Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kuih Asam Guppa Kelantan



Kuih Asam Guppa  Kelantan



Selain Kuih Sekaya, saya juga menyediakan Kuih Asam Guppa untuk shooting dengan akhbar Utusan Malaysia yang disiarkan pada hari Jumaat 19 September yang lalu. Boleh klik di SINI. Kuih Asam Guppa adalah salah satu dari kuih muih Kelantan kegemaran saya sejak kecil lagi terutama di bulan Ramadhan. Ada macam macam nama untuk kuih ini, ada yang menyebut asam gumpal, ada yang sebut samguppa, saguppa dan macam macam lagi. Apa pun panggilannya, ia adalah merujuk kepada kuih yang sama. Seingat saya, kuih asam guppa asli yang saya pernah makan sejak dulu, tiada inti pun di dalamnya. Tapi kini, saya tengok kuih asam guppa diletakkan inti kacang hijau. Itu kuih di daerah saya lah. Tak tahulah kalau kat tempat lain, memang dah ada inti sejak dulu dulu. Tapi untuk kuih Asam Guppa yang sediakan hari ini, sebahagiannya saya masukkan inti kacang hijau. 



Kuih Asam Guppa  Kelantan


Saya sukakan rasa kuih ini dengan kuahnya yang mempunyai rasa lemak lemak, manis dan masin. Hmm memang syahdu habis lah menikmatinya, apalagi jika dimakan sejuk sejuk selepas dikeluarkan dari peti sejuk. Nyaman jer. Tapi jangan masuk lama pulak, kan keras pulak sagu nya. Ada orang suka makan ianya suam suam. Pendek kata ikutlah selera masing masing. Kita ni rambut sahaja sama hitam tapi hati lain lain walaupun anak anak sendiri pun telah berlainan citarasa. 

Sebelum kita layan resepi, tertarik untuk kongsikan berkenaan kelebihan surah Yasin dari youtube Ustaz Kazim. Kita disuruh mengamalkan membaca surah Yasin, ayat 82 apabila memohon sebarang hajat. Baca ayat tersebut dan selepas membaca KUN, berhenti dan berdoa lah apa sahaja yang kita hajati dan perlukan. Selepas habis berdoa, sambung semula membaca FAYAKUUN. Jom sama sama kita amalkan. Kata Ustaz Ibrahim Muhamad, dua punca manusia tidak tenang hidupnya adalah kerana, dosa dosa lalu yang telah dilakukan dan kedua kerana masalah hutang. Doakan agar kita diberikan ketenangan, kecukupan, bantuan, kemudahan dalam menghadapi sebarang masalah dan diberikan rezeki yang tidak disangka sangka. Allah akan makbulkan doa hambaNya yang beriman dan bertaqwa.

Jom semak resepi dulu....



Kuih Asam Guppa  Kelantan

Kuih Asam Guppa

Bahan Inti:
250 gram kacang hijau 
1 keping gula Melaka
1/2 cawan gula pasir
Air secukupnya 

Rebus kacang hijau bersama air sehingga empuk. Bila dah kering dan kacang dah hancur masukkan gula Melaka dan gula secukup manis dan sentiasa kacau dengan api perlahan sehingga sebati dan betul betul kering. 




Kuih Asam Guppa  Kelantan


Tutup api dan bila dah sejuk bulat bulatkan inti kacang sebesar biji guli dan ketepikan. Inti yang terbaik ialah inti yang tidak melekat di tangan sewaktu proses menggentelnya.






Bahan Asam Guppa:
250 gm biji sagu
1 cawan air panas

Bersihkan sagu dan toskan. Masukkan air panas ke dalam biji sagu dan kacau sebati sehingga biji sagu agak kental dan boleh dikepal.

Kepal kepalkan biji sagu dan masukkan inti dan tutup dengan kemas. 





Masuk asam guppa ke dalam pengukus dan dikukus selama 10-15 minit atau sehingga sagu nampak jernih. Jangan terlalu lama nanti sagu akan jadi lembik. Angkat dan ketepikan.



Kuih Asam Guppa  Kelantan



Bahan Kuah:
3 cawan santan - dari 1 biji kelapa
1 inci halia  - hiris memanjang
2 ulas bawang merah - hiris
1/2 sudu kecil halba
2 sudu besar gula
1-2 sudu kecil garam halus
1 helai daun pandan

Satukan santan bersama halia, bawang merah, halba dan daun pandan. Masaklah sehingga mendidih menggunakan api perlahan sambil sentiasa dikacau.

Setelah mendidih, masukkan asam guppa yang telah dikukus tadi, gula dan sedikit garam ke dalam kuah bagi menambah rasa lemak. Kacau perlahan lahan dalam 5 minit sebelum tutup api. 




Kuih Asam Guppa  Kelantan


Siap untuk dihidangkan samada panas atau sejuk.

Nota:
Ada orang yang meletak isi buah nangka yang dicarik carik ke dalam kuahnya. 



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

9 ulasan for "Kuih Asam Guppa Kelantan"

  1. sungguh.. pertama kali sy tengok dan tahu pasal kuih ini Kak Azie

    BalasPadam
  2. Mmg sedap sangat kuih ni..baru2 ni saya beli versi inti kacang merah..inti agak juicy..bila kita potong dgn sudu intinya meleleh..tk sangka rasanya sangat sedap..

    BalasPadam
  3. saya nak mcuba. ..mintk jadi..sbb suami suka kuih2 kelatan..maklumlah dapat bini orang johor xtahu sgt bab tradisonal kuih mereka..

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum kak azie. Alhamdulillah. Berjumpa juga resepi asam gumpal ni. Mudah juga membuatnya. Saya nak cuba. Mudah mudahan berjaya. In shaa Allah..tkasih

    BalasPadam
  5. Faborite sy..pernah mkn yg luarnya tepung pulut..sedapnyooo

    BalasPadam
  6. nostalgia sgt2 kuih ni. dulu kalau bulan puasa ni mmg menu wajib ada kat meja. terkenangkan arwah nenek

    BalasPadam
  7. Tengah buat follow resepi kak Azie. Tapi, macam terlebih masak pulak inti kacang. Lembik, banyak sangat letak air kot. Ni tunggu sejuk. Harapnya menjadi nak gentel nanti. Huhuhu. Pape pun thanks for resepi Kak Azie. Boleh jalan-jalan ke blog Kinah pula sakinahms.blogspot.my

    BalasPadam