Kuih Seri Muka Istimewa Azie Kitchen
Antara banyak banyak kuih tradisional, kuih inilah yang saya lebih suka menyediakannya. Mungkin sebab ianya lebih challenging dalam menyediakannya. Banyak tips yang kena diikuti kerana salah sedikit sahaja, permukaan kuih tak cantik atau lapisan atas tak melekat dengan lapisan bawah dsb.
Lagi satu, nak buat kuih tradisional seperti ini kena banyak bersabar, tak boleh terus dimakan. Kalau nak makan sebelah petang, pagi dah perlu dikukus supaya ianya benar benar sejuk. Banyak resepi Kuih Seri Muka yang telah saya cuba. Antaranya di SINI dan di SINI. Versi Kuih Seri Muka Bakar pula, boleh klik di SINI.
Namun bila saya berjaya mendapatkan resepi Kuih Muka Kak Lok, saya jadi sangat teruja untuk mencubanya lagi. Kebanyakan resepi Kuih Seri Muka menggunakan bahan yang sama cuma sukatan sahaja yang berbeza. Perbezaan dalam sukatan banyak memberi perbezaan dari segi keenakan kuih yang dihasilkan.
Oleh kerana stok beras pulut tak cukup saya hanya menggunakan 2 1/2 cawan beras pulut dan 2 cawan santan sahaja untuk lapisan bawah. Lagi pulak, ramai orang lebih suka makan lapisan atas berbanding dengan lapisan pulut. Yang lapisan atas, nampak pucat warnanya kerana saya tak letak pewarna hijau tapi hanya warna hijau asli daun pandan. Lain kali, memang kena letak pewarna supaya nampak hijau cantik.
Lagi satu, nak buat kuih tradisional seperti ini kena banyak bersabar, tak boleh terus dimakan. Kalau nak makan sebelah petang, pagi dah perlu dikukus supaya ianya benar benar sejuk. Banyak resepi Kuih Seri Muka yang telah saya cuba. Antaranya di SINI dan di SINI. Versi Kuih Seri Muka Bakar pula, boleh klik di SINI.
Namun bila saya berjaya mendapatkan resepi Kuih Muka Kak Lok, saya jadi sangat teruja untuk mencubanya lagi. Kebanyakan resepi Kuih Seri Muka menggunakan bahan yang sama cuma sukatan sahaja yang berbeza. Perbezaan dalam sukatan banyak memberi perbezaan dari segi keenakan kuih yang dihasilkan.
Oleh kerana stok beras pulut tak cukup saya hanya menggunakan 2 1/2 cawan beras pulut dan 2 cawan santan sahaja untuk lapisan bawah. Lagi pulak, ramai orang lebih suka makan lapisan atas berbanding dengan lapisan pulut. Yang lapisan atas, nampak pucat warnanya kerana saya tak letak pewarna hijau tapi hanya warna hijau asli daun pandan. Lain kali, memang kena letak pewarna supaya nampak hijau cantik.
Kuih ini saya sediakan untuk dihantar ke surau sebagai hidangan para jemaah selepas menunaikan solat Isyak. Ianya sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kerana AJK Surau telah mengadakan majlis tahlil arwah buat Bonda saya selepas diberitahu berita berkenaan pemergian Bonda saya ke rahmatullah. Feedback dari para jemaah juga mengatakan kuih ini sedap, cuma mereka tertanya tanya nama kuih ini sebab dah terbiasa dengan kuih seri muka yang berwarna hijau terang. Kamera saya masih ada dalam workshop, jadi saya snap dengan handphone jer. Asal ada gambar, buat rujukan.
Jom kita semak resepi Kak Lok yang saya namakan Kuih Seri Muka Azie Kitchen sebagai memudahkan saya membuat rujukan kemudian kelak.....
Oleh: Azie Kitchen
Loyang 11” x 11”
Lapisan Bawah:
3 ½ cawan beras pulut rendam 1-2 jam - guna 2 1/2 cawan
3 cawan santan – dari 1 biji kelapa - guna 2 cawan
1 sudu kecil garam
Satukan kesemua bahan dan masukkan ke dalam loyang. Kukus di dalam periuk pengukus yang telah mendidih airnya sehingga masak. Angkat dan ditekan tekankan sedikit sehingga mampat. Boleh juga guna loyang yang lain.
Lapisan Atas:
4 cawan santan pekat – dari 2 biji kelapa dikisar dengan air daun pandan
2 cawan gula pasir
4 biji telur – saiz B/saiz C - guna B yang kecil
1 cawan tepung gandum - bagi penuh dan padat
1 sudu kecil garam
Kisar daun pandan dan tapis airnya. Masukkan air daun pandan ke dalam kelapa parut dan blend untuk mendapatkan jumlah santan yang diperlukan.
Kisar daun pandan dan tapis airnya. Masukkan air daun pandan ke dalam kelapa parut dan blend untuk mendapatkan jumlah santan yang diperlukan.
Telur dan gula dipukul seketika agak agak gula hancur sedikit. Tak perlu hancur betul betul pun. Masukkan 2 cawan santan terlebih dulu, pukul lagi sekejap.
Masukkan tepung dan kacau rata sebelum masukkan baki santan. Jangan terlebih pukul untuk menghasilkan permukaan kuih yang rata.
Masukkan loyang lapisan bawah ke dalam pengukus dan kukus sehingga panas, baru ditapis adunan ke atasnya dengan perlahan lahan di sekeliling loyang. Saya masakkan seketika lapisan atas, agak agak ianya keluar wap sahaja sebab pengukus saya banyak mengeluarkan wap.
Kukus selama 45 minit sehingga 1 jam atau sehingga masak. Mula mula kukus dengan api kuat dalam 10 minit. Bila nampak permukaan menggelembung, buka penutup dulu sehingga dah turun, baru tutup semula. Untuk 5 minit terakhir, buka penutup pengukus dan kukus tanpa penutup untuk mengeringkan air di permukaan kuih. Cucuk dengan lidi, jika tidak melekat menandakan lapisan atas telah masak.
Setelah betul betul sejuk, baru dipotong dengan pisau bersaiz kecil.
Nota:
Jika suka boleh juga dimasak lapisan atas di dalam kuali dalam 2-3 minit sehingga keluar wap sahaja. Jangan terlebih kerana dikuatiri lapisan atas tak melekat dengan lapisan bawah. Boleh juga dicakarkan bahagian atas pulut dengan garfu sebelum dituang lapisan atas.
Tip Mengukus:
Balut penutup pengukus dengan tuala atau kain tebal untuk mengelakkan air menitis di atas permukaan kuih. Pastikan penutup pengukus bertutup rapat.
Tips memotong:
Biarkan kuih sejuk dalam 2-3 jam sebelum dipotong.
Celupkan pisau ke dalam air panas dan potong. Sekiranya ada pulut melekat di pisau, bersihkan dulu. Celup pisau ke dalam air dan ulanglah sehingga selesai.
assalam..
BalasPadamterima kasih sbb sudi share resepi menarik dan nampak sedap ni.. saya macam nak try tp tak berapa jelas bahagian ni.. boleh tolong jelaskan.. kenapa kena guna santan 2 cawan dari 3 cawan.. dan pulut 2 1/2 cawan dari 3 1/2 cawan..
Lapisan Bawah:
3 ½ cawan beras pulut rendam 1-2 jam - guna 2 1/2 cawan
3 cawan santan – dari 1 biji kelapa - guna 2 cawan
1 sudu kecil garam
mohon penerangan jelas.. terima kasih..
Wslm, saya kurangkan jumlah pulut, jadi tentunya santan juga perlu dkurangkan. Tapi boleh guna santan yang sama kalau beras pulut dah dikurangkan. Saya cadangkan supaya you guna sukatan resepi yang asal.
BalasPadamTak saba nak cuba ni...
BalasPadamkak azie..sy sellu follow kak azie punya blog ni..n byk juga yg saya dah cuba..hari ni saya nk cuba kuih seri muka plak.. kak aie mmg rajin betul la update resip..baca blog kak aie buat saya koyaaa nak terror masak hihihi
BalasPadampuan faezah
www.rehatdanrawat.com
Resepi u memang sedap. saya selalu rujuk blog ni klu nak buat nasi ayam. Terima kasih yer!
BalasPadamI wanted to try this recipe. Tp x de pengukus. Susah jgk nk cari here (Florida, USA). So i wanted to try guna microwave. So far buat pulut jadi. Just topping i concern. Will let you know the outcome. Btw, tq so much for writing/posting all this great recipes. it really helps specially for those yg rindukan masakan malaysia. Even bahan x semua sama. But follow your guidelines makes it good. I always refer to your recipe before masak. Tq so much for sharing keep on posted. Tq
BalasPadamIt works! Kids love it. And using microwave is wau faster and easier! Once the kuih is cold can cut and served. Approx 10mins after out from microwave.
BalasPadamMimie, perhaps u can share the step in baking using microvave for reference of others.
PadamThanks kak azie sbb share resepi nie....anak2 i suka kuih nie...tu yg cr resepi utk try buat...hope jadi la.....i sll follow kak azie punya resepi....
Padamhaah mimie...can u share the steps using microwave?im in nederland and yet to find steamer..
BalasPadamKak azie,kite pon suke ikut resipi akk...sbb outcome die sedap!
hi sis..mlm tadi blogwalking blog sis pagi ni siap dah kuih seri muka saya ikut resepi sis...sedapp...thx for sharing
BalasPadamHi sis...trm kasih atas perkongsian...x saba nk cube...tgh rendam pulot tu...harini husb blk dr kl, x saba nk hidangkan....fav suami ni
BalasPadamSis nsk share yer resepi kt fb..tq.. Xsabar nk cuba..
BalasPadamkakazie.tk manis ke klau letak 2 cwan gula.sebab saya buat hritu 1cwan penuh pun manis sgt2 mungkin sukatan lain,w bahan berbeza.ermmmm anyway rupa sebjik mcm sya punya k.azie.
BalasPadamItulah resepi yg saya belajar dan resepi yang saya guna. Boleh diubahsuai ikut selera masing masing
Padamjika sy nak campurkan pewarna hijau, nk campurkan kt mana ye?
BalasPadamSalam Kak Azie.. saya suka ikot resepi kakak.. tapi yg ini saya kurang jelas sebab saya mengikut ukuran cawan tetapi nampak terlalu banyak sangat terutama sekali gulanya untuk lapisan atas.. bila saya mengikut ukuran tu saya pun naik seram melihat gula sebanyak itu. Lepas ru saya tak jadi nk ikut resipi ni... saya ikut resipi kuih seri muka kakak yg lagi satu..
BalasPadamSalam Kak Azie.. saya suka ikot resepi kakak.. tapi yg ini saya kurang jelas sebab saya mengikut ukuran cawan tetapi nampak terlalu banyak sangat terutama sekali gulanya untuk lapisan atas.. bila saya mengikut ukuran tu saya pun naik seram melihat gula sebanyak itu. Lepas ru saya tak jadi nk ikut resipi ni... saya ikut resipi kuih seri muka kakak yg lagi satu..
BalasPadamAssalam kak. Mmg sedap resepi yg akak share.. Saya jgk selalu rujuk blog akak.. Terima kasih atas perkongsian.. Mudah2an segalanya dberkati Allah swt. Aamiin
BalasPadamTerimakasih..selalu rujuk blog azie untuk apa2 masakan pon. Dah 2 kali saya buat serimuka ikut resepi u. Mmg sedap..alhamdulillah
BalasPadamBanyak2 blogger resipi, Pn.Azie punye yg saya follow rapat... Semua resipi sedap !
BalasPadamAlhamdulillah. Terima kasih atas sokongan selama ini. Jgn lupa singgah di instagram Azie Kitchen. Saya ada share video
Padamsy stuju..tksh share resepi sdap ni ye k.azie..resepi ni sy buat utk jualan..mohon halal ilmu ye..
PadamSalam k.azie..
BalasPadamMasak pakai microwave sama macam masak nasi guna microwave. Bagi yg beli microwave canggih bole cari setting rice in casserole. Ikut je tp setiap 5 minit kene peratikan nasi atau pulut tersebut. Bg saya sejak dah buat masak nasi, saya ikut je waktu yg sama saya masak nasi guna microwave. Then sebelum 5 ke 10 minit terakhir saya bukak dan gaul2 kan beras@pulut. Untuk lapisan atas saya belom mencuba tp kalau ikut setting microwave saya ianya serupa macam masak custard. Tp microwave macam2 jenis kan. Jadi kene selalu mencuba. Setakat ni saya dah masak pulut, nasi, cake, kuih2 yg jenis kukus dalam microwave selamat mencuba. Oh tips saya cuba guna setting rendah dan cuba guna dalam setting 5 minit maksima. -diana-
kuih tradisional kegemaran sy jg ni. kene cuba. tq resepinya puan azie
BalasPadamterima kasih utk resepi ni. saya dah buat, menjadi.. first time jadi ni. kalau tak, rasa je sedap, kejadian xelok.. hehe.
BalasPadamSedang buat... Hehehe
BalasPadamHarap2 mnjadi..
Nebessss nih tggu kukus siap
Dh 2 kali buat, guna resepi kak azie...dua2 kali menjadi... Thanks kak azie utk resepi ni.. Kuih Seri muka is the best
BalasPadam