Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Aduhai Sedap Nyer Bubur Lambuk


Sedap Nyer Bubur Lambuk


Kali pertama saya menikmati bubur lambuk seperti ini di bulan Ramadhan yang lalu. Memang sedap. Ianya tidak sama dengan bubur lambuk yang disediakan dan dijual di Kg Baru di sepanjang bulan Ramadhan. Ianya lebih pada citarasa tradisional dengan dimasukkan pelbagai sayuran kampung. Bubur lambuk ini disediakan oleh Kak Norihan dan suaminya Haji Haron di Surau Ad Dhuha. Mereka menyediakan bubur lambuk ini pada akhir bulan Disember sewaktu saya bercuti ke Grand Lexis Port Dickson di SINI. Tapi Alhamdulillah kerana rezeki, apabila Kak Yan sudi menyimpan satu pek untuk saya. 



Sedap Nyer Bubur Lambuk

Saya kongsikan di sini berkenaan hidayah. Setengah orang dapat hidayah tapi tak dapat taufik. Contoh, ada orang tahu pahala besar solat berjemaah tapi tak ada kekuatan untuk pergi solat berjemaah di masjid, maknanya hanya dapat hidayah tapi tak dapat taufik. Dalam erti kata mudah, hidayah adalah tempat, manakala taufik adalah jalan untuk ke tempat tersebut. Kalau pun kita tahu tempat tapi jika tidak tahu jalan untuk ke sana, pasti kita tidak akan dapat pergi ke sana. Perlu kita ingat bahawa hidayah adalah anugerah Allah. Jadi tak perlulah kita mengata ngata atau menyindir seperti "oo pandai bercakap jer tapi anak sendiri tak tau apa yang dicakapkan". Tak perlulah berbuat begitu kerana Rasulullah sendiri tidak dapat memberi hidayah kepada bapa saudara yang sangat baginda kasihi.

Jom layan resepinya di bawah ini yang saya kongsikan untuk rujukan saya sendiri di masa hadapan....



Sedap Nyer Bubur Lambuk

Bubur Lambuk Sedap

Bahan bahan:
Beras
Sotong kering - hiris halus
Ikan bilis - tumbuk
Daging cincang atau tulang lembu
Bawang merah - kisar
Halia muda - hiris halus
Lada hitam - tumbuk
Santan
Garam
Daun kaduk
Daun pucuk paku merah
Daun kesum

Cara cara;
Basuh beras dan masak nasi dengan air dan ikan bilis, sotong kering serta daging cincang/tulang. Bila nasi telah lembut, masukkan bawang, halia dan lada hitam. Masak lagi.

Akhir sekali, masukkan pula, semua sayuran serta garam.

Bila nasi dah menjadi bubur, masukkan santan. Kacau sehingga ianya cukup sebati. Sedia untuk dihidangkan.



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

7 ulasan for "Aduhai Sedap Nyer Bubur Lambuk"

  1. Assalamualaikum kak azie... Sedapnya... makan petang2 :)

    BalasPadam
  2. Assalammualaikum kak azie. Ya Allah sedapnya...terliur tengok. Rindu kenangan bulan puasa waktu study.

    BalasPadam
  3. assalammualaikum.....saya suka sgt, tambah2 letak pucuk paku merah....

    BalasPadam
  4. Kak kalau takde daun kaduk, sotong kering, n daun pucuk paku merah nak ganti dgn apa ye? Kami takde kat malaysia tapi teringin nak makan bubur lambuk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba ubahsuai dg sayuran yg ada di sana spt asparagus ke. Kalau bumbur lambuk Kg Baru, tak ada pun sayuran. Diletakkan daging banyak2 pasti sedap dan manis dg air daging.

      Padam
    2. Ok kak. Thank you. Nanti i try :)

      Padam
    3. Saya suka guna sayur bayam. Biasa masak guna udang kering. Bubur lambuk sayur ni saya biasa makan dari kecik. Owh ya last skali ltak daun selasih... hmmm sedap. Dari org johor bahru. Kebetulan ri ni memang nk msak bubur ni.

      Padam