Hong Kong Aku Datang
Terasa seperti lama betul tak bercuti ke luar negara walaupun tahun lepas saya dan anak anak bercuti ke Bali. Walaupun gembira dengan tawaran hubby untuk membawa saya ke Hong Kong namun ianya tidaklah mengujakan. Entah kenapa kebelakangan ini, saya tidak lagi teruja dengan percutian, shopping dan seumpamanya. Saya lebih suka menghabiskan masa di rumah dengan memasak, membaca buku buku dan berblogging sahaja. Walaupun secara zahirnya saya keseorangan, namun saya ditemani oleh ramai sahabat alam maya yang telah sudi meninggalkan mesej dan pesanan di blog dan juga email. Saya membuat packing hanya selepas balik dari Giant malam sebelum berangkat. Hajat hati ke Giant untuk ke money changer tapi sayang ianya telah ditutup kerana saya ke sana selepas Isyak. Bayangkan duit pun tak sempat ditukar. Saya hanya menukar duit di airport.
Namun begitu, oleh kerana telah menjejakkan kaki di bumi Hong Kong, saya tak mahu mensia siakan masa percutian begitu sahaja tanpa betul betul mengisinya dengan aktiviti yang boleh menjadi kenangan seumur hidup. Lagi pulak, inilah kali pertama saya ke Hong Kong. Bermusafir di negara orang memberi banyak hikmah dan kesedaran pada diri sendiri untuk sentiasa bersyukur atas apa sahaja kurniaan Allah. Jom sekarang kita masuk bab percutian di Hong Kong saya bersama suami, Nelly, Khirani dan Hafiz....
Kami bertolak dari rumah pukul 5.15 pagi dan menunaikan solat subuh di KLIA. Kami menaiki penerbangan MH72 pada pukul 9.15 pagi. Perjalanan mengambil masa 3 jam 45 minit. Terpesona melihat pemandangan bukit, laut dengan bangunan tinggi mencakar langit sepanjang perjalanan ke hotel. Sesampai di hotel penginapan kami iaitu L'hotel Nina et Convention Centre, kami terus ke restoran untuk welcome drinks dan minum petang. Selepas itu masuk ke bilik untuk berehat seketika dan berkumpul semula pukul 5.30 petang untuk makan malam di Islamic Food Restaurant. Hidangan makan malam boleh tahan juga kesedapannya dengan pelbagai sayuran, ikan sweet sour, sup, kari ayam, pencuci mulut seperti buah dan jeli yang sangat sedap. Nasi putihnya juga sangat sedap, lembut bak beras wangi Siam.
Selepas makan malam, kami dibawa ke Avenue Of Stars di mana terdapat bekas tapak tangan selebriti terkenal diabadikan di sini. Kami hanya berjalan separuh dari Avenue of Stars sahaja sebelum berpatah balik dan duduk minum di Starbucks sementara menanti waktu untuk pancaran laser tepat pukul 8.00 malam. Hmm itu jer restoran yang ada untuk kami duduk duduk sambil menunggu waktu berkumpul semula.
Selepas menikmati pancaran laser dari bangunan bangunan sekitar, kami dibawa menaiki big bus Hong Kong seperti yang terdapat di London untuk menikmati keindahan bandaraya Hong Kong di waktu malam. Saya terlupa untuk membawa jaket, rasa beku seluruh badan dengan tiupan angin malam yang sangat sejuk serta berangin. Selepas itu, kami terus balik ke bilik untuk berehat.
Catatan perjalanan hari kedua bermula dengan sarapan pagi diikuti dengan lawatan ke Victoria Peak, di mana terdapatnya muzium patung lilin. Tapi kami tak masuk pun ke dalamnya, hanya bergambar dengan patung Jet Li yang ada di pintu masuk. Kami berjalan jalan menikmati pemandangan bandaraya Hong Kong yang cantik dari situ. Saya agak terkilan tidak membeli barangan cenderahati di sini kerana bercadang untuk mencarinya di night markets.
Kemudian kami ke Islamic Centre untuk makan tengahari. Makanan dan lauk pauk yang dihidangkan di situ sedap sedap dan saya juga membeli kuih yang seperti kuih bom yang berbijan yang masih panas tetapi tekstur kuihnya sangat lembut kenyal. Kami sempat bergambar dengan gambar Masjidil Haram yang dibuat sepenuhnya dari marmar kecil yang sangat cantik di lobi Islamic Centre.
Selepas itu kami dibawa ke Repulse Bay menikmati pemandangan laut yang sangat cantik. Pantainya yang berpasir bersih. Dari situ, dapat dilihat mahligai mewah Jackie Chan yang terletak di lereng bukit mengadap lautan serta pulau yang indah.
Kami kemudiannya berangkat balik ke hotel untuk bersiap dibawa ke majlis makan malam. Sebelum masuk bilik, kami ke shopping mall berdekatan hotel untuk mencari baju putih bagi disesuaikan dengan tema Back To School. Sebelah malam kami menghadiri majlis makan malam dengan tema Back To School di Regal Airport Hotel dalam kira kira 20 minit perjalanan dari hotel. Memang sangat seronok melihat ramai yang berpakaian menepati tema majlis.
Sepanjang majlis makan malam, kami dihiburkan dengan pelbagai program yang menyeronokkan. Pendek kata tak kering gusi dibuatnya terutama gelagat pengacara majlis dengan jenaka yang bersahaja. Makanan yang dihidangkan juga sangat sedap dan menyelerakan.
Hingga jumpa lagi. Klik di SINI untuk entri part II.

pemandangan malam memang cantik kat hong kong nie...seronok tengok kawan-kawan blogger travel sana sini...insyaallah ada rezeki saya pun nak ke hong kong nie nanti...
BalasPadamKak Azie, looks like you had a great time with your family in Hong Kong! I must go there someday too :)
BalasPadamSA dah sampai Gungzhou..dah dekat dah dengan Hong Kong....nanti nak pi Hong Kong la...
BalasPadamseronoknya tgk...best la. mcm nak pegi juga
BalasPadam