Nasi Ayam Cik Su Yang Mudah Dan Sedap
Semasa dalam perjalanan balik ke airport, kami singgah di rumah adik bongsu saya, Cik gu Hasliza di Binjai yang dpanggil Cik Su. Cik Su menyediakan nasi ayam yang ketika kami tiba, masih sedang dimasak di atas dapur. Cara Cik Su memasak nasi ayam memang lain dari yang biasa saya buat, jadi saya terus memerhatikan cara cara penyediaannya. Cukup cepat disediakan kerana resepinya ringkas dan dia sengaja membiarkan ianya dihidangkan panas panas selepas masak. Ayam digoreng pada akhir sekali secara Touch N Go sahaja kerana ianya telah masak.
Anak anak kami makan berebut rebut lebih lebih lagi nasi dan lauk yang dihidangkan masih panas panas. Sambal cilinya juga sangat sedap dan menepati selera saya. Boy juga memuji sambal cili. Ianya agak berbeza dengan sambal cili yang biasa saya sediakan sebelum ini kerana tiada halia dan bawang putih dimasukkan ke dalamnya.
Jom kita layan resepi Nasi Ayam Cik Su pula....
Nasi Ayam Cik Su
Oleh: Azie Kitchen
Kuah Sup
1 ekor ayam - buang kulit dan potong 4
1 ekor ayam - buang kulit dan potong 4
1 biji bawang besar kuning - hiris
3 bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
Sup bunjut
Sedikit bawang goreng
Daun sup
Garam
Sedikit bawang goreng
Daun sup
Garam
Tumis bawang hiris, halia dan sup bunjut sehingga wangi. Masukkan ayam dan masak sehingga air ayam kering. Masukkan air secukupnya dan rebus sehingga ayam masak. Masukkan bawang goreng, garam dan sedikit perasa. Tutup api dan keluarkan ayam. Semasa hendak dihidangkan, tabur daun bawang/daun sup.
Nasi Ayam
Beras - basuh dan tos
Kuah sup
Daun pandan
Kuah sup
Daun pandan
Masukkan air rebusan ayam dan daun pandan, kemudian masak dalam rice cooker sehingga nasi masak. Setelah nasi masak, buatkan 2 lubang pada nasi dan masuk 2-3 sudu besar mentega ke dalamnya. Tutup semula dengan nasi. Akhir sekali, kacau rata.
Sambal Cili
12 - 13 tangkai cili merah
2 biji buah tomato
3 sudu besar cuka
3 sudu kecil garam halus
4 sudu besar gula pasir
Masukkan kesemua bahan di atas di dalam blender dan kisar sehingga hancur. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.
Masukkan kesemua bahan di atas di dalam blender dan kisar sehingga hancur. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.
Kuah sup
Kicap cap kipas udang
Satukan kuah sup dan kicap secukupnya. Masakkan di atas dapur buat seketika.
Satukan kuah sup dan kicap secukupnya. Masakkan di atas dapur buat seketika.
Ayam Goreng
Ayam rebus - angkat dan tos
Kicap
Kicap
Lumur ayam dengan kicap dan goreng di saat hendak dihidangkan. Angkat dan potong ayam mengikut suka hati. Siap untuk dihidangkan bersama sayuran salad, timun dan buah tomato.
Selamat mencuba semua. Jangan lupa kongsikan maklumblas anda di sini untuk rujukan kawan kawan yang lain pula.
yummy....nak cuba nanti.... thanx
BalasPadamTerima kasih atas resepi ini..jazakallahu khairan...
BalasPadamakak mmg byk koleksi nasi ayam...
BalasPadamsedapnyeee....ni style belh sana kot...simple..tp sedapp....
BalasPadamTqvm...nak cuba lah nanti
BalasPadamLumur ayam dgn kicap guna brand apa?
BalasPadamBoleh guna brand apa apa jer yg disukai. Adik saya guna cap kipas udang. Tapi katanya dia biasa menggunakan brand sedap dari Kelantan tapi saya dah lupa nama brand nya.
PadamBrand mh mohamad ke dr kelate tu?
BalasPadamGune kicap manis ke masin kak
BalasPadamSy letak sos tiram+kicap manis
BalasPadamwah, banyaknya resepi nasi ayam kat blog ni.. semua nampak sedap.. Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu..
BalasPadamSalam kak azie.. saya da try resipi nasi ayam cik su kuah kicapnya saya ikut nasicayam istimewa guna kicap habhal... sedapp mudah dan enak... terima kasih kak ats perkongsiannya
BalasPadamMohon izin nak try resepi. Pastu nak post hasilnya pada blog Cik Mun ye...
BalasPadamhmmm nampak mcm susah.....tpi cuba dlu lah..
BalasPadamMasak nasi tu guna kuah sup yg resepi atas tu ye?
BalasPadamSy suka gne resepi akk....mudah n kompom jd..nasi ayam yg sgt sedapp...senang jer nk buat...tq kak..resepi akk mmg best
BalasPadamMemg sedap dan mudah
BalasPadamNak cuba resepi ni untuk menu berbuka puasa hari ni. Kalau menjadi saya akan share diblog @ facebook.
BalasPadamTerliuh tgk nasi dia....kuning aje....
BalasPadamKuning sb ada mentega
PadamSy suka tgk semua resepi pn Azie ni.. nmpk menarik & sedap, byk resepi sy dah try menjadi... refer blog Pn Azie ni la hihi
BalasPadamResepi nasi ayam yg paling ringkas sy pernah cuba...yg penting sedap.. Tq so much Pn Azie
BalasPadamterima kasih share resepi..
BalasPadamDah cuba,sedap,anak pun suka
PadamAlhamdulillah terima kasih sis senang Dan sedap....bertambah tambah mkn anak Dan suami....nasi tu says ganti dengan butter dgn marjerin ok gak rasa ...terima kasih
BalasPadamterima kasih share resepi..dah dua kali cuba..anak2 suka..paling best mudah dan cepat
BalasPadamMohon guna resepi ye kak zie. Nak masak jap lagi. T. Kasih
BalasPadam