Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Udang Goreng Daun Bawang


Udang Goreng Daun Bawang


Selain Cekodok Ikan Bilis dan Daun Bawang, Mami part time cleaner yang datang rumah kami juga mengajar resepi Udang Goreng Daun Bawang. Tips untuk menjadikan ianya sedap ialah semua bahan mesti cukup kering, tak boleh ada air. Udang dan daun bawang mesti benar benar kering. Tos kering atau dilap dengan tisu dapur. 

Sedap sangat udang digoreng dengan daun bawang ni. Terasa manisnya daun bawang tersebut. Saya meratah begitu sahaja. Selama ini memang tak pernah membuat sayuran menggunakan daun bawang. Daun bawang hanya dihiris untuk ditabur di atas sup atau ditabur atas lauk lain sebagai hiasan semata. Kalau nak tahu, bagaimana sedapnya kenalah cuba sendiri. Lagi pulak, daun bawang ni boleh tahan juga harganya. Hmm akhirnya saya belajar memasak sayuran dan lauk pauk dari daun bawang. Tapi sayang kerana daun bawang ini, tidak tahan lama. Tak boleh disimpan lama lama. 


Udang Goreng Daun Bawang


Entah kenapa kebelakangan ini, detik waktu sangat bergerak pantas. Kebiasaannya balik dari pejabat saya boleh singgah di kedai runcit membeli bahan bahan dapur, sampai di rumah terus ke dapur untuk memasak makan malam. Tetapi dengan waktu yang sama, kini saya tiba di rumah paling cepat 5.40 atau 6.00 petang. Keluar membawa anak anak makan. Saya hanya sempat duduk di sofa seketika, sebelum azan maghrib mula kedengaran. Setiap hari, saya tak sempat naik ke bilik. Terus mengambil wudhu dan bergegas ke surau. Balik dari surau, saya sekali lagi melabuhkan punggung sambil melayan blog di sofa sebelum naik ke bilik. Jam di dinding telah menunjukkan hampir pukul 9.30 malam. Selepas mandi, saya mengambil buku untuk dibaca sedang mata telah kuyu, badan mohon berehat. Rutin berulang setiap hari. Hari hari berlalu, minggu demi minggu beredar. Usia meningkat tanpa disedari, kubur memanggil setiap hari. Sejujurnya saya amat menyesali kerana mensia siakan masa di usia muda. Saya memohon pada Allah semoga usia saya dipanjangkan dalam ketaatan untuk membolehkan saya menebus kembali masa silam yang tidak dimanafaatkan sepenuhnya. 

Jom layan resepi yang simple tapi sedap ini. Terasa manisnya udang dan daun bawang yang sedap diratah begitu sahaja. 


Udang Goreng Daun Bawang

Udang Goreng Daun Bawang

Bahan bahan:
Udang secukupnya
Daun bawang - potong 1 inci
3-5 ulas bawang putih - ketuk
2 tangkai cili merah - hiris
Garam
Gula

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili merah. Selepas itu, masukkan udang yang telah ditos kering. Kacau rata.



Udang Goreng Daun Bawang


Masukkan daun bawang, garam dan gula. Tutup api supaya daun bawang tidak terlebih masak.



Udang Goreng Daun Bawang

Siap untuk dihidangkan. 

Nota:
Semua bahan mestilah benar benar kering...


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

7 ulasan for "Udang Goreng Daun Bawang"

  1. ye la..nampak sedap sgt..boleh cuba nanti ni...

    BalasPadam
  2. Nak cuba juga. Tp nak tukar dgn sotong. Husband tak makan udang. Alergi. Hihihi

    BalasPadam
  3. Kalau di Sabah..pernah makan di rumah kawan..dorang memang masak daun bawang mcm sayur biasa & daun bawang disana size XL..x mcm kat sini

    BalasPadam
  4. xnak komen pasal mknn sbb mmg da tentunya sedap!! (terkomen jugak..)
    pasal kehidupan kita yg sementara ini, semuanya berlalu tanpa disedari..mengejar dunia yang tidak menjanjikan apa2..moga kita semua dalam rahmat Allah sentiasa..(insaf sekajap tulisan AK, tp AK dpt jugak beribadatdi surau..)

    BalasPadam
  5. Saya pun mcm puan....sentiasa sibuk.....dgn urusan dunia...entah lah....kadang terfikir nk berhenti kerja....puan bertuah dpt pergi ke surau setiap hari....

    BalasPadam
  6. Wah mudahnya....t.kasih pn.azie

    BalasPadam
  7. Simple yet marvelous.. Masak resepi ni masa sahur pagi td, Alhamdulillah sedap.. semua berselera je makan..

    BalasPadam