Ikan Bakar
Selamat petang semua. Hari ini saya bersiaran dari Hong Kong. Hahaha ini entri lama yang memang lama dibuat, cuma belum publish. Gara gara terpandang lauk Ikan Bakar yang ditayang di dalam facebook sahabat saya, Delima Zamrud, saya terus teringin hendak makan ikan bakar juga. Singgah kedai runcit beli ikan dan minta siap disiangkan. Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit sebelum dibalut dengan daun pisang. Sapu sedikit minyak di kuali leper dan susun lah di atasnya. Sekejap dah siap dan sedia untuk diratah.
Saya sebenarnya dah terlebih bakar apabila ikannya menjadi agak kering. Kalau ikan yang disapu garam kunyit seperti ini, saya tidak makan dengan apa apa pencicah tapi kalau suka, bolehlah disediakan pencicah kicap dengan bawang dan cili padi sahaja. Kalau ikan yang hendak dicicah dengan air asam lebih sedap jika dibakar kosong kosong sahaja.

Selamat menjamu selera dengan menu makanan sihat....
Sedapnya..tiba2 teringin nak makan ikan bakar ..cicah pula dgn air asam..pehh..kecur air liur.:-)
BalasPadamAzie wat apa di Hong Kong tu....
BalasPadamselamat bercuti Azie, sedap nya ikan bakar
BalasPadam