Pengat Pisang Nangka
Hari ini saya menyediakan pengat pisang untuk dibawa ke surau. Lagi pulak, pokok ini bukan saya yang menanamnya sendiri. Jadi eloklah ianya dikongsikan. Kali ini saya menyediakan pengat bukan cara biasa. Kalau cara biasa, saya masukkan jer santan, gula dan pisang sekali gus. Kacau rata dan bila pisang telah lembut, masukkan pula sagu dan kacau lagi sehingga sagu kembang. Tapi cara kali ini lebih berhemah di mana saya memasak pisang dengan santan cair terlebih dahulu. Santan pekat dimasukkan akhir sekali. Kedua, saya memasak air gula berasingan kerana saya ada membaca petua yang gula hendaklah dimasukkan akhir sekali dalam apa apa jua masakan. Ketiga, saya memasak sagu secara berasingan dan kemudian baru dimasukkan ke dalam pengat setelah kuah agak sejuk bagi mengelakkan sagu kembang.
Tapi dalam dok excited, terlebih pulak masuk sagu sehingga kuah menjadi terlebih pekat. Cepat cepat meminta talian hayat dan atas nasihat Kak Yan, saya memasak sedikit santan cair dan diletakkan gula dan garam, dituangkan ke dalam periuk pengat menjadikan kuahnya menjadi cair semula. Hmm lepas ni boleh buat lagi dan semoga ianya lebih sempurna kejadiannya. Itulah kita kena cuba dan cuba serta belajar dari kesilapan. Practice made perfect giteww...
Jom layan resepi yang saya guna hari ini....

Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
15 biji pisang nangka - hiris serong
1 kg santan
3 keping gula Melaka
2-3 senduk gula pasir
Garam
3 helai daun pandan - koyak dan simpul
1/2 cawan sagu
Cara cara:
Masak santan cair dengan pisang dan daun pandan sehingga pisang nampak dah lembut. Selalu dikacau bagi mengelakkan santan pecah minyak.
Masak gula Melaka dan gula pasir untuk dijadikan air gula. Bila pisang dah lembut, masukkan air gula tadi. Masukkan sedikit sedikit dan rasakan kemanisannya dulu. Boleh ditambah kemudian jika terasa masih kurang manis. Kacau rata.
Lepas itu masukkan pula santan pekat dan garam. Kacau seketika. Sesuaikan rasa dan bolehlah tutup api.
Basuh sagu dan tos. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan sagu dan kacau sehingga tiada kelihatan bahagian putih. Angkat dan tos. Lalukan dibawah air paip sambil dikacau untuk membuang sedikit sagunya.
Akhir sekali masukkan sagu tadi ke dalam periuk pengat yang telah ditutup api. Kacau rata. Sedia untuk dihidangkan.

dah nak titun ni, tapi nampak pengat ni terus terjah Azie..sedapp ni
BalasPadamnice entry :D
BalasPadamemm, sedapnya.. lagi best bila kwnkan pengat pisang ini sama dgn teh o panas..:)
BalasPadamOh! sedappnya pengat pisang..(teringat pengat pisang yg mak saya selalu masak ms kecik2 dolu huhu)
BalasPadambest entri ni :D btw, jommm cuci-cuci mata sambil bershopping kat sini http://lunafashop.blogspot.com :)
BalasPadamSalam Kak Azie..mcm bes je...boleh jadi menu minum ptg ni...
BalasPadamSng jer nk msk skrg.. Taip kt google.. Resepi kk azie jd plihn.. Huhu.. Thankz kak.
BalasPadamTerima kasih
PadamSaya buat Kali kedua dengan guna resepi kak azie. Memang sedap
BalasPadamTrima qaseh kak.. resepi akk mmg sntiasa mnjadi plihan saya.. pastu.. menjadi plak tu.. thanks a lot
BalasPadamDh bape hari nie teringin nk mkn pengat pisang.. Terus tengok resepi kak azie.. Ingat ptg nie nk bt
BalasPadamSejak tgk mak buat pengat pisang, mmg kecur air liur nak makan gak..google jugak la resepi kak azie..kot2 petang ni boleh buat.
BalasPadamwww.happyhealthylifeshop.blogspot.com