Kacang Kuda Sedap Sebagai Kudapan
Apalagi yang hendak diucapkan selain mengucapkan syukur kepada Illahi kerana doa doa saya dimakbulkan satu persatu terutama doa di Tanah Suci. Apalagi nikmat Allah yang hendak saya dustakan? Setelah beberapa lama mengalami kesulitan demi kesulitan, akhirnya ditunjukkan jalan keluar. Itulah kehebatan doa. Malahan orang yang tidak berdoa adalah orang yang bodoh sombong.
Alhamdulillah, mudah mudahan hari hari mendatang saya akan diberikan lebih ketenangan hati, diberikan kecukupan, diberikan bantuan dan kemudahan dalam menghadapi ujian serta diberi rezeki yang tidak disangka sangka. Aamiin. Saya menjadikan ayat 1000 dinar sebagai amalan harian setelah diajar oleh sahabat baik. Ianya bukan sebagai pemurah rezeki sahaja tetapi jika kita meletakkan tawakkal kepada Allah, pasti Allah menunjukkan jalan keluar kepada semua permasaalahan. Jadi sama sama mengamalkannya bagi yang belum lagi berbuat demikian.
Dah lama dapur tak berasap. Maklum anak anak makan pun tak menentu. Mereka tak suka makan nasi dan lauk pauk seperti dulu. Kalau makan pun sedikit sahaja. Sebaliknya mereka lebih suka makan pasta atau lain lain makanan. Kalau memasak, yang akan makan menambah nambah adalah saya sendiri. Semasa balik Kelantan baru ni pun, saya makan nasi 2-3 kali sehari tanpa sedikit pun rasa bersalah.
Haaa akibatnya berat badan mula naik. Beli baju ready made yang dijual di Jakel pun sendat jer untuk saiz L. Tapi sebab dah berkenan patch lace menggunakan French Lace, saya beli juga dengan azam untuk menurunkan sedikit berat badan supaya ianya muat tanpa perlu dihantar untuk alteration. Sejak Juita bekerja, mood untuk memasak lagi hanyut ke laut. Bekerja sorang sorang di dapur sangat membosankan. Hmm macam macam alasan ya. Sementara tidak ke dapur, saya menumpukan pula pada laman yang dah terbiar sekian lama. At least terhibur bila melihat pokok pokok yang menghijau sebaik balik dari pejabat.
Alhamdulillah, mudah mudahan hari hari mendatang saya akan diberikan lebih ketenangan hati, diberikan kecukupan, diberikan bantuan dan kemudahan dalam menghadapi ujian serta diberi rezeki yang tidak disangka sangka. Aamiin. Saya menjadikan ayat 1000 dinar sebagai amalan harian setelah diajar oleh sahabat baik. Ianya bukan sebagai pemurah rezeki sahaja tetapi jika kita meletakkan tawakkal kepada Allah, pasti Allah menunjukkan jalan keluar kepada semua permasaalahan. Jadi sama sama mengamalkannya bagi yang belum lagi berbuat demikian.
Haaa akibatnya berat badan mula naik. Beli baju ready made yang dijual di Jakel pun sendat jer untuk saiz L. Tapi sebab dah berkenan patch lace menggunakan French Lace, saya beli juga dengan azam untuk menurunkan sedikit berat badan supaya ianya muat tanpa perlu dihantar untuk alteration. Sejak Juita bekerja, mood untuk memasak lagi hanyut ke laut. Bekerja sorang sorang di dapur sangat membosankan. Hmm macam macam alasan ya. Sementara tidak ke dapur, saya menumpukan pula pada laman yang dah terbiar sekian lama. At least terhibur bila melihat pokok pokok yang menghijau sebaik balik dari pejabat.
Sebelum masuk bab resepi, nak share sedikit petikan youtube Tafsir Ibnu Katsir Ustaz Idris Sulaiman berkenaan penggunaan media sosial hari ini. Fitnah zaman dulu adalah dalam bentuk kata kata dan ucapan. Tapi fitnah zaman sekarang yang berlaku dalam tulisan terutama di media sosial adalah lagi bahaya kerana ianya kekal dan boleh dibaca oleh ramai orang.
Jika apa yang dikata dan diucap, boleh hilang sahaja selepas ianya diucapkan berbanding dengan tulisan yang kekal selamanya dan masih boleh dilihat dengan mata dan dibaca selama beberapa lama. Apalagi jika ianya disebarkan. Berhati hati dengan apa yang ditulis untuk mengelakkan dosa yang berpanjangan, jika apa yang ditulis adalah berbentuk fitnah atau maki hamun. Jika menulis sesuatu yang baik, Alhamdulillah pahala juga besar jika diikuti dan diamal oleh ramai orang.

Jom kita tengok cara penyediaan kacang kuda yang dipelajari dari guru tajwid saya Kak Kamariah. Yes sumber protein yang sangat kaya dan makanan sihat sebagai kudapan. Jom layan...
Kacang Kuda Sedap Sebagai Kudapan
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
280 gram kacang kuda - rendam dan rebus
3 ulas bawang merah - hiris
3 tangkai cili kering - potong
1 sudu besar biji sawi
3 tangkai daun kari
Garam
Minyak zaitun
Cara cara:
Rendam kacang semalaman. Masukkan baking powder dan rebus sehingga lembut. Saya hanya merebus menggunakan pressure cooker. Angkat dan tos.
Panaskan minyak dan tumis bawang merah serta bahan bahan lain sehingga wangi.
Masukkan kacang yang telah ditos dan akhir sekali taburkan garam secukup rasa.
Bolehlah angkat dan dimakan sebagai kudapan. Jika ada lebihan, boleh disimpan dalam peti. Bila hendak dimakan dipanaskan menggunakan microvave.
Oh! Rupanya kacang kuda@chickpeas ni lah kacang pool ya...hehe.
BalasPadamkacang pool adalah kacang parang
Padamterbangkit selera dan celik mata bila tgk gambar2 kcg pool pn azie ni :)
BalasPadamBearcat - ada satu lg kcg pool famous di Johor dan Singapore, dia guna kacang juga tapi lebih berkuah dan bole cecah roti.
BalasPadamShelin...memang dah lama teringin nak rasa kacang pool tu tapi bila ke sana asyik lupa jer...adeihlah.
BalasPadamSalam kak azie... Thx for the recipe. Dah lama nak tau cara masak kacang kuda mcm ni. Then nak tanya, baking powder diletak mada merebus tu utk apa ekk.. Brp byk nak letak?
BalasPadamUntuk bagi lembut. Petua dr orang yg berniaga kacang kuda. Letak sedikit sahaja.
PadamSis kacang kuda beli dlm tin masih kena rendam semalaman jgk ke?
BalasPadamMohon shared utk rujukan n pelajaran
BalasPadamHi saya orang baru...
BalasPadamAda jg petua gunakn pelembut sotong kering utk melembutkn kcg ni, tp dgn kuantiti yg siiikit je.. kna rendam smlmn jg .. elok sgt kejadiannyaaa ..just sharing
BalasPadam