Kerutuk Daging Kelantan
Saya ingin kongsikan apa yang menyentuh hati saya dan masih teringat ingat sehingga kini bila mendengar kata kata Vivy Yusoff dalam rancangan Raikan Wanita bila Vivy menyebut yang dia selalu mendoakan kebahagiaan staf juga. Vivy adalah seorang usahawan muda yang sangat saya kagumi. Saya mengikuti blog dan penulisan beliau setiap hari. Kebetulan anak anak gadis saya juga meminati fesyen yang digayakan oleh Vivy. Vivy mahukan staf nya juga bahagia kerana katanya mereka juga menpunyai keluarga.
Betapa tersentuh nya hati saya. Alangkah baik kalau semua orang terutama bos bos supaya tidak memikirkan periuk nasi sendiri atau keluarga sendiri sahaja kerana sebagaimana kita mahukan kebahagiaan bagi diri dan keluarga kita, begitu juga orang lain. Tapi apa yang saya perhatikan ramai mencari peluang untuk menonjolkan diri sendiri, menjatuhkan orang lain, cari peluang melepaskan tanggungjawab pada orang lain dsb. Akhirnya yang pandai berkata dan bermadah akan didengar. Semua berkenaan keakuan, berkenaan diri sendiri. Alangkah sedih melihat senario seperti itu lumrah terjadi seharian di tempat kerja. Begitulah manusia yang menilai sesuatu kejayaan dari hasil sedangkan Allah menilai dari usaha dan perbuatan.
Betapa tersentuh nya hati saya. Alangkah baik kalau semua orang terutama bos bos supaya tidak memikirkan periuk nasi sendiri atau keluarga sendiri sahaja kerana sebagaimana kita mahukan kebahagiaan bagi diri dan keluarga kita, begitu juga orang lain. Tapi apa yang saya perhatikan ramai mencari peluang untuk menonjolkan diri sendiri, menjatuhkan orang lain, cari peluang melepaskan tanggungjawab pada orang lain dsb. Akhirnya yang pandai berkata dan bermadah akan didengar. Semua berkenaan keakuan, berkenaan diri sendiri. Alangkah sedih melihat senario seperti itu lumrah terjadi seharian di tempat kerja. Begitulah manusia yang menilai sesuatu kejayaan dari hasil sedangkan Allah menilai dari usaha dan perbuatan.
Apa apa pun kita berserah pada Allah. Antara petikan hadis dari At Tirmizi, "peliharalah Allah, pasti Allah memelihara kamu. Apabila kamu meminta, mintalah kepada Allah, apabila kamu memerlukan bantuan, mintalah bantuan Allah. Ketahuilah sesungguhnya apabila manusia bersatu bagi memberi kebaikan lepada mu, mereka tidak mampu melainkan apa yang sudah ditetapkan oleh Allah kepada kamu dan apabila mereka bersatu bagi menjatuhkan kamu, mereka tidak mampu melainkan apa yang sudah Allah tetapkan kepada kamu". Hati menjadi tenang membaca petikan ini kerana dengan menjaga hak Allah pasti Allah menjaga hak kita.
OK sekarang saya nak kongsikan resepi daging masak kerutuk dari Kelantan. Sebenarnya memasak lauk ini sangat mudah, sama sahaja dengan memasak kari biasa. Bezanya hanyalah ianya berkuah agak pekat dan mempunyai rasa yang sedikit manis serta menggunakan rempah kerutuk. Ianya biasa dimasak menggunakan ayam atau daging yang dipotong bersaiz besar atau dipanggil gulai buku besar kalau di Kelantan. Jom layan....
Kerutuk Daging Kelantan
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
Daging secukupnya
6 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
Sedikit halia - hiris
3 sudu besar rempah kerutuk
Gula Melaka
Garam
Asam keping
Kulit kayu manis dan bunga lawang
1 sudu besar kerisik
1 kotak santan kotak
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis semua bahan hiris bersama kayu manis, bunga lawang sehingga kekuningan. Masukkan rempah kerutuk yang tidak dibancuh dengan air dan goreng rempah kerutuk dengan pantas. Masukkan sedikit air dan masak sehingga rempah benar benar garing dan keluar minyak.
Masukkan daging dan kacau rata sebelum masukkan sedikit air dan masak sehingga daging empuk. Saya masak dahulu daging dengan pressure cooker bagi mempercepatkan ianya empuk.
Setelah daging masak, barulah dimasukkan santan dan masak sehingga mendidih. Masukkan pula gula melaka, kerisik, garam dan asam keping.
Masak sehingga kuah pekat dan pecah minyak. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih, cicah roti atau dimakan dengan apa sahaja.
sedapnyaaaa... pernah cuba kerutuk daging pulau pinang sebelum nih...
BalasPadamSlm, menyentuh soal kerja, saya percaya Vivy adalah contoh boss generasi baru yg lbh berfikiran terbuka & approchable, berbandg boss dr generasi lama. Ini diakui sendiri oleh staff saya apb saya mengambil alih pengurusan dr boss lama yg tlh bersara. New age boss will dirty their hands to do the jobs together with d staff while old age boss take credits from what the staff are doing. Saya percaya K Azie cukup masak dgn dunia korporat & office politics. Doa saya agar k Azie lbh tenang menempuh hr yg mndatang....
BalasPadampernah terbaca dlm satu forum, vivy berikan stafnya sejumlah duit bila staf tu dapat keje di tempat baru...duit utk beli baju baru katanya...baikkan dia....moga Allah merahmati dia & famili
BalasPadamini sangat best la ! makan dengan nasik panas2
BalasPadamnampak macam ala2 gulai kawah gitu...tpkan k azie gulai lagi sedap kalo guna santan kelapa betul... kalo y kotak punya die tak brape nak ummphh...itu pendapat saya la...ape pom gulai daging memang terbaik...thumbs up
BalasPadamMmg betul. Guna santan yg diperah adalah yg terbaik
Padam