Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kuih Bakar Istimewa Azie Kitchen Yang Paling Sedap


Kuih Bakar Istimewa Azie Kitchen Yang Paling Sedap

Seperti dijanjikan dalam entri sebelum ini di SINI, saya kongsikan resepi Kuih Bakar Istimewa yang paling sedap pernah saya nikmati seumur hidup. Oops ter over ke? Hahaha selera dan citarasa masing masing kan? Tapi apa apa pun, inilah kuih yang saya ingati sekian lama dek keenakannya yang menambat selera saya suatu ketika dulu. Kuih yang telah lebih 20 tahun saya idamkan. Walaupun, kuih bakar kali ini, bukan hasil tangan Kak Sharifah Lok tapi ianya adalah resepi original yang diberikan Kak Lok pada saya, siap dengan cara penyediaan yang detail. Kuih bakar resepi Kak Lok ini saya namakan sebagai Kuih Bakar Istimewa Azie Kitchen untuk memudahkan rujukan saya sendiri. Yang pasti, resepi ini akan menjadi "a keeper recipe" untuk saya dalam menyediakan kuih bakar dan diharap anak anak saya juga akan menggunakannya di masa masa depan.....

Memang patut lah kuihnya sedap kerana ianya dihasilkan dengan teliti dan menggunakan bahan yang asli. Kata Kak Lok, mesti guna santan pekat yang diperah sendiri. Mesti juga gunakan daun pandan yang banyak untuk menghasilkan kuih yang berbau harum wangi. Mesti dibakar dengan lama. Haa ada lagi petua. Santan mesti diperah dan ditapis dan tapis lagi sekali sebelum dituang ke dalam adunan telur. Adunan juga perlu ditapis sebelum dimasukkan ke dalam loyang supaya tiada adunan bergentel. Jadi kalau ada yang nak guna resepi ini, janganlah cuba nak derhaka ya.... 



Kuih Bakar Istimewa Azie Kitchen Yang Paling Sedap


Penyediaan kuih tradisional ini tidaklah susah mana. Sekejap sahaja penyediaannya dan sesuai untuk dihidang sebagai sarapan pagi atau sebagai hidangan petang. Kuih ini sangat sedap dengan rasa lemak, manis dan masin. Pendek kata sangat sesuai dengan selera saya yang memang gemarkan kuih tradisional berbanding kuih moden.

Jom kita tengok resepinya di bawah ini. Semoga Kak Lok diberikan ganjaran pahala yang banyak dari perkongsian ilmu yang pastinya akan kekal bertahun tahun hatta beratus tahun sekali pun...


Kuih Bakar Istimewa Azie Kitchen Yang Paling Sedap

Kuih Bakar Istimewa Azie Kitchen
2 loyang saiz 10” x 10”

Bahan bahan: 
14 cawan santan – guna 4 biji kelapa dikisar dengan air daun pandan dari 12 helai
7 biji telur saiz B
3 ½ cawan gula pasir – boleh tambah/kurangkan
800 gram tepung gandum
1 sudu kecil garam - tambah secubit lagi
Sedikit pewarna hijau

Cara cara:
Kisar 10-12 helai daun pandan dan tapis airnya. Masukkan air daun pandan ke dalam kelapa parut dan blend untuk mendapatkan sukatan santan yang diperlukan.

Blend telur dengan gula seketika agak agak gula sedikit hancur sahaja. Tak perlu betul betul hancur. Masukkan 7 cawan santan dulu dan blend seketika. Saya guna whisk sahaja.





Masukkan tepung gandum yang telah diayak sedikit demi sedikit sambil dikacau. Kemudian masukkan baki santan. Jika suka masukkan sedikit pewarna hijau.




Lumur butter di sekeliling loyang dan tabur tepung gandum digoyang supaya tepung rata.




Tapis adunan sebelum dituang ke dalam loyang. Bakar dalam oven dengan suhu antara 180-200C lebih kurang 1-2 jam. Saya guna suhu 200C dulu, kemudian diturunkan ke 180C. Jika dibakar 2 loyang sekali, perlu ditukar kedudukan loyang. Bakar sehingga permukaan atas berwarna coklat kekuningan.  


Kuih Bakar Istimewa Azie Kitchen Yang Paling Sedap


Keluarkan dari oven dan lalukan pisau sekeliling loyang. Biarkan kuih betul betul sejuk sebelum dipotong.  

Nota:
Kalau buat separuh, boleh guna samada 4 atau 3 biji telur.

Jika suka, boleh juga tabur bijan sebelum dibakar.

Jika hendak dimakan sebagai hidangan petang, bolehlah dibakar dalam pukul 9 pagi. Kata Kak Lok, kuih boleh tahan sehingga 2 hari di bawah tudung saji. 




Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

15 ulasan for "Kuih Bakar Istimewa Azie Kitchen Yang Paling Sedap"

  1. Sy simpan dlu kak resepinya...teringin nak cuba dan rasa...:)

    BalasPadam
  2. agak banyak sukatannya azie kan, nanti kalau nak boleh kurangkan separuh ke sbb kalau utk family mmg agak banyak kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Resepi utk 2 loyang. Klu utk makan sendiri, buat separuh pun cukup

      Padam
  3. xsabar nk cb resepi terbaru kak...alhamdulilah..setakat ni 3 resepi kak yg sy cb suma menjadi..sdp..terima ksh sudi berkongsi...mg diberi ganjaran oleh allah

    BalasPadam
  4. Salam kak azie..sy akan cuba resepi ni...segala resepi yg sy cuba dari blog akak ni x pernah yg tak menjadi..alhamdulilah..sy mmg setia dgn blog akak ni...tq kak azie...kerana byk berkongsi...

    BalasPadam
  5. as salam.mohon cuba & share resepi nie

    BalasPadam
  6. Assalam..sy mohon izin cuba resepi ni ye..tq

    BalasPadam
  7. Salam Kak, just nak tanya berapa minit akak bakar masa suhu 200 tu sebelum turukan suhu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Agak agak jer. Dalam 30 minit ke

      Padam
  8. Asaalamualiikum Azie..suka saya melawat ke sini..setelah kehilangan bonda tercinta 9 bulan yg lalu..dan setelah tidak membakar sejak setahun yg lalu..hari ini aromanya menusuk ke medan selera. Resepi ini sama dgn resepi bonda saya..kuih bakar yg saya harus memasaknya setiap malam sejak dari tingkatan 1 hinggalah tingkatan 6 untuk berjualan..sebelum kepergiannya bonda selalu berpesan supaya resepi kuih muihnya ditulis supaya tidak lupa bila dia tiada..kami menidakkannya..skrg harapkan resepinya tersimpan dlm kotak ingatan. Semiga blog ini terus beroperasi😊😉😉

    BalasPadam
  9. Assalamualaiku
    ..kak azie, guna api bawah sahaja kan?

    BalasPadam
  10. Assalammualaikum..kak azie,sy selalu cuba resepi dr blog aka..mmg menjadi n sedap..halalkan kak ea..lpas ni sy nk cuba wt kuih bakar febret abh untk hari raya thun ni..hrap2 mjadi.

    BalasPadam
  11. Salam puan, kalau pakai santan kotak mcmana ya

    BalasPadam
  12. Salam azie.. Dah bertahun ikut resepi azie..dari xreti alhamdulillah skrg bolelah anak2 merasa air tgn ibu dia.. Minta azie halalkan yer.. Dan doakan agar sy cepat sembuh dari C19 ni...

    BalasPadam