Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Majlis Rumah Terbuka Lagi




Seperti biasa, jadual dan aktiviti di hari minggu sangat padat dengan majlis perkahwinan dan majlis rumah terbuka di sana sini. Saya menghargai setiap undangan yang diterima dan akan cuba sedaya upaya menghadirinya. Jika betul betul tak larat, barulah hubby akan pergi sendiri. Memenuhi hajat orang adalah wajib demi persahabatan dan silaturrahim. Nawaitu mestilah kerana ukhwah bukan kerana hendak makan dsb. Itulah antara pesanan Ustazah Aishah dalam kuliah Zohor pada hari jumaat lepas. Jadi saya gagahkan diri untuk memenuhinya walaupun kalau diikutkan hati saya memang tidak ada mood untuk beraya kerana terkenangkan bonda yang sedang uzur di kampung.

Jom kita layan gambar gambar majlis yang hadiri sepanjang hari minggu ini. Pagi pagi lagi kami ke rumah anak buah kami di Sepang. Saya memang menyayangi semua cucu cucu saudara saya, seperti mana saya menyayangi anak anak saudara semasa mereka kecil dulu...




Selepas itu, kami menghadiri majlis perkahwinan anakanda Pengetua Kolej Ketiga di dewan makan Kolej Ketiga Universiti Malaya. Turut hadir bersama ialah Dr Abdol Aziz Sahat bersama isteri. Sewaktu makan di dewan makan, teringatlah kenangan 30 tahun yang lalu di mana di sini lah, saya dan suami berkenalan dan ada masanya kami makan bersama sama terutama di hari minggu. Pada masa dulu, makanan diwajibkan kepada semua penghuni kolej. Tidak seperti sekarang di mana makan tidak lagi disediakan di asrama. Selepas makan di dewan makan, kami beredar ke khemah luar untuk menikmati laksa dan ABC.





Kemudian kami beredar ke Bukit Bandaraya menghadiri majlis rumah terbuka sahabat saya Encik Mohd Nor dan Roshada. Memang sangat meriah majlis yang dikongsi bersama jiran jiran beliau. Di sini berpeluang bertemu dengan sahabat sahabat lama seperti Encik Mahdi dan isteri yang memang telah lama tidak bertemu. 






Yang paling seronok ialah bila Shada menyediakan Kek Butter yang sangat moist menggunakan resepi dari blog Azie Kitchen di SINI. Serius sangat sedap sehingga kan saya terkenang kenang sehingga sampai ke rumah. Memang dah lama saya tak menyediakan kek sejak saya disahkan allegik dengan tepung gandum. Tapi saya makan jugalah seketul dua sekadar melepaskan keinginan untuk makan kek. Alhamdulillah kerana allergik sudah tiada lagi. Shada juga menghidangkan buah ceri yang sangat sedap untuk tetamu yang berkunjung.






Selepas itu, kami bertolak ke Putra Jaya rumah Azman dan Ita. Di sini, saya sangat gembira melihatkan Ita menyediakan Mee Sup Tulang yang merupakan makanan kegemaran saya. Sup nya sangat sedap kerana ianya menggunakan daging segar. Sempat lagi menyalin resepi di sebalik kesibukan Ita melayan tetamu. Tunggukan resepinya di blog tidak lama lagi. Kebetulan Bad dan isteri Tunku Norhamidah juga ada bersama. Sempatlah bersembang sembang dengan isteri Bad, sementara menanti hujan sedikit reda sebelum beredar...







Sebetulnya kami masih mempunyai 2 lagi undangan majlis rumah terbuka yang tak sempat dihadiri kerana sampai rumah telah pun malam. Maklumlah di hujung minggu seperti ini, jalan raya memang sesak di mana mana sahaja. Lebih lebih lagi hari hujan seperti hari ini.....



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

1 ulasan for "Majlis Rumah Terbuka Lagi "