JJCM di Kota Kinabalu
Saya ingin kongsikan perjalanan JJCM di Kota Kinabalu yang telah dibawa oleh sahabat kami, Tuan Kamal ke Salut Seafood Village yang terletak dalam 20km dari bandar Kota Kinabalu. Dalam perjalanan ke sana, Kamal telah singgah di Gerai Sri Cahaya membeli Puding Kelapa kegemaran beliau sekeluarga. Puding dibuat dengan memasukkan puding ke dalam sebiji kelapa yang ditebuk di bahagian atasnya.
Makanan laut yang dijual di sana adalah yang masih hidup dan pastinya sangat sangat fresh. Antara lauk yang dipesan ialah Ikan Kerapu Stim, Udang Stim, Ketam Masak Sos, Sayur Pucuk Manis dan Siput Tarik.
Inilah kali pertama kami makan siput yang perlu dicucuk dengan lidi dan ditarik naik secara perlahan lahan. Ianya juga dikenali sebagai Lawi Ayam kerana ada bahagian keras seolah taji ayam agaknya.
Sepanjang perjalanan kami bercakap mengenai kos sara hidup yang tinggi di KK di mana harga barang makanan yang sangat tinggi. Kalau dulu dikatakan bahan mentah murah, cuma makanan siap dimasak sahaja yang mahal. Tapi melihat harga ikan di Pasar Besar KK, di dapati harganya agak tinggi dengan harga Udang Kuning saiz sederhana berharga RM45 sekilo, ikan Merah RM25 sekilo, ikan Kerapu dalam RM20 sekilo. Saya membelanjakan hampir RM300 untuk 8 kg ikan dan 3 kg udang. Saya juga membeli 4 kilo daging rusa liar yang dipanggil Payau di Sabah. Terfikir kalau bergaji kecil, agak susah di sini apalagi untuk membeli hartanah kawasan strategik yang berharga RM1000 sekaki per segi. Wow hebat.
Sesampai di bandar KK, kami singgah minum kopi berhampiran jeti. Saya suka melepak dan bersantai di sini kerana tidak panas dan angin juga nyaman sepoi sepoi bahasa seolah berada di dalam air cond yang besar. Dah lama saya tidak mengambil minuman bergula. Malam tu, saya memesan segelas kopi O pekat.
Aduhaai balik ke bilik, perut mula meragam dan saya tidak dapat tidur sehingga menjelang Subuh. Perkara yang sama terjadi semasa kami ke JB. Mungkinkah pengambilan makanan pedas yang menjadi punca atau air kelapa. Pagi pagi lagi saya telah menghantar mesej pada doktor untuk mendapat nasihat kerana ubat yang dibawa tidak membantu. Apa apa pun, makanan laut di KK memang best.
welcome to kk kak azie..^_^
BalasPadammacam best je jelly kelapa
BalasPadam