Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ikan Siakap Sweet Sour


Ikan Siakap Sweet Sour

Entah kenapa kebelakangan ini, saya selalu dalam keletihan. Kadang kadang saya terlena di dalam kuliah zohor sehingga terpaksa dikejutkan oleh rakan rakan. Saya ada mengambil vitamin dan supplemen tapi badan masih tetap lesu. Sebelum tidur, saya akan membaca buku buku tapi selepas habis satu muka, saya dah pun rasa mengantuk. Apa yang saya perhatikan adalah pergerakan masa yang terasa sangat pantas. Kalau dulu, selepas balik dari pejabat, saya masih punya waktu untuk melakukan pelbagai aktiviti termasuklah memasak. Tapi kini, saya tiba di rumah telah lewat dan selepas duduk seketika, kena pula bersiap untuk solat Maghrib. Balik dari solat Isyak, telahpun pukul 9 malam. 

Mengikut apa yang saya baca dan dengar dalam youtube Ustaz Fawwaz bahawa salah satu tanda dunia akhir zaman ialah bila mana masa terasa sangat singkat. Manakala tanda sebelum matahari naik di sebelah Barat ialah berlaku malam yang panjang, iaitu kira kira 2 hingga 3 hari panjangnya. Jadi jika ada tanda ini, mulailah bertaubat atau memperbaharui taubat sebelum pintu taubat ditutup. Itulah pentingnya untuk kita mempunyai ilmu supaya kita tahu apa yang perlu dilakukan. Contohnya kita perlu tahu berkenaan fitnah dajjal, macam mana mahu kenal dajjal dan apa yang perlu dibuat bila berhadapan dengan dajjal. Rasulullah telah mengajar semuanya ini. Sama samalah kita persiapkan diri kita dengan memperbanyakkan menuntut ilmu dengan menghadiri majlis majlis ilmu yang merupakan taman taman syurga. Jika taman syurga di dunia, tidak kita mahu kunjungi. Apakah kita layak untuk menghuni syurga yang sebenarnya?

Jom layan resepi mudah yang saya sediakan hari ini. Resepi seperti ini, boleh jer dibuat ikut citarasa sendiri atau mengikut bahan bahan yang ada dalam peti ais di rumah masing masing. Jom layaan...


Ikan Siakap Sweet Sour

Ikan Siakap Sweet Sour

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap - lumur garam kunyit 
1/2 biji bawang besar - mayang 
4 ulas bawang putih - ketul
1-2 inci halia - hiris halus panjang 
Sedikit cili kisar 
1 biji tomato buah - hiris bulat
1/2 cawan sos tomato
Sedikit sos ikan
Gula
Garam
Air tepung jagung

Hiasan:
8 biji cili padi merah dan hijau
1 biji bawang besar - hiris bulat
Daun bawang 
Daun sadri

Cara cara:
Ikan dilumur garam kunyit dan digoreng. Sebelum digoreng, lumurkan tepung jagung rata rata dan goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing. Angkat dan ketepikan.

Tumis bawang putih, halia dan bawang besar sehingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga cili masak. 

Selepas itu, masukkan pula sos tomato, sos ikan, garam, gula dan sedikit air. Masukkam air tepung jagung. Sesuaikan rasa dan kepekatan. Akhir sekali, masukkan bawang mayang, tomato buah dan cili padi. Biarkan sehingga bawang layu. 



Ikan Siakap Sweet Sour

Tutup api dan tuang sos sweet sour ke atas ikan. Tabur daun bawang dan daun sadri. Sedia untuk dihidangkan.


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

21 ulasan for "Ikan Siakap Sweet Sour "

  1. Sedapnya kak azie, nanti boleh cuba resepi ni. Tapi saya suka guna ikan kerapu.

    BalasPadam
  2. lauk tu nampak dah sedap tapi bila baca content entery dah x terfokus pada gambar..
    takutnya bila fikir kalau nak kiamat..

    Jom kurus! Malam berzumbaa

    BalasPadam
  3. Salam kenal! Blongnya keren dan enak;)! Saya lihat bahwa Anda upload banyak foto makanannya. Apa Anda mau mengembangkan blognya lagi?
    Kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya. Coba servis kami tanpa registrasi :)

    BalasPadam
  4. KAK AZIE...SEDAP IKAN TU..AKAK CUBA CARI COLLANGEN SUPPLEMENT UTK BADAN TERNYATA BGUZ UTK KESIHATAN...NIKEE MENGAMBIL KERANA SAKIT2 SENDIRI..APA PUN TAKE CARE KAK

    BalasPadam
  5. Siakap sweet sour tu menu saya hari ini. Anyway bila baca entry kak azie tu buat saya rasa gusar sedikit. Gusar sebab masih belum cukup bekalan untuk dibawa mengadap Maha Pencipta...

    BalasPadam
  6. Emmmmm sedapnyaaaa! Boleh cuba ni resepi ni :)
    Ekin singgah sini ye kak azie..

    Jemput singgah blog ekin kalau sudi..

    www.ekinhoza.blogspot.com

    BalasPadam
  7. hurm..bape umur akk...barangkali kita sebaya..sy juga sering merasa tak sihat kebelakangan ni....hampir sudah 6bulan.sekarang saya amal minum air kunyit dan minum halia madu dan delima....nampak perubahannya....tq ye...sy nak cuba reswpi ni....take care kak azie...

    BalasPadam
  8. Bgs blog akak ni. Slalu jadi reference bdk2 yg study luar negara yg nk msk mskn malaysia ��

    BalasPadam
  9. Mcm sedap je.. Simple je kan.. Nak try lah namti..tqvm Azie kitchen...

    BalasPadam
  10. Sy dah try bnyk resepi akak ni. Menjadi semua..tq membantu..

    BalasPadam
  11. Tazkirah yg bagus sblm dapat resepi. Tkasih. nak guna resepi ni utk masak buka pose nanti.

    BalasPadam
  12. Saya masak lauk ni untuk berbuka semalam. Memang tak mengecewakan langsung. Bila sahur siap nasik bertambah. Terima kasih kak Azie.

    BalasPadam
  13. Lauk kt azie kitchen ni smuanye mnjdi..

    BalasPadam
  14. Resepi dari azie kitchen memang tidak mengecewakan.

    BalasPadam
  15. bangnagol makasih Resepi dari azie kitchen

    BalasPadam
  16. bangnagol makasih banyak ya min buat resep ikan Siakap Sweet Sournya.

    BalasPadam
  17. Mantap dah Cara akak. Masukkan dakwah. Saya suka 😊😊. Cuma tak 'seamlessly' masuk....

    Macam tiba2 habis dakwah. Pahtu tiba2 ajak masak.

    Saya tak kecam. Komen membina untuk akak.

    Keep it up.

    Thank you for the recipes.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya bukan ustazah. ambil yang mana blh beri manafaat jer. kalau tak puashati pun, lebih baik diam sahaja. lain lah kalau saya memang bidangnya ini. Rasulullah berpesan, kongsikan dari ku walaupun sepotong ayat. sya dah tulis hadir majlis ilmu yang akan diajar semua oleh mereka yang ariff

      Padam