Menyusuri Hong Kong
Kali ini saya mahu menyambung catatan bahagian kedua percutian di Hong Kong. Klik di SINI untuk entri part I. Hari ketiga adalah hari free and easy di mana kami memilih untuk berjalan jalan di bandar Hong Kong. Ramai juga yang memilih untuk ke Disneyland terutama mereka yang membawa anak anak kecil. Pagi pagi lagi kami bersama Hafiz dan Khirani menuju ke Citygate Outlet dengan menaiki MTR dari stesyen Tsuen Wan West. Pengalaman menaiki MTR secara beramai ramai memang menyeronokkan. Siap berposing posing jap didalamnya. Gambar yang diambil terus dihantar kepada kawan kawan melalui whatsApp.
Di Citygate Outlets memang banyak outlet yang menjual pelbagai barangan berjenama. Secara jujur saya tidak tertarik untuk membeli apa apa selepas melihat harganya. Pada saya, dengan harga seperti itu saya mempunyai lebih banyak pilihan di Malaysia. Malahan dari perbandingan yang dibuat, harga handbag berjenama terkenal mengikut perkiraan saya lebih murah di Malaysia. Kami singgah di butik Guest dan hubby membeli beberapa helai kemeja. Masalah yang saya hadapi adalah mencari saiz baju kerana kebanyakannya bersaiz kecil yang sesuai untuk Nana dan Juita sahaja. Hmmm bukan untuk saya.
Setelah hampir setengah hari di situ, kami menuju pula ke Central Hong Kong, bandar metropolitan yang sangat mewah dan dipenuhi dengan butik butik berjenama dan shopping mall mewah. Di sini, kami mencari Hard Rock Cafe untuk membeli baju baju Hard Rock yang menjadi satu kemestian bila bercuti ke luar negara.
Sebelum balik ke hotel, kami singgah makan tengahari di TavaQuick yang menjual kebab halal dari Turki. Walaupun harga nya mahal tapi portion yang besar sangat sangat mengenyangkan.
Selepas makan, kami balik ke hotel kerana memikirkan belum menunaikan solat. Kalau tidak, boleh juga singgah di Ladies Market untuk mencari souvenir. Saya tak membawa telekung kerana dalam perkiraan, saya sempat balik ke hotel selepas ke Ladies Market. Rupanya kami telah menghabiskan masa yang lama di Citygate outlets.

Sebelah malam kami hanya berjalan jalan di shopping mall berdekatan hotel untuk mencari baju kiriman anak anak. Mata mencari cari juga kalau ada kedai yang menjual souviner. Saya memang akan membeli fridge magnet untuk koleksi sebagai kenangan di negara yang telah saya kunjungi. Setelah puas berjalan, kaki pun sudah penat. Jadi kami singgah untuk foot massage kerana betis dah terasa kejang untuk melangkah.
Hari terakhir di Hong Kong, selepas sarapan kami sekali lagi ke shopping mall berdekatan tapi sayang kerana kedai di buka pukul 11 pagi sedangkan kami harus bertolak ke airport pukul 11.15.
Jadi kami bercadang untuk bershopping di airport bagi menghabiskan duit dollar Hong Kong. Lagi sekali, saya dapati harga barangan di airport juga lebih mahal dari tempat kita. Sementara menunggukan waktu berangkat, kami singgah makan ayam goreng di satu satunya restoran yang dipaparkan sebagai halal di situ.
Walaupun singkat, percutian santai ini sangat banyak meninggalkan kenangan manis yang tidak mungkin dapat dilupakan. Yang pasti, saya akan merindui keindahan bilik yang mempunyai pemandangan sangat indah. Bayangkan setiap kali terjaga dari tidur, saya pasti menjenguk ke tingkap melihat pemandangan laut yang disimbahi cahaya lampu neon dengan kapal kapal mewah yang berlabuh. Bilik 5301 pasti tidak akan dilupakan kerana ianya sangat istimewa dan mewah dengan pemandangan yang sangat cantik.

Syok kan akak GI hongkong, tringat pula dua tahun lepas pergi Sana. Situasi di HK dah pulih ke?
BalasPadamAs salam Azie! Seronokkan sesekali dapat bercuti dengan keluarga tersayang..
BalasPadamKak suka singgah ke blog Azie sambil mencuba beberapa resipi Azie, thanks for sharing ya..
Hong Kong masih tersenarai dalam wish list SA....salam kenal akak....SA follow....
BalasPadamAssalam..
BalasPadamseronoknyer..p;agi2 bgn tgk pemandangan cantik cam tu..subhanallah....semoga ade rezeki utk ke sana..