Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ayam Masak Merah Kelantan



Ayam Masak Merah Kelantan


Kali ini saya ingin berkongsikan resepi dan cara penyediaan Ayam Masak Merah keluarga saya yang dimasak semasa majlis tahlil arwah Bonda baru baru ini. Cara memasak Ayam Masak Merah kami adalah sangat mudah dan ringkas sahaja. Namun begitu ianya adalah sangat sedap dan menepati selera saya. Gambar diambil menggunakan hp dan dah hampir malam, jadi gambar pun tak berapa cantik. Tapi apa pun, rupa tak seindah rasa, tau. Boleh juga klik di SINI untuk masakan lauk yang sama yang dimasak di majlis aqiqah cucu saudara saya dulu. Lauk ini dipanggil juga Ayam Masak Pedas atau Ayam Masak Sambal. Apa apa pun ianya merujuk kepada lauk yang sama.

Sebenarnya saya telah ditugaskan untuk memasak lauk ini semasa memasak untuk majlis tahlil selepas solat Isyak. Bukanlah memasak pun tapi tolong menumis dan mengacau sambal di kuali dan bila tiba masa untuk merasa, semua orang lain tolong sama merasanya. Saya memang tak berapa pandai kalau memasak dalam jumlah yang banyak.

Jom kita tengok bahan yang digunakan. Sebenarnya masa memasak hari itu, saya tak melihat sangat pun sukatan bahan. Semuanya main masukkan sahaja. Memasak lauk ini tak perlu diikut sukatan sangat pun, rasa kurang bawang, masukkan jer bawang kisar lagi. Begitu lah juga dengan bahan yang lain lain. Sambil memasak pun, masih boleh tambah itu dan ini. Kalau rasa kurang minyak, boleh juga tambah minyak sedikit demi sedikit. Yang pasti, bawang dan cili yang ditumis mestilah benar benar garing barulah sedap. Tapi untuk panduan, saya gunakan sukatan kuantiti resepi Ayam Masak Merah saya sebelum ini...


Ayam Masak Merah Kelantan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor Ayam - lumur garam dan rebus sekejap
3 biji bawang besar - mayang
2 batang serai - ketuk
Cili kisar - dari 15 - 20 tangkai cili kering
Air asam jawa
2 biji buah tomato - belah 4 
Sos cili
Garam
Gula

Bahan kisar:
4 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia

Cara cara:
Tumis bawang dan halia kisar sehingga betul betul wangi dan garing. Kemudian baru dimasukkan serai dan cili kisar. Tumis lagi sehingga cili benar benar masak dan garing serta terbit minyak.




Masukkan gula dan kacau rata. Kemudian baru dimasukkan air asam jawa, sos cili, garam dan bawang besar yang dihiris. Sesuaikan rasa, angkat dan ketepikan.

Ayam yang direbus digoreng sehingga kekuningan. Angkat dan tos. 






Masukkan ayam yang digoreng ke dalam sambal dan gaul rata. Sedia untuk dihidangkan.

Nota:
Kalau untuk majlis kenduri, biasanya ayam akan disepit dan dicelup seketul demi seketul ke dalam kuah dan masuk ke dalam bekas hidangan. 

Buat sehingga habis, Jika ada kuah berlebihan baru dituang ke dalam bekas. 



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

5 ulasan for "Ayam Masak Merah Kelantan"

  1. Sedapnya.. Kak Kep mmg suka ayam masak merah, kalau ada pelbagai resepi lg best.. Yummy yummy

    BalasPadam
  2. terima kasih puan atas perkongsian resepi masakan..saya tercari-cari resepi masakan..rasa nk belajar memasak.persediaan di masa depan..=)

    BalasPadam
  3. Macam mane kalau nk hasilkan kuah merah mcm ni yg banyak ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak faham. Nak masak jumlah yg banyak atau kuah yg banyak. Yang ini gambar utk kenduri. Tapi resepi saya bagi utk satu ekor ayam. Kalau nak byk ekor ayam, gandakan sahaja bahannya

      Padam