi masalah untuk mencari pekerjaan yang stabil. Setiap ibubapa mengharapkan anak anak mendapat pekerjaan di organisasi yang boleh menjamin masa depan mereka seperti di jabatan kerajaan, badan berkanun atau pun organisasi korporat.
Alhamdulillah kerana berkat usaha dan doa saya kepada Allah siang dan malam, akhirnya Nellisa mendapat pekerjaan baru di sebuah badan berkanun. Semoga ianya menjadi titik tolak untuk Nelly merancang kerjaya dengan lebih baik dan juga membina sebuah kehidupan yang lebih sempurna selepas ini.
Oleh kerana beliau telah ditempatkan di Bandaraya Ipoh, kami telah beberapa kali ke sana untuk mencari kondominium/apartment yang sesuai untuk disewa. Saya mahukan dia berada di dalam keselesaan seperti mana di rumah sendiri. Kami ke sana ke mari juga untuk mencari perabut dan peralatan rumah bagi unit yang akan dihuni kerana ianya hanyalah semi furnished apartment sahaja. Tiada rasa kepenatan pun demi untuk melihat anak anak berjaya dalam kehidupan. Mudah mudahan Nelly akan dapat memberi sumbangan yang besar kepada jabatan di mana beliau ditugaskan. Insya Allah....
Tahniah...alhamdulillah.
BalasPadamHarapan semua ibubapa inginkan kebahagian anak2 dalam kehidupan.
Tahnianhhhh selamat bertugas di tempat baru...
BalasPadamAlhamdulillah. tahniah Nellisa :)
BalasPadamassalamualaikum w.b.t
BalasPadamtahniah kpd nelissa. semoga dipermudahkan urusan di tempat kerja baru :)