Sedap Nyer Kue Teow Goreng Dengan Kicap My Tasty
Memang saya sangat menyukai Kue Teow Goreng ala chinese berbanding dengan Char Kue Teow yang banjir. Kue teow yang digoreng menggunakan kicap ini sangat sedap. Pendek kata dengan kicap kue teow goreng My Tasty, sesiapa pun boleh menyediakan sendiri kue teow goreng ala chinese style yang sedap di rumah setanding dengan yang di hidangkan di restoran terkemuka. Bukan sahaja sedap tetapi sangat mudah. Jika mahu tahu bagaimana mudah dan sedap, bolehlah dapatkan kicap Kue Teow Goreng My Tasty hari ini juga.
Chef My Tasty memberikan resepi kue teow goreng dengan cara cara penyediaannya sekali. Jika mahu pedas, masa dihidangkan taburlah sedikit serbuk lada putih tapi saya letak sambal tumis lauk nasi lemak. Saya telah mengolah resepi mengikut cara Kak Jee yang lebih lengkap dengan api kecil dan besarnya sekali. Jom kita semak resepi di bawah ini....

Kue Teow Kerang Goreng
Bahan bahan:
1 genggam kue teow halus
2 ulas bawang putih – cincang halus
2-3 ekor udang
1 sudu besar sambal tumis * - saya tambah
1 sudu besar sambal tumis * - saya tambah
1 sudu besar isi kerang rebus – ikut suka
Daun kucai – potong 2 inci panjang
Taugeh
1 biji telur
2 sudu besar kicap kue teow goreng My Tasty
2 sudu besar minyak masak
* resepi asal - tabur serbuk lada putih semasa dihidang, jika suka pedas
* resepi asal - tabur serbuk lada putih semasa dihidang, jika suka pedas
Cara cara:
Panaskan minyak masak dalam kuali. Masukkan bawang putih cincang, diikuti dengan udang. Kacau rata.
Setelah udang masak, ketepikan, masukkan telur dan perlahankan api sehingga telur hampir masak, baru dikacau telur.
Perlahankan api dan masukkan kue teow, sambal tumis, daun kucai dan kicap kue teow. Bila semua bahan sudah dimasukkan, baru dibesarkan api. Dengan pantas, kacau laju laju sampai rata.
Akhir sekali campakkan taugeh dan isi kerang. Golek golek sikit dalam lebih kurang ½ minit sahaja. Jangan masak terlalu lama, nanti taugeh hilang ranggupnya. Tutup api dan sedia untuk dihidang.
Dihidangkan dengan cili api yang diricik dan campur sos ikan/nampla.

nampak nyummy.. nak gi cari kicap my tasty tu gak la.
BalasPadamsalam akak.. nak tnya.. kat mana boleh cari kicap my tasty tu? saya pun suka mkn kuew teow goreng mcm ni..teringin nak buat sendiri..
BalasPadammana nak cari kicap ni..
PadamSedap..kak nak tanya kat mana bole cari kicap my tasty tu...saya tinggal di Johor
BalasPadamKak azie, mana nak beli kicap ni? Puas saya google tapi tak jumpa.
BalasPadamKak azie, mana nak cari kicap my tasty tuu?
BalasPadamSaya pun tak pasti. Saya diberi percuma. Katanya ada di supermarket.
Padam@ha_na_garage_sale
BalasPadamYummilicious KAK...kalau saya Chinese style ni suka mkn dgn cili JERUK...huhuhu...