Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Lemak Tenggiri Dengan Petai


Masak Lemak Tenggiri Dengan Petai

Sempena cuti hari Thaipusam baru baru ini, saya telah menyediakan Masak Lemak Cili Padi Ikan Tenggiri dan Petai. Kiranya ini entri lama yang tertangguhlah. Entah kenapa sangat serasi masak lemak ikan tenggiri jika digandingkan dengan petai. Memang sedap. Hahaha nampak tak gulai saya hari ini sedikit berketul. Maklumlah ianya tidak dijaga sempurna kerana pada masa yang sama saya juga menyediakan Kerabu Jantung Pisang di SINI. Pendek kata bersilat lah di dapur, tangan capai itu ini sambil sebelah tangan lagi mengacau gulai di atas dapur. 



Masak Lemak Tenggiri Dengan Petai

Kalau di dapur memang saya akan membuat beberapa perkara dalam satu masa. Maklumlah wanita bekerja seperti saya tidak punya banyak masa untuk memasak. Tapi pesan sahabat saya, Cikgu Che Rosnani, supaya dimasukkan sedikit air panas mendidih ke dalamnya supaya santan yang berketul kembali pecah. Hmm menjadi petua ini tapi masa itu, saya dah pun snap gambar untuk dikongsi di sini. Malas nak mengambilnya sekali lagi. Apa apa pun jika mahu menghasilkan kuah lemak yang cantik, memang kena selalu dikacau dan fokus jer dengan kerja mengacau tu. Hmm qu cantiiik, barulah cantiiik. 

Hmm sajalah nak share sedikit yang harga barang di negara kita ini sangat mahal. Saya rasa sangat kesian memikirkan anak anak yang baru hendak memulakan kehidupan. Kenalah banyak berjimat cermat. Saya beli 3 ketul ikan tenggiri dengan 1 pek isi petai telah berharga RM20. Belum lagi dikira santan yang berharga RM6.50 sekilo dan juga cili padi serta kunyit. Memang tinggi kos hidup sekarang ini. Apa apa pun Allah yang memberi rezeki. Semua makhluk di muka bumi diberikan rezeki oleh Allah. Bayangkan waktu sarapan sahaja, berapa ramai makhluk yang diberikan rezeki di bumi, langit dan lautan. 

Jom layan resepi mudah tapi sangat sangat mengancam ini. 


Masak Lemak Tenggiri Dengan Petai

Masak Lemak Tenggiri Dengan Petai 

Bahan bahan:
3 keping ikan tenggiri
8 biji cili padi
1 sudu besar kunyit hidup kisar
Garam
Belimbing buluh
Segenggan petai 
Santan secukupnya

Cara cara:
Satukan santan dengan cili padi yang ditumbuk dan kunyit kisar sambil sentiasa dikacau sehingga mendidih. 

Masukkan ikan dalam kuah dan setelah ikan hampir masak, masukkan petai dan belimbing buluh. 

Akhir sekali masukkan garam. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat. 

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

3 ulasan for "Masak Lemak Tenggiri Dengan Petai"

  1. Wah kak Azie, resepi baru untuk saya. Mesti cuba!! Biasa saya masak ikan tenggiri/siakap dengan pucuk ubi dengan petai tak pernah pulak tahu. Mengancam. Terima kasih :)

    BalasPadam
  2. Buat saya terliur saja.... saya suka petai.

    BalasPadam
  3. Slm, tergerak hati nk kongsi cerita ttg hrga brg mhl. I stay in a suburban area in Melaka & bersyukur sgt krn hrga brg & mknn sekitar sya msh lg dikategorikn murah. So far no problem in getting fresh fish & lots of greens & vegetables dgn hrga yg sgt2 reasonable. Kdg2 saya outstation ke KL & terkejut beruk juga bila beli brg basah di Jaya grocer! Skrg saya lbh suka bli di psr tani & psr mlm sbb klu bli di supermarket mmg geleng kepala tgk harganya....

    BalasPadam